National Character Bangsa Viet
Sempena perlawanan Malaysia-Vietnam malam ini, saja aku nak cerita pasal seteru negara kita — Vietnam.
Setiap bangsa mempunyai “national character” dia yang unik, atau “collective psyche”. Macam orang Korea ada “Han” (한), dan perwatakan/psikologi itu mempengaruhi tindak tanduk bangsa dalam banyak benda: dari dasar luar, sistem ekonomi, budaya hingga sukan.
Orang Vietnam pula macam mana? Kita boleh “baca” perwatakan/psikologi bangsa ini menerusi slogan/sorakan rasmi bagi pasukan bola Vietnam: VIỆT NAM VÔ ĐỊCH.
“Vô địch” ialah perkataan pinjaman Cina yang terdiri daripada dua karakter: 無 yang bermaksud “tiada” dan “敵” yang bermaksud “lawan”. “Vô địch” bermaksud tiada lawan, invincible, unbeatable. Dalam Bahasa Cina sebut “wudi”, Korea “mujeok” (무적), Jepun “muteki” (むてき).
Tapi tak bolehlah China nak buat slogan “Zhongguo Wudi”, Korea Selatan nak buat “Mujeok Hanguk” atau Jepun nak buat “Muteki Nihon”. Sebab tak sesuai.
Hanya Vietnam saja berani mendakwa diri “unbeatable”. Dalam sejarah tak jumpa mana-mana contoh negara lain yang boleh menewaskan Perancis (1954), Amerika (1960-an) dan China (1979) dalam peperangan secara berturut-turut. Badan orang Vietnam ni nampak je kecil, tapi semangatnya masya Allah.
Penggunaan “vô địch” sebagai slogan bukan sebab nak tunjuk riak: kalau nak riak diorang sorak je dalam Bahasa Inggeris jadi “Vietnam Unbeatable” “Vietnam Number One”. Mereka bersorak dalam bahasa sendiri sebab nak memperingatkan pemain: ingat tak dulu macam mana nenek moyang kita telah berjaya menundukkan adikuasa dunia walhal kita tidak mempunyai apa-apa? Itu memberi suntikan semangat kepada pemain mereka untuk bangun balik selepas jatuh, bertahan dan lawan sehingga ke minit terakhir.
Seperti orang Korea, orang Vietnam juga mempunyai tradisi “heroism” (chủ nghĩa anh hùng). Mereka “menghidupkan” tokoh-tokoh pahlawan dalam kehidupan harian. Kalau Korea ada Yi Sun-shin, orang Vietnam ada Trần Hưng Đạo, panglima Dinasti Trần yang dua kali menewaskan Empayar Mongol pada abad ke-13. Kat mana-mana di Vietnam mesti akan jumpa jalan bernama Trần Hưng Đạo dan monumennya.
Heroism ini perkara yang positif, dan sangat penting untuk membina negara (nation-building). Nasionalisme dan patriotisme ini sangat bergantung kepada naratif “national myth”, dan pusat kepada naratif ini semestinya tokoh-tokoh yang merupakan personifikasi nilai-nilai bangsa.
Indonesia melambak dia punya Pahlawan Nasional, orang Perancis ada Joan of Arc (di mana simbolnya “Cross of Lorraine” digunakan dalam gerakan penentangan pendudukan Jerman di Perancis 1940-1944).
Kita bukan tak ada, tapi kita terlalu kritikal dengan sejarah kita sendiri. Fenomena “Tuah-Jebat Complex”: penyokong Tuah kutuk Jebat derhaka dan mencetuskan huru hara, penyokong Jebat pula kutuk Tuah membela pemimpin bobrok. Gaduh tak habis, hah sambung 500 tahun kemudian.
Semangat “vô địch” membolehkan Vietnam transformed dari medan peperangan kepada economic powerhouse dalam masa tak sampai 30 tahun. Penceritaan sejarah yang positif akan bentuk perwatakan bangsa yang sentiasa ke hadapan; manakala penceritaan sejarah yang asyik mencari salah bangsa sendiri, self-hatred dan apologetik akan menghasilkan bangsa yang keliru identiti, hilang hala tuju dan hanyut ikut arus masa.
Jadi, “vô địch” lah kau Vietnam, aku yakin sejarah akan berlaku adil pada kau dan kau akan dapat tempat dalam sejarah yang kau deserved.
p.s.: ini bukan ulasan bola, aku Malaysian mestilah Selamanya Harimau Malaya.
Wait, Malaya?
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya
Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/national-character-bangsa-viet.html