Neelofa Lapar Perhatian Pengarah Drama
By
Wartawan MalaysiaGazette
3 May 2021
Neelofa
Kuala Lumpur: Pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin menasihati selebriti sensasi, Neelofa, 32, agar berhati-hati berkongsi aktivitinya yang kini aktif di media sosial.
Menerusi hantaran di Facebook, Shahrulezad meminta Neelofa berbuat demikian kerana bekas pengacara program MeleTop itu dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz begitu menjadi perhatian ramai ketika ini terutama netizen.
“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.
“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.
“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” tulisnya.
Semalam, nama Neelofa kembali viral berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, Shahrulezad berkata, dia kadang-kala berasa usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.
“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?
“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?
“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.
Menurut Shahrulezad, kini tiba masanya dia bersuara untuk memberi teguran dan nasihat.
Katanya, alang-alang Neelofa kini berniqab, maka lagi lebih baik dia ‘niqab’ sekali media sosialnya.
Ujarnya, dengan imej baik yang ditunjukkan Neelofa itu juga tidak sepatutnya dikecam.
Imej sepertinya itu patut disayangi ramai dan bukan semakin dibenci kerana tindakan diri sendiri.
Semalam, Neelofa terus mencetuskan ‘isu panas’ untuk diperdebatkan netizen di media sosial apabila kali ini dia didakwa ‘merentas negeri’ lagi ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.
Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Rata-rata netizen di media sosial bengang dan ‘panas hati’ dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baru didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/05/neelofa-lapar-perhatian-pengarah-drama.html