Nasihat Pro Bono Buat Pemimpin Hati Hatilah Dalam Tingkah Laku Kerana Kamera Sentiasa Ada Di Setiap Penjuru


 
Sejak pagi tadi tular satu klip video yang menampakkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim seolah-olah melanggar atau barangkali terlanggar belakang seorang artis wanita dalam satu majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni yang diadakan malam semalam.
Artis tersebut pada mulanya kelihatan sedikit terkejut dengan insiden perlanggaran berkenaan, tetapi kemudian tersenyum dan sempat berselfie dengan Anwar.
Klip video lain yang menunjukkan Anwar sama-sama menyanyi dengan dua artis wanita turut tersebar bersama video di atas tadi.
Video perlanggaran itu jelas disebarkan untuk mengaibkan Anwar, tambahan lagi caption atau keterangan yang ditulis pula memang dilihat menjurus ke arah itu.
Dengan video tersebut, laskar maya blok pembangkang seolah-olah kenduri sejak pagi tadi dengan menulis pelbagai hantaran dan tafsiran mengenainya bagi tujuan tidak lain untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan keperibadian Anwar.
Sebagai kesimpulannya, dalam semua tafsiran itu, Anwar digambarkan sebagai lelaki yang tidak boleh melihat perempuan berdahi licin.
Dalam waktu yang sama, laskar maya pro kerajaan pula seolah-olah terkedu dan tidak mampu untuk mewajarkan ada sisi baik dalam insiden tersebut.
Seorang dua yang dilihat cuba membela Anwar berkaitan video itu, tetapi ia ternampak terlalu longgar dan hampir tiada markah.
Saya sendiri berkali-kali menonton video itu untuk cuba membaca reaksi wajah mereka yang terkait di dalamnya.
Apa juga tafsiran yang ada dalam fikiran saya, biarlah saya simpan saja.
Pengajarannya, baik kepada Anwar dan lain-lain pemimpin, mereka hendaklah berhati-hati selalu dalam semua tingkah laku kerana di era media sosial ini, lensa kamera sentiasa ada di setiap penjuru.
Selain semua pergerakan pemimpin diperhatikan rakyat, lebih bahaya lagi jika ia dirakam kamera dan kemudian disebarkan.
Ini kerana rakaman itu boleh dimanipulasi dengan pelbagai tujuan dan ditafsirkan dengan macam-macam makna.
Tersilap sedikit langkah atau kata-kata dan ia kemudian diviralkan, beban yang akhirnya terpaksa difanggung bukan kepalang kesannya, bukan saja kepada diri sendiri, tetapi juga keluarga.
Selain pemimpin, orang biasa pun tidak terkecuali terdedah kepada perkara yang sama di mana setiap hari ada saja diviralkan di media sosial video mengenai buli jalanraya, perlakuan kasar, pergaduhan dan macam-macam lagi yang kebanyakannya, selain memberi malu kepada pelakunya, selalunya juga berakhir dengan tindakan oleh pihak berkuasa.
Lebih-lebih lagi pemimpin seperti Anwar yang musuh politiknya lebih ramai daripada kawan sejati, keperluan untuk berhati-hati itu harus lebih tinggi lagi.
Tidak boleh ambil mudah dan pandang rendah semua perkara semata-mata kerana beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri.
Hakikatnya, setelah menjadi Perdana Menteri inilah semua tingkah laku itu mesti lebih dijaga, terutama dalam pergaulan yang melibatkan artis wanita dan golongan perempuan berdahi licin.
Apa lagi Anwar itu terlalu kuat imejnya sebagai pejuang Islam dan pemimpin yang suka menganjurkan program-program agama sejak dulu lagi.
Yang mudahnya begini sajalah, tambahan lagi sekarang cuaca tidak menentu, hujan lebat serta ribut puting beliung boleh berlaku bila-bila masa tanpa dijangka, maka langkah paling selamat ialah Kak Wan atau Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaiknya mesti menemani Anwar dalam semua majlis seperti semalam itu.
Bila ada Kak Wan sentiasa berpimpin tangan dengan Anwar – percayalah – yang gatal dan gedik semuanya akan automatik tampil bersopan. – ShahbudinHusin 12/04/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/nasihat-pro-bono-buat-pemimpin-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Baik Sentiasa Cantik

Hati Baik Sentiasa Cantik

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 480 hits
Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Hari ini 1 April 2023 cepat sungguh masa berlalu Ramadan pula sudah masuk hari ke 10 Hari ini memory di Facebook saya memaparkan post ini Beautiful heartCaption saya pula beg...
Pro Bono Pun Minta Duit Raya Juga

Pro Bono Pun Minta Duit Raya Juga

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 247 hits
Gino Marvela Kepada ramai doktor kontrak yg sudah dapat jawatan tetap kami ucapkan tahniah Inisiatif doktor kontrak ini mmg agenda pertama setelah lantikan menteri kesihatan Cuma bila pihak pembangkang mati akal tiada isu maka di capainya i...
Hati Goreng Pengantin Yang Sedap

Hati Goreng Pengantin Yang Sedap

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 233 hits
Alhamdulillah kita masih menjalani ibadah puasa tat kala ramai yang tidak sempat menjalaninya atau memasuki bulan Ramadhan Syukur kerana masih diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia ini Saya ingin berkongsikan antara peti...
Penyokong Najib Makin Tak Puas Hati Dengan Zahid Pm Dakwa Shahril Kj

Penyokong Najib Makin Tak Puas Hati Dengan Zahid Pm Dakwa Shahril Kj

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 534 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2023 7 15pmSituasi itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak menyemak sabitan dan hukuman dalam kes SRC International Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin berkata perasaan tidak p...
Berhati Hati Bila Membeli Tayar Kereta

Berhati Hati Bila Membeli Tayar Kereta

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 347 hits
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar Yg baharu ada RM175 RM185 Baik amik yg baharu puas hati Minta dorg bawa keluar tayar tu nak tgk Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175 Bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen ...
Amboi Jual Mahalnya Perkongsian Terbaru Muhammad Afwa Cuit Hati Ramai

Amboi Jual Mahalnya Perkongsian Terbaru Muhammad Afwa Cuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 245 hits
Anak lelaki kepada penyanyi dan usah4wan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa sering menjadi perh4tian ramai dengan kecomelan wajahnya Meskipun jar4ng memuat naik mengenai anak anaknya ke laman sosial namun begitu Tokti tet...
Hati Hati Dengan Link Yang Di Kongsikan Di Whatsapp Milo Malaysia Ramadan Gift Jangan Anda Jadi Mangsa

Hati Hati Dengan Link Yang Di Kongsikan Di Whatsapp Milo Malaysia Ramadan Gift Jangan Anda Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 599 hits
Viral hari ini berkaitan link hadiah daripada Milo yang menawarkan hadiah yang lumayan Maka banyaklah mereka kongsikan di whatsapp di group dan keluarga masing masing Sebelum kongsikan sesuatu kena tahu adakah itu official atau sekadar SPAM...
Bisnes Online Paling Laku 2023

Bisnes Online Paling Laku 2023

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 272 hits
Anda sedang cari bisnes online untuk buat duit dalam tahun 2023 ni Tahniah sebab anda ada kesedaran dan kemahuan untuk capai sesuatu dalam hidup anda Zaman mak ayah saya pun mereka dah mula buat bisnes part time apa lagi di zaman kita ni Za...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah