Nazri Aziz Bersara Daripada Politik Isyarat Kepada Veteran Politik Lain



Nazri Aziz Bersara Daripada Politik Isyarat Kepada Veteran Politik Lain | Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan pengumuman Anggota Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz untuk bersara daripada politik bertitik-tolak dari kekecewaan terhadap Umno selain memberi mesej perlunya generasi baru diberi peluang memimpin.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, berpendapat pengumuman persaraan pemimpin lantang itu tidak mustahil disebabkan kekecewaan terhadap Umno sekarang yang sedang berpecah selepas tewas dalam pilihan raya lalu.

"Kalau sebelum ini Umno agak dominan, selepas kalah parti ini tidak lagi dipandang sebagai parti yang dominan

"Mungkin beliau melihat bahawa Umno perlu diganti dengan pemimpin-pemimpin baru.
Nazri Aziz Bersara Daripada Politik Isyarat Kepada Veteran Politik Lain"Jadi apabila beliau umumkan persaraan itu mungkin mesej tersirat bahawa pemimpin yang ada sekarang patut bersara dan beri peluang kepada generasi (kelahiran) selepas merdeka," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi, hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan bekas menteri itu mengumumkan tidak akan menyertai pilihan raya akan datang selepas enam penggal menjadi wakil rakyat sejak 1995.
Menurutnya, ada ramai pemimpin lebih muda seperti Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, 60, dan Menteri Kanan Hishammuddin Hussein, 60, justeru dia mahu menyerahkan tugas itu kepada generasi baru.
"Saya rasa ini adalah isyarat untuk orang-orang dari generasi saya bahawa sudah tiba masanya kami pergi dan sokong pemimpin baru," katanya. 
Sementara itu, Mazlan yang juga pensyarah kanan Sekolah Perdana UTM berkata persaraan Nazri merupkan satu isyarat ditujukan kepada pemimpin-pemimpin lama dalam Umno supaya turut berundur kerana dalam parti itu sendiri mempunyai ramai pimpinan lebih muda.
"Dalam Umno ini ada banyak pemimpin muda macam Khairy Jamaluddin untuk memimpin parti, maka isyarat beliau ini dituju kepada pemimpin lama dalam Umno untuk bersara.
"Mungkin anak-anak muda Umno dari Padang Rengas boleh tonjolkan diri selepas ini untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nazri.
"Beri peluang kepada orang muda ini bermaksud membuka ruang lebih luas kepada generasi baru.
"Ini kerana politik hari ini melihat penglibatan orang muda itu penting. Salah satu kriteria yang dipilih pengundi-pengundi sekarang adalah wakil rakyat yang ada energi, yang boleh bekerja keras iaitu orang-orang muda," jelasnya.
Tambah penganalisis politik itu, hasrat Nazri pengundurkan diri itu agak mengejutkan dengan mengambil kira perwatakannya.
"Dia seorang yang menonjol dalam Umno berikutan penglibatan dalam karier politik sejak berusia 24 tahun selain pernah berada dalam majlis kerja tertinggi Umno.
"Jadi pengumumannya untuk bersara dari politik itu agak mengejutkan juga walaupun kita sedar bahawa akhir-akhir ini selepas 2018, dia kurang berperanan dalam Umno.
Nazri Aziz Bersara Daripada Politik Isyarat Kepada Veteran Politik Lain"Malah kritikan-kritikannya mutakhir ini agak menimbulkan kontroversi," kata Mazlan.
Nazri memang tidak lekang dengan kontroversi termasuk baru-baru ini meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai presiden parti.
Sebelum PRU 2018, dia mencabar jutawan Robert Kuok untuk kembali ke Malaysia dan bertanding dalam PRU.
"Jangan jadi 'pondan'. Jangan jadi ‘ayam betina’ yang bersembunyi di balik tembok di Hong Kong, ”katanya.
Pada tahun 2007, Nazri dilihat hilang sabar ketika sidang Dewan Rakyat apabila berulang kali menggelar veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai "bodoh".
Nazri, 67, pernah dilantik sebagai menteri pelancongan dan kebudayaan, menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal undang-undang) dan menteri pembangunan usahawan.
Dia pertama kali terpilih sebagai ahli parlimen Cenderoh pada tahun 1995 dan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya 1999, sebelum memenangi kerusi parlimen Padang Rengas dalam empat PRU berturut-turut.
Sebelum itu, dia dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada tahun 1990. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/08/nazri-aziz-bersara-daripada-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Aziz Sahkan Mahu Berundur Dari Dunia Politik

Nazri Aziz Sahkan Mahu Berundur Dari Dunia Politik

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 377 hits
Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik Nazri Aziz akan bersara dari politik setelah enam penggal menjadi Ahli Parlimen dan tidak akan bertanding dalam PRU15 Ahli Parlimen Padang Rengas itu memberitahu FMT beliau berniat untuk be...
Orang Umno Perlu Berpijak Di Bumi Nyata Nazri Aziz

Orang Umno Perlu Berpijak Di Bumi Nyata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 253 hits
bharian comOleh Ogos 28 2021 1 59pmAhli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizKUALA LUMPUR Semua pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan pembentukan Kabinet baharu diingatkan supaya berpijak di bumi nyata d...
Pel1k Sorang2 Beratur Di Lampu Isyarat Rupanya Kereta Lain Takut Panas Beratur Bawah Jambatan

Pel1k Sorang2 Beratur Di Lampu Isyarat Rupanya Kereta Lain Takut Panas Beratur Bawah Jambatan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 423 hits
Kebiasaannya hanya penunggang motorsikal sahaja yang akan menumpang teduh di bawah jambatan sewaktu menunggu di persimpangan lampu isyarat Namun di Bukit Jelut0ng bukan sahaja penunggang motorsikal malah pemandu kereta turut melakukan hal y...
Ngo Antirasuah Veteran Politik Sokong Akta Pecat Mp Lompat Parti

Ngo Antirasuah Veteran Politik Sokong Akta Pecat Mp Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 184 hits
NGO antirasuah veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti Veteran Umno dan kumpulan antirasuah tampil mendukung usaha Azalina Othman Said untuk memperkenalkan undang undang bagi memecat anggota parlimen yang melompat parti Setiausaha...
Mereka Yang Sibuk Pasal Politik Anwar Terus Bercakap Soal Rakyat

Mereka Yang Sibuk Pasal Politik Anwar Terus Bercakap Soal Rakyat

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 175 hits
Tahukah anda berapa banyak persinggahan kumpulan puak2 yang mahu mengekalkan kuasa itu setakat ini Setakat yang saya ingat mereka pernah berkumpul samada siang atau malam di beberapa tempat hanya untuk berbincang bagaimana untuk terus kekal...
Politik Hishammuddin Akan Terus Berbakti Usahawira

Politik Hishammuddin Akan Terus Berbakti Usahawira

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 265 hits
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan akan terus berbakti dalam apa juga kapasitinya demi kebaiakan rakyat dan negara Hishammuddin menjelaskan memegang jawatan meneri kanan luar negara ketika seluruh dunia d...
Politik Malaysia Satu Putaran Ganas Yang Sukar Difahami Rakyat Biasa

Politik Malaysia Satu Putaran Ganas Yang Sukar Difahami Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 194 hits
Muhyiddin Yassin adalah seorang cancer survivor yang mempunyai perspektif yang sangat berbeza dengan ahli politik lain Beliau memimpin Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan ketika Dr Mahathir sendir...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff