Naungan Di Akhirat Untuk Orang Bersedekah




oleh Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin
ISLAM menganjurkan umatnya berusaha dan memperoleh harta secara halal bagi mencapai kesenangan di dunia dan akhirat.
Orang beriman dan bersyukur di atas segala nikmat yang diperolehnya akan membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Orang yang sentiasa bersedekah akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak.
Itu termasuk mereka yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Selain itu, amalan bersedekah juga bolehM menghapuskan dosa kecil. Sebagaimana hadis daripada Muaz bin Jabal RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dan sedekah melenyapkan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmidzi)
Bukan itu sahaja, bersedekah atau berinfak tidak akan menjadikan seseorang itu miskin, bahkan mempermudahkannya memperoleh sumber rezeki.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
Dalam hidup ini, sekecil mana pun sedekah yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan.
Malah, ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman walaupun cuma untuk seketika.
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka yang berada dalam kesempitan.
Sebab itu, Islam sangat memuliakan orang yang sentiasa bersedekah atau menginfakkan hartanya.
Sehinggakan Rasulullah SAW mengangkat kedudukan orang yang bersedekah lebih mulia daripada orang yang menerima.
Perkara itu dijelaskan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tangan di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).” (Riwayat al-Bukhari)
Walaupun sedekah itu sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam, terdapat segelintir masyarakat menyalahgunakan kebaikan orang yang suka berinfak atau mendermakan hartanya.
Perbuatan meminta derma tanpa kebenaran masih berleluasa. Aktiviti terbabit dapat dilihat di tempat awam seperti di hadapan bank, stesen minyak, pasar malam dan restoran.
Haram dan berdosa hukumnya bagi sesiapa yang cuba mengambil kesempatan melakukan penipuan dengan memperdaya orang ramai yang ingin bersedekah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/19/naungan-di-akhirat-untuk-orang-bersedekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awak Oku Di Dunia Insyaallah Bukan Di Akhirat Luahan Sayu Bapa Anak Autisme Tak Duduki Spm

Awak Oku Di Dunia Insyaallah Bukan Di Akhirat Luahan Sayu Bapa Anak Autisme Tak Duduki Spm

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 441 hits
Semalam merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Fasa 2 salah satu ujian paling penting dalam sistem pendidikan negara kita Namun tak semua orang mempunyai peluang yang sama untuk menduduki peperiksaan berkenaan Ada remaj...
Zaid Bin Amr Umat Yang Dibangkitkan Bersendirian Di Akhirat

Zaid Bin Amr Umat Yang Dibangkitkan Bersendirian Di Akhirat

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 247 hits
Pada suatu hari orang orang Quraish berkumpul pada hari kebesaran mereka di sisi salah satu berhala mereka yang mereka agung agungkan Mereka menyembelih di sisinya beriktikaf padanya dan bernazar untuknya Hari kebesaran itu diperingati seha...
Latihan Bersedekah

Latihan Bersedekah

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 357 hits
Assalammualaikum wbtLATIHAN BERSEDEKAH Sepanjang umur yang Allah izin kita hidup di muka bumiNYA ini kita setiasa melalui proses pengajaran pembelajaran dan berguru dengan pengalaman Sedari alam rahim ibu lagi hinggalah nanti Malaikat Izrai...
Bersedekah Sebagai Usaha Pengubatan

Bersedekah Sebagai Usaha Pengubatan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 395 hits
BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN Dalam masyarakat kita terdapat ramai yang memelukan bantuan kewangan Selain daripada membayar zakat yang wajib bagi kita Nabi SAW juga menggalakkan kita banyak bersedekah Ikhtiar untuk mendapatkan kesembu...
Pemuda Ini Sempat Bersedekah Pada Gelandangan Sebelum Maut Dalam Kemalangan

Pemuda Ini Sempat Bersedekah Pada Gelandangan Sebelum Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 489 hits
Ajal dan maut di tangan Tuhan jika sudah ditakdirkan tiba cepat atau lambat pasti akan merasainya juga dan datangnya itu tanpa kita sendiri mampu menduga adakah akan ada pengakhiran yang baik untuk kita Seperti kisah seorang pemuda ini bern...
Doa Meminta Aafiyah Di Dunia Dan Akhirat

Doa Meminta Aafiyah Di Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 661 hits
Doa ini bagus sekali diamalkan karena berisi permintaan mendapatkan aafiyah di dunia dan akhirat Apa itu aafiyah Silakan baca dan dalami dalam tulisan ini Posting ditampilkan lebih awal di
Ramai Cakap Buruk Saya Harap Ada Ganjaran Di Akhirat

Ramai Cakap Buruk Saya Harap Ada Ganjaran Di Akhirat

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 224 hits
Beberapa hari lalu kecoh apabila tular di media sosial satu video memaparkan selebriti kontroversi Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura kerana The post appeared first on
Reunion Kali Kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

Reunion Kali Kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 481 hits
Alhamdulillah Pertemuan ini berjaya dan berjalan dengan lancar Kami sahabat sekelas Azmi Ashaari DS Ali Sodikin Samah Baharuddin Ahmad Hashim
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki