Pasar Beseri atau lebih dikenali sebagai Nat Balai Baru ini terletak di dalam sebuah bangunan tidak berdinding. Terdapat deretan binaan meja konkrit untuk para peniaga mempamerkan barang jualan
Memandangkan masih awal pagi dan perut kami masih belum berisi, kami menuju ke suatu sudut yang menjual makanan sarapan. Gerai ini turut menyediakan beberapa buah meja panjang dan bangku kayu panjang, bolehlah kami mencuba makan di sini sambil memerhati suasana sekitar
Kalau nak beli bawa balik, boleh terus ambil yang sudah siap dibungkus begini. Bagus peniaga dah siap letak tanda harga dan nama makanan dengan jelas
Dah makan sebahagian, barulah boleh merakam foto sebab tadi depan saya ada orang lain sedang makan. Ala-ala mesra gitu, walaupun tak saling kenal tetapi masing-masing duduk makan bersama di meja dan bangku panjang ni 😁
Apam balik biasa dan special. Yang biasa tu nipis dan sedikit isinya. Apam balik special lebih tebal dan banyak isinya, memang puas makan
Pertama kali membeli bahan asas memasak sejak berada di Perlis. Kami ambil bawang besar, bawang putih, halia dan kentang
Suasana di bahagian luar bangunan. Kanopi dan payung para peniaga memenuhi ruangan. Agak padat dan tidak tersusun. Masa ni masih ramai peniaga yang baru tiba dan sedang bersiap bagi memulakan aktiviti jualan
Nampak sedap pulak bawang goreng yang dijual ni. Kami membeli satu bekas bawang putih goreng harganya RM13 dan bawang merah goreng harganya RM12. Semasa entri ini ditulis, kedua-dua bekas bawang goreng yang dibeli sudah pun hampir kosong! Sedap dan rangup bawang goreng dimakan bersama nasi. Kadang makan gitu je macam makan kerepek. Mana tak cepat habis 😄
Ini pulak sejenis kekacang yang tak pernah kami jumpa. Penjual kata - kacang poi. Macam kacang tanah dan cara masak pun sama macam rebus kacang tanah. Sedap katanya. Teringin pulak nak merasa. Kami beli 1 kg dengan harga RM10/kg
Ternampak pulak seorang peniaga baru keluarkan barang jualannya - pelbagai racun. Eh, jual racun pun ramai yang berkumpul nak membeli tau. Termasuklah kami yang sibuk nak membeli ‘ubat semut’. Harganya RM1/pek, kalau beli 6 pek cuma RM5. Terdengar seorang pembeli wanita berkata dengan nada berseloroh, “Ni bukan ubat semut, ni racun semut…”. Hehe…betul jugak kan, ubat tu penyembuh manakala racun tu mematikan
Semasa sedang makan tadi saya nampak peniaga penjual pokok-pokok ni sedang mengeluarkan pokok-pokok dari kenderaan beliau. Tengok dari jauh pun dah berkenan dengan beberapa pokok. Cadangnya nak beli sejenis je buat hiasan dalam rumah. Tapi bila tengok depan mata terus jadi tamak, ambil tiga pokok terus 😁
Foto ini saya rakam ketika berada dalam kenderaan untuk balik ke rumah setelah lebih 1 jam berada di nat. Beginilah suasana jalan raya di Nat Balai Baru. Sesak dengan kenderaan di jalan raya dan dengan kanopi/payung para peniaga yang diletakkan memenuhi bahu jalan. Kalau tak terlalu rapat dengan jalan, itu lebih bagus. Mudah dan selamat pembeli nak berjalan kaki dari kenderaan menuju ke bangunan pasar dan gerai jualan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |