Negara Islam Berdamai Parti Islam Malaysia Cuba Jatuhkan Pm







Negara negara Islam dunia yang bersengketa sejak puluhan tahun lalu seperti Arab Saudi dan Iran telah pun bersetuju untuk berdamai dalam kerangka memperkukuh Islam.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Bahrin Shah keadaan begitu berbeza di Malaysia apabila parti Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam cuba menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Islam diiktiraf dunia.

"Kerajaan Arab Saudi dan Iran baru baru ini telah berjumpa untuk menjalin semula hubungan diplomatik di bawah initiatif kerajaan China.

"Rombongan Arab Saudi juga telah tiba di Yaman untuk memulakan rundingan damai di bawah usaha bersejarah Oman selepas hampir lapan tahun berperang.

"Di Lubnan, Hizbollah yang ada perbezaan pandangan dengan Hamas mula mengadakan mesyuarat perundingan kerjasama.

"Sementara negara negara Islam lain sedang mengukuhkan kerajaan mereka dan memperkuatkan perpaduan umat Islam, parti yang mengakui diri sebuah parti Islam di Malaysia sebaliknya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Islam yang dipilih oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan propaganda Pas yang dianggapnya ketinggalan zaman berdasarkan tantanan baharu dunia apabila masih melabelkan komunis dan negara komunis sebagai musuh utama Islam.

Sedangkan katanya, di peringkat dunia kebanyakan negara negara Islam mempunyai hubungan haik dengan China dan bekas pengasas ajaran komunis, Rusia.

"Perlu diingat ada pihak yang melabelkan komunis dan bangsa Cina merupakan musuh utama umat Islam di Malaysia.

"Ironinya tuduhan ini. Sedangkan inisiatif negara China komunislah yang telah berjaya mendamaikan dua negara Islam Arab Saudi dan Iran di mana negara Islam lain gagal melakukannya.

"Peristiwa global dunia Islam semasa memerlukan penilaian semula, siapakah sebenarnya menjadi musuh sebenar kepada umat dan negara Islam semasa.

"Pandangan lama bahawa komunis adalah musuh tradisi Islam perlu penilaian dalam konteks antarabangsa hari ini. Hari ini negara komunis seperti China dan Russia mempunyai hubungan baik dengan negara Islam," katanya.

Bagi Raja Bahrin, dengan serba keterbatasan minda pemimpin Pas menelaah politik dunia maka sudah tiba masanya Pas mengubah strategi politiknya daripada berterusan menggunakan fitnah menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, kepada pembangkang yang baik dan menghulur tangan persahabatan kepada pemimpin yang lebih unggul, Datuk Seri Anwar.

"Malaysia pernah menerajui OIC dan Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan untuk membawa Malaysia ke tahap kegemilangan dahulu di kalangan negara Islam hari ini.

"Malangnya ada pihak yang ingin mengagalkan peluang Malaysia mencapai tahap kecemerlangan tersebut.

"Adalah lebih baik Pas sebagai sebuah parti yang mengelar diri parti Islam berdamai dan memperkukuhkan kerajaan Malaysia serta tidak cuba mengugat kestabilan dengan usaha berterusan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Malaysia.

"Ikutlah contoh global negara Islam lain yang giat berusaha mencari perdamaian dan bukan persengketaan demi penyatuan umat Islam sedunia," katanya lagi.

Justeru, Raja Bahrin berharap dengan semangat Nuzul al Quran dan semangat Ramadan kali ini umat Islam Malaysia boleh berdamai dan melupakan persengketaan panjang politik yang amat merugikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/negara-islam-berdamai-parti-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Mas Launch Cross Border Qr Code Payments Connectivity Between Malaysia And Singapore

Bank Negara Mas Launch Cross Border Qr Code Payments Connectivity Between Malaysia And Singapore

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia and the Monetary Authority of Singapore have launched a cross border QR code payment linkage between Malaysia and Singapore The payment linkage would allow customers of participating financial institutions ...
Kenapa Negara Belanja Sampai Berpuluh Billion Untuk Pertahanan Malaysia Yang Ramai Persoal

Kenapa Negara Belanja Sampai Berpuluh Billion Untuk Pertahanan Malaysia Yang Ramai Persoal

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 200 hits
Kenapa negara belanja sampai berpuluh billion untuk pertahanan Malaysia yang ramai persoal Tiada masalah kalau ingin berasa selesa dengan status quo sekarang Tetapi jangan sampai remehkan hal pertahanan Satu dunia sekarang tergantung tanpa ...
Keseronokan Hainan Wuling Mountain Telah Bersinar Di Malaysia

Keseronokan Hainan Wuling Mountain Telah Bersinar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 167 hits
Sila datang ke cakerawala mekar angin kelapa dan sajak laut bunga dan buah buahan dari empat musim tidak akan dikalahkan Jam 6 petang pada 19 Mac prestasi rap Hainan disco ceria Melancarkan ke Malaysia Malaysia Malaysia Erbaowei Plaza berle...
Facing Graft Charges And Passport In Hand Zahid Set To Embarrass Malaysia Abroad Says Veteran Diplomat

Facing Graft Charges And Passport In Hand Zahid Set To Embarrass Malaysia Abroad Says Veteran Diplomat

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 376 hits
A veteran Malaysian diplomat has warned that the decision to return Ahmad Zahid Hamidi s international passport will undermine Prime Minister Anwar Ibrahim s efforts to project his administration as graft free Dennis Ignatius who last serve...
Money Changer Near Me Tukar Duit Malaysia Rate Murah Terbaik

Money Changer Near Me Tukar Duit Malaysia Rate Murah Terbaik

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 212 hits
Tempat Money Changer Near Me Cara nak Tukar Duit Malaysia Yang rate Murah dan terbaik 2023 Wise com atau dahulunya dikenali sebagai TransferWise adalah merupakan aplikasi atas talian yang menjalankan perkhidmatan pemindahan dan pertukaran w...
Jangan Sampai Pencarum Terkesan Bunuh Diri Utusan Malaysia 03 04 2023

Jangan Sampai Pencarum Terkesan Bunuh Diri Utusan Malaysia 03 04 2023

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 373 hits
PETALING JAYA Kerajaan diminta untuk terus tidak membiarkan rakyat terutamanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mengambil tindakan bunuh diri Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Akt...
Buttonscarves Meraikan Ulang Tahun Ke 7 Secara Global Langsung Dari 21 Bandar Utama Malaysia Dan Indonesia

Buttonscarves Meraikan Ulang Tahun Ke 7 Secara Global Langsung Dari 21 Bandar Utama Malaysia Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 257 hits
BUTTONSCARVES MERAIKAN ULANG TAHUN KE 7 SECARA GLOBAL LANGSUNG DARI 21 BANDAR UTAMA MALAYSIA DAN INDONESIA Assalammualaikum semua Apa khabar sedar tidak sedar dah puasa hari yang ke 12 Tahniah buat kita semua yang berjaya berpuasa Terutama ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi