Nasi Minyak Aidiladha


 Assalamualaikum WBT
BERAKHIR sudah sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Sk teringat Iman cerita, masa sekolah dulu, ustaz yang mengajar kelas Iman, marah, apabila anak murid sibuk nak beraya (Syawal) sebulan. Menurut ustaz, Hari Raya Aidilfitri cuma disambut pada 1 Syawal iaitu bagi meraikan kemenangan sebulan berpuasa. Sebaliknya, Hari Raya Aidiladha pula, diraikan selama empat hari yang mana, keempat-empat hari itu, kita diharamkan berpuasa sedangkan 2 Syawal hingga 30 Syawal kita dibenarkan berpuasa. Tapi, orang kita sibuk nak beraya sampai sebulan, malah lajak sampai habis bulan. Wallahu'alam.

Pagi Hari Raya Haji hari tu, Sk panaskan Kuah Soto yang Sk masak untuk hidangan malam raya. Kemudian, rebus lagi baki ketupat mini dan kukus ketupat palas frozen. Kalau dalam family Sk, apa yang dihidang pagi raya, itulah yang dimakan berulang-ulang sampai petang. Tapi, lain pulak cara dalam keluarga mertua Sk. Mereka akan hidangkan nasi berperisa waktu tengahari seperti nasi tomato. Jadi, memang wajiblah sediakan nasi sebagai hidangan berat. Tahun ni, Pak Inche tak nak nasi tomato, nak nasi minyak aje dengan Kurma Daging dan Ayam Masak Merah. Sk masak dalam periuk noxxa, senang dan gerenti jadi. Periuk-periuk nasi elektrik yang besar-besar, semua dah jadi tukun. Kalau nak masak nasi putih, okey jer, tapi, kalau masak nasi berperisa, suis automatik dia selalu tak automatik, hahaha. Belum lagi nasi kering, dah auto off, hasilnya nasi mentah atau jelatah, nak masak manual atas api, lagilah Sk tak pandai, hahahaha.
Di sini Sk kongsikan cara Sk memasak nasi minyak guna periuk noxxa (model lama)
Nasi Minyak (Periuk Noxxa) 
(Hidangan 12 orang)
Bahan-bahan :
6 pot beras basmathi (cuci bersih dan rendam anggaran 20 minit)
2 pot susu sejat + 7 pot air biasa (satukan)
2 sudu besar minyak sapi
2 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah dimayang halus
1 cawan kismis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
(Siapkan semua bahan sebelum mula memasak kerana periuk noxxa cepat panas)
1. Hidupkan periuk noxxa, set Stir Fry - on
2. Masukkan minyak sapi, apabila minyak sapi cair, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan bawang merah dimayang halus, tumis dan kacau sehingga bawang layu.
3.  Masukkan kismis, kacau.. kemudian masukkan beras, kacau. sekejap. Matikan fungsi stir fry.
4. Tuangkan air dan susu yang disatukan, masukkan garam secukupnya bergantung jenis garam. Rasa dahulu masinnya cukup atau tidak.
5. Tutup periuk, letakkan tombol pada pressure. Kemudian set Slow Pressure atau SP 10x.
6. Apabila cukup masa, lepaskan wap sehingga habis, kemudian buka periuk, gemburkan nasi.

Nasi Minyak paling sedap dilawankan dengan masak kurmak sama ada daging atau ayam. Sk masak Daging Kurmak sebab ada Ayam Masak Merah. Nanti buat post lain resepi Daging Kurmak ni, hehehe.

Aaaaa.. kenapa tah tak perasan gambar Ayam Masak Merah ni kaburrrrrrrrrr.. hahahaha. Masa nak masak ni, Sk teringat ada simpan Pes Masak Merah dalam freezer. Disebabkan malas nak kisar cili dan bawang (stok kisar dah habis masak rendang), Sk defrost pes Ayam Masak Merah Utagha yang Sk sejuk bekukan sebab banyak giler hasilnya masa dah siap tumis tu. Sebelum masukkan ayam, Sk ketepikan semangkuk dan simpan dalam freezer. Sedar tak sedar dah dekat setahun rupanya simpan. Sk masak masa Hari Raya Haji tahun lepas, hahahahaha.
Boleh baca ceritanya DI SINI. makan dengan Nasi Minyak Terengganu.


Tapi, lambat la makannya. Pukul 2.45 baru siap hidang. Kalau kat Kuala Ketil, pukul 12 tengahari dah makan, hahahaha. Masa arwah mak mertua Sk sihat dulu, dari sebelum subuh dah dengar mak bertukang kat dapur ya. Tak usah hari raya, kalau Sk balik masa cuti semester pun, dari pagi sampai petang, ada jer benda nak dimasaknya nak bagi makan kat anak menantu hantu, hahahaha. 

Pak Inche makan Nasi Minyak ke.. Nasi Tomato ke.. nak jugak ada Ayam Goyeng. Ayam tu Sk cuma perap garam kunyit jer, tak adalah berempah bagai sebab Pak Inche tak minat. 

Beli timun aje untuk Acar Jelatah. Kebetulan masa balik Kedah tuari ada beli nenas MD2 di Pesta Makanan dan Buah-buahan Baling, kan. Nenas tu Sk dah kopek dan potong, jadi ambil yang tulah, hiris lagi kemudian campur dengan timun dihiris nipis juga dan cili api. Suruh Iman masukkan sikit garam, sesudu gula pasir dan sesudu cuka, gaul. Iman belum boleh diharap lagi bab masak-masak macam ni, tapi, lepas makan, memang Sk tinggal jer pinggan mangkuk nanti dia akan cuci semua dan kemas lap meja sekali. Yang penting, sinki kena kasi clear kalau tak nak dengar bonda panggil kuat-kuat sebut nama penuh, hahahahahah


Alhamdulillah, kenyang satu rumah. Petang tu, baru Angah anak-beranak sampai. Sibuk dari pagi merendang ayam tua katanya. Lupa pulak nak ambil gambar rendang ayam tua dengan sambal goreng Angah bawa, tenkiu Angah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/nasi-minyak-aidiladha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Salam Aidiladha 1444h

The Colours Of Life Salam Aidiladha 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 400 hits
The Colours of Life Salam Aidiladha 1444H Salam lebaran dari kami sekeluarga https youtube com shorts 17vNpE1dtRo feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife RayaRayaSeries Aidiladha 1444H blogger photography photoblog SJCAM Samsu...
The Colours Of Life Solat Sunat Aidiladha 1444h

The Colours Of Life Solat Sunat Aidiladha 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 326 hits
The Colours of Life Solat Sunat Aidiladha 1444H Masjid Jamek Gelang Patah 8 30 pagi https youtube com shorts y469ilYa110 feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife RayaRayaSeries Aidiladha blogger photography photoblog SJCAM Sams...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 383 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua macam mana sambutan Aidiladha korang Ada yang buat korban SA tahun ni korban hati dan perasaan je la hahahha xde laa kat kampung ada la yang buat korban tapi kami x balik kampung Mak Pa...
Salam Aidiladha 2023 1444h

Salam Aidiladha 2023 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 408 hits
SALAM AIDILADHA 2023 1444H Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua SAYU DAN SYAHDU TAKBIR RAYA Alhamdulillah Syukur ya Allah Terima kasih Allah Ibadah korban sana sini Semoga ini menjadi satu permulaan...
King Queen Extend Aidiladha Wishes To All Muslims

King Queen Extend Aidiladha Wishes To All Muslims

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah extended their Hari Raya Aidiladha greetings to all Muslims in Malaysia According t...
Hiburan Tragedi Aidiladha Insiden Rempuhan Terowong Al Muassim 1990 Lebih 1000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

Hiburan Tragedi Aidiladha Insiden Rempuhan Terowong Al Muassim 1990 Lebih 1000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 300 hits
Hari ini seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dan dengan penuh rasa kesyukuran kita meraikannya bersama orang tersayang Namun dalam pada kita bergembira itu janganlah dilupa mereka yang sudah meninggalkan dunia ini tidak kiralah...
A Year Of Savings For Myanmar Man To Perform Aidiladha Sacrifice

A Year Of Savings For Myanmar Man To Perform Aidiladha Sacrifice

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 293 hits
Meat to be distributed following a korban or sacrificial ritual held in conjunction with Aidiladha today PETALING JAYA Mohd Abdullah a Muslim from Myanmar would set aside a small portion of his daily earnings in hopes that he would have sav...
Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 331 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is seen at Putra Mosque in Putrajaya performing Aidiladha prayers June 29 2023 Picture by Hari AnggaraPUTRAJAYA June 29 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim drew a large crowd of people as he perfo...
Slow Moving Traffic On Nse On Aidiladha Due To Accidents Breakdowns

Slow Moving Traffic On Nse On Aidiladha Due To Accidents Breakdowns

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 398 hits
Traffic on the North South Expressway is reported to be slow moving on Hari Raya Aidiladha on Thursday evening mainly due to accidents and vehicle breakdowns A PLUS Malaysia Bhd spokesperson said traffic is slow from Jawi to Bandar Cassia R...
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman Fazura Kedua Duanya Wanita Hebat

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Tiktok S Top 5 Plus Size Fashion Boutiques

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi