Nasi Minyak Sedap




Masih teringat dengan isu perkahwinan Syamsul Yusoff dan Ira Kazar dan ketabahan Puteri Sarah yang sekarang ini menjadi trending di mana mana media social. Saya memang sedih melihat kes suami yang tidak setia, mencari wanita lain yang lebih muda setelah hidup senang dan berjaya. Ramai kes sebegini yang berlaku di sekeliling kita. Lelaki yang dah berumur pun, masih buat begini jika poket rasa dah penuh.
Perkahwinan adalah satu perjudian juga sebenarnya. Kalau kita bernasib baik, kita akan mendapat pasangan yang setia dan sanggup bersusah senang bersama sama. Manusia mudah berubah jadi kalau pasangan boleh menerima kita walaupun kita tidak lagi slim, tidak lagi cantik seperti masa baru berkahwin, adalah satu kebahagiaan buat seorang isteri.
Kadang kadang isteri terpaksa bekerja untuk membantu kewangan suami. Terpaksa mengorbankan keinginan untuk berhias dan merawat wajah di spa dsb kerana kekangan kewangan. Jadi pastinya jika tidak dijaga, wajah akan kelihatan selekeh berbanding dengan wanita muda di luar sana. 
Doakan agar kita semua diberikan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini. Yang pastinya kebahagiaan bermula dari rumahtangga yang aman harmoni.  

Kalau entri semalam, saya kongsikan resipi ayam masak merah di SINI, kali ini saya ingin kongsikan pula gandingan serasi bersamanya iaitu nasi minyak. 
Masa kecik dulu, suka sangat kalau dapat makan nasi minyak kerana arwah Bonda saya tidak pernah memasak nasi minyak. Selain tidak pandai, juga mungkin kerana tidak mampu untuk membeli bahan bahan untuk masak nasi minyak.
Jadi setahun sekali kami akan makan nasi minyak yang disediakan oleh arwah Bonda saudara di rumahnya untuk hidangan hari raya. Mereka dulu tinggal di kuarters di beberapa negeri. Jadi pastinya bergaul dengan isteri dari negeri lain. Kalau orang kampung saya ketika itu, memang tak ada yang pandai memasak nasi minyak. Masa kenduri pun, hanya dihidangkan nasi putih sahaja. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 

Nasi Minyak SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 cawan beras basmathi3 cawan air1 cawan susu cair½ cawan kismis2 helai daun pandan - siat dan simpul1 batang serai - titik2 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak jagung½ sudu kecil garam1 sudu kecil serbuk secukup rasaPewarna kuning telur
Bahan Hiris:1 inci halia - hiris kasar4 biji bawang merah2 ulas bawang putih
Rempah tumis2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum cengkih3 biji pelaga
Cara cara:Rendam beras dalam 20-30 minit. Tos dan ketepikan.
Tekan fungsi Stir Fry dan masukkan minyak sapi dan minyak. Masukkan serai, rempah 4 sekawan dan bawang serta halia hiris. Tumis sehingga bawang keperangan.
Tutup fungsi Stir Fry. Masukkan susu, air, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Masukkan beras.
Tekan fungsi RICE 8 minit dan masak sehingga cukup masa. Bila nasi dah masak, Lepaskan wap, masukkan kismis dan titiskan pewarna. Dan tutup semula periuk. Biarkan sehingga 8-10 minit lagi sebelum nasi digembur perlahan lahan.
Angkat dan kacau dengan perlahan lahan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:Jika masak 5 cawan beras, saya guna 5 cawan air dan 1 cawan susu, 3 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu kecil garam.
Guna beras Basmathi steam, nasi minyak menjadi lebih lembut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/01/nasi-minyak-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mahu Makan Nasi Atau Mi Selang Selikan Dengan Oat Ni Pilihan Oat Sedap Untuk Bayi 6 9 Bulan

Tak Mahu Makan Nasi Atau Mi Selang Selikan Dengan Oat Ni Pilihan Oat Sedap Untuk Bayi 6 9 Bulan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 242 hits
Anak sama macam kita ada waktunya anak tidak mahu makan nasi Begitu juga dengan pasta atau roti Sesekali gantikan dengan oat pula untuk anak Idea dan perkongsian ini boleh mama gantikan untuk anak yang bosan makan nasi Oat sememangnya berkh...
Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 285 hits
Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak anak Walaupun hanya satu lauk sahaja makan dengan nasi panas panas letak kicap pun boleh habis sepinggan Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini bo...
Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng Sedap Rasanya

Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 394 hits
Buat mereka yang bekerja tentu nak masak yang ringkas dan cepat disediakan Bosan juga asyik membeli tambah pula 2023 ni nak jimat berbelanja dengan masak sendiri Bukan hanya puas makan malah memenuhi cita rasa Jom cuba resepi mudah mengguna...
Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 278 hits
Menu nasi himpit atau nasi kapit popular di Terengganu Sesuai dimakan bila bila masa saja namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan Kali ini kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan Anda...
Nasi Ayam Hainan Simple Sedap Versi Mudah Confirm Anak Makan Bertambah

Nasi Ayam Hainan Simple Sedap Versi Mudah Confirm Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 167 hits
Nasi Ayam Hainan antara resepi yang popular dalam kalangan masyarakat Cina Namun ia juga digemari oleh semua lapisan masyarakat di negara ini Bukan itu saja menu ini antara yang paling disukai oleh anak anak RESEPI NASI AYAM HAINAN Resepi n...
Resipi Roti Jagung Air Fryer Sangat Sedap Mengenyangkan

Resipi Roti Jagung Air Fryer Sangat Sedap Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 189 hits
Suka makan roti Boleh cuba buat Roti Jagung resipi perkongsian saudari Linda Safar ni Nmpak sangat sedap unik dan lain dari yang lain Bahan bahan yang digunakan juga sangat mudah dan biasanya ada di rumah Lebih istimewa resipi ini hanya mem...
Resipi Paprik Sardin Telur Dadar Gebu Lauk Simple Tapi Sedap

Resipi Paprik Sardin Telur Dadar Gebu Lauk Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 438 hits
Wow Paprik Sardin ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Biasanya kita menikmati Paprik Ayam Daging atau Campur kali ni boleh ubah selera Tak sangka sardine pun enak dimasak paprika sebegini Sangat berbaloi untuk cuba resipi perkongsian sa...
Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah Sedap

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 235 hits
Pernah makan kuih lepat Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya Kalau beli jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati Jadi apa kata anda cuba buat sendiri Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah ...
Tak Perasan Ni Sayur Cuba Terung Goreng Rangup Ala Fries Memang Sedap

Tak Perasan Ni Sayur Cuba Terung Goreng Rangup Ala Fries Memang Sedap

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 293 hits
Bila sebut sahaja sayur anak anak mulalah liat untuk makan Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup Anak mesti suka Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan olah pula terung untuk dijadikan fries Rangup dan sedap Jom cuba perkongsian r...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri