Negara Melayu Isle Pun Menteri Agama Kerja Dok Tahnik Golongan Kayangan Jabatan Dibawah Kementerian Gama Macamana


 


Ibu tunggal mualaf ikat perut sambut Aidilfitri pertama; 8 tahun diami bilik stor rumah kedai



Faiz Zainudin -May 14, 2021 Struktur bumbung dan lantai yang membimbangkan di stor yang didiami Nur Hidayah.PETALING JAYA: Bayangkan jika seorang wanita berusia terpaksa tinggal di bilik stor yang bocor, dengan bumbung dan lantainya reput. Bukan untuk satu malam, tetapi sejak lapan tahun lalu.
Itu realiti kehidupan saban hari ibu tunggal Nur Hidayah, 53 tahun, sejak 2014. “Kediamannya” adalah sebuah bilik stor yang cukup daif di sebuah rumah kedai di Kampung Tasek Tambahan, Ampang, Selangor.
Selepas penat bekerja sepanjang hari untuk mendapatkan sedikit wang, Hidayah, yang juga seorang mualaf, tidur hanya beralaskan tilam nipis. Beliau pasrah dengan nasibnya.
Hidayah sanggup mengharungi sengsara setiap hari asalkan mempunyai wang untuk dihantar pulang bagi menyara anaknya-anaknya di Kuching, Sarawak.
Demi anak, Hidayah sanggup melakukan apa saja kerja halal, termasuk naik turun tangga rumah pangsa empat tingkat untuk menghantar tong gas kepada penghuni.
“Asalkan halal, kerja apa pun tidak apa,” kata wanita cekal ini.
Hidayah tinggal di bilik stor atas ihsan pemilik rumah kedai berkenaan setelah keluar daripada kediaman sebelum ini kerana tidak mampu membayar sewa.
“Pemilik sekarang benarkan saya tinggal di stor ini. Kadang-kadang bila ada duit lebih sikit, saya bayar sewa, kadang-kadang saya tolong dia buat kerja untuk balas budinya.
“Dia memang sangat baik hati, sampaikan sanggup pinjamkan saya motosikalnya untuk memudahkan saya bekerja,” katanya kepada FMT.
Anak watan Sarawak ini berhijrah ke Semenanjung 16 tahun lalu selepas berpisah dengan suami. Hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak lelaki. Tiga daripadanya masih di Sarawak bersama bekas suami, manakala seorang lagi mengikut jejaknya ke Semenanjung.
Kata Hidayah, ketika awal penghijrahannya, sebahagian besar daripada gajinya setiap bulan dikirim ke Sarawak buat belanja sekolah untuk keempat-empat anaknya.
Namun sekarang hanya anak bongsu yang berusia 16 tahun masih bersekolah, manakala yang lain sudah bekerja. Anak bongsunya itu tinggal bersama abang-abangnya di Kuching.
Nur Hidayah, ibu kepada empat anak, cekal meskipun pernah jadi mangsa penipuan ‘orang Semenanjung’ ketika beliau cuba berdikari.Beliau berkata tiga anaknya, walaupun bekerja, tidak mampu membantu menyara anak bongsunya, justeru tanggungjawab itu dipikul oleh beliau.
“Gaji mereka tak cukup dan tidak seberapa, jadi anak yang masih bersekolah itu memang sangat perlu dibantu,” katanya.
Hidayah mengaku memang tidak selesa tinggal dalam stor yang serba kekurangan, namun tiada pilihan.
Walaupun dipandang serong dan kadang kala ditohmah segelintir masyarakat yang berprasangka buruk, dia hanya “butakan mata dan pekakkan telinga” demi anaknya.
“Apa saja pekerjaan halal yang bolehkan saya dapat duit, saya lakukan. Angkat tong gas dari tingkat satu ke tingkat empat juga tidak menjadi masalah,” katanya.
Hidayah memeluk Islam pada 2020 dan ini Aidilfitri pertamanya. Namun keinginan untuk pulang beraya terpaksa dipendam akibat pandemik Covid-19 dan kesesakan wang.
Malah, masalah lebih meruncing untuk beliau, ialah kesan Covid-19 ke atas mata pencarian hariannya.
“Sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, kerja dan upah makin kurang. Sekarang (walau) banyak mana kerja yang saya lakukan, saya hanya dapat upah kira-kira RM50 sehari,” katanya.
Bukan mudah hidup sebatang kara di tempat orang, kata Hidayah. Jatuh bangun, pahit jerihnya sukar untuk digambarkan dan dalam tempoh 16 tahun hidup bersama “orang Semenanjung”, dia seringkali ditipu dan tidak dibayar gaji.
“Saya ada cuba buat perniagaan di Chow Kit beberapa tahun lepas tapi tidak berjaya, kena tipu, kurang dapat sambutan, orang ambil barang tapi tidak bayar.
“Modal untuk perniagaan itu saya pinjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sekarang ini saya terpaksa membayar RM410 seminggu hutang AIM, manakala perniagaan yang saya usahakan itu gagal.”
Pastinya hutang beliau dengan AIM tertunggak sekian lama, tetapi apakan daya, Hidayah hidup ibarat kais pagi makan pagi.
“Bila terdesak, saya terpaksa hutang dengan kawan-kawan, kerana ada ketikanya nak makan pun saya tiada duit. Kehidupan saya sangat teruk, buat kerja tapi kena tipu majikan tak bayar gaji, bila minta gaji kena merayu banyak kali macam minta sedekah,” katanya sebak.
Hidayah pernah nekad membuat pinjaman daripada ‘Ah Long’ sebanyak RM2,000 ketika tersepit dan gagal membayar bayaran pokok mengakibatkan hutang jadi bertimbun.
Mujur ada kawan yang bersimpati membantu menyelesaikan baki pinjaman awal tahun ini dan dia membayar semula kepada rakannya setakat termampu.
Nur Hidayah, ibu kepada empat anak, cekal meskipun pernah jadi mangsa penipuan ‘orang Semenanjung’ ketika beliau cuba berdikari.Katanya, faktor usianya yang kini sudah semakin lanjut mengakibatkan kesihatannya juga terjejas, serta tenaga untuk melakukan pekerjaan terbatas.
“Hajat hati memang nak balik ke Sarawak, tapi tidak ada kemampuan. Perlu ada sekurang-kurangnya RM2,000. Saya juga ada terfikir untuk membawa anak-anak saya berhijrah ke sini.
“Namun disebabkan tempat tinggal saya yang serba kekurangan, saya batalkan hasrat. Saya tahan sajalah rindu, selagi mampu. Sambutan hari raya kali ini adalah yang pertama, namun saya sudah biasa sendiri,” katanya.
Kisah Hidayah mendapat perhatian badan bukan kerajaan, Nation of Women (NOW), yang tampil memberikan bantuan.
“Setakat ini kami cuba bantu Hidayah berniaga secara dalam talian, kita bagi tunjuk ajar macam mana, sebelum ini berniaga pakaian terpakai. Jadi kita ajar dia berniaga pakaian terpakai secara ‘online’ dan akan membantu menyelesaikan hutang AIM Hidayah,” kata Ketua Biro Kebajikan NOW, Suhana Roshandin.
Apa pun, Hidayah pasrah…dan tabah menanti fajar menyinsing untuk membawa sinar dalam kehidupan beliau sekeluarga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/negara-melayu-isle-pun-menteri-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Damian Mikhail Saran Golongan Kayangan Yang Langgar Sop Dihukum Jalani Kerja Komuniti Bantu Frontliners

Damian Mikhail Saran Golongan Kayangan Yang Langgar Sop Dihukum Jalani Kerja Komuniti Bantu Frontliners

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 400 hits
Isu membabitkan golongan kayangan yang melanggar Produser Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan bukan lagi satu perkara baru didalam negara Baik dari golongan VIP selebriti dan instafamous isu ini bagai sudah lali di kalangan masyara...
Apa Menteri Agama Kita Buat

Apa Menteri Agama Kita Buat

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 207 hits
Di Penang negeri bukan pun jaja mekah atau serambi mekah atau Negeri darul iman pun mahu seramai mungkin umat Islam di negara mereka dapat menunaikan solat Aidilfitri Lalu terhasillah idea 3 sesi solat jemaah Di Malaysia apa idea Menteri Ag...
Hari Raya Aidil Fitri Bawah Kerajaan Melayu Isle Kononnya

Hari Raya Aidil Fitri Bawah Kerajaan Melayu Isle Kononnya

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 265 hits
Kerajaan melayu isle konon rampas kjaan kononnya utk penyatuan melayu konon Akhirnya Allah tunjukkan Bukan setakat penyatuan sesama melayu gagal bahkan hubungan di antara anak dgn mak ayah serta adik beradik jadi renggang tak boleh bertemu ...
Dulu Masa Ph Pun Portal Ni Hentam Sekarang Masa Melayu Isle Hentam Juga Setakat Tu Saja Kah

Dulu Masa Ph Pun Portal Ni Hentam Sekarang Masa Melayu Isle Hentam Juga Setakat Tu Saja Kah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 260 hits
Inilah antara contoh berita yang kita tidak jumpa di mana mana portal berita Bahasa Melayu arus perdana kerana ianya hanya berlegar di media media bahasa cina Terima kasih kerana membuat terjemahan laporan berita dari akhbar cina ini Jika t...
Lagi Lagi Menteri Agama Buat Muka Sadin Saja Kah

Lagi Lagi Menteri Agama Buat Muka Sadin Saja Kah

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 231 hits
Sahabatku Menteri Agama Anta hadir majlis kahwin neelofa Langgar SOP Neelofa dikena kompaun tapi anta tidak Anta diberitakan pula hadir majlis tahnik anak siti Tidak pula diketahui langgar SOP atau tidak Ana cuma nak sampaikan di luar sana ...
Mufti Perlis Perli Golongan Kayangan Ziarah Ibu Bapa Lebih Perlu Dari Penuhi Undangan Artis

Mufti Perlis Perli Golongan Kayangan Ziarah Ibu Bapa Lebih Perlu Dari Penuhi Undangan Artis

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 250 hits
Malaysiakini Ketika rakyat kian mempertikaikan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin secara bersahaja membidas pihak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Ia ...
Tiada Keistimewaan Untuk Golongan Kayangan Rentas Negeri Ismail Sabri

Tiada Keistimewaan Untuk Golongan Kayangan Rentas Negeri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 276 hits
Dianggarkan 40 000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia setiap hujung minggu Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat