Nasi Goreng Seafood Dan Lemang Rendang Daging


 Assalamualaikum wbt
DAH dua minggu berturut-turut nampaknya, Sk cuma masuk pejabat, tiga hari sahaja iaitu Selasa, Rabu dan Khamis. Makin lemak badan ni asyik bercuti aje. Pak Inche tu la, asyik berzikir ajak JJCM ke Muar (bunyinya Muo). Kita layankan sajalah kehendaknya tu selagi ada umur dan kesihatan yang diberi oleh Allah swt.
Cerita JJCM Muo, Sk akan cerita dalam entri yang akan datang. Gambar banyak nak kena pilih, kan. Kita cerita kisah balik dari Muo, siang tadi. Kononnya nak tapau Nasi Beriani Md Sah di Batu Pahat, tak dapat. Jangan kata Nasi Beriani Md Sah, semua kedai yang jual nasi beriani di benteng tu, kehabisan nasi padahal baru jam 12.30 tengahari. Kita ni dah beratur panjang, geram betul!

Pergi pula ke Restoran Kari Kambing 40 Hari. Rupa-rupanya cuti sakan dari 2 Mei hingga 22 Mei. Dah dua kali tak ada rezeki nak makan nasi arabnya tu. Hari tu datang hari pertama puasa balik dari Melaka tu pun, tutup juga. Ke.. nak kena datang majlis walimatul urus anaknda Tuan Haji Anuar, hehehe


Nampak pulak Lemang Seri ni di tepi jalan menuju ke Plaza Tol Ayer Hitam. Memang setiap kali nampak lemang, ditegur.. nampak lemang tegur. Kali ni, kita singgahlah beli


Pak Inche yang turun beli lemang sebatang. Rendangnya dua mangkuk. Lemang minta belahkan siap-siap, bagus jugak, taklah terjadi tragedi lemang mentah bila dah sampai rumah. Nak pulangkan minta ganti baru, bukannya dekat dua tiga batu. Rendang Daging RM6 semangkuk. Sedap lemangnya, rendang pun sedap


Untuk Iman yang tak makan lemang, Sk gorengkan nasi. Macam selalu la, nasi yang dikumpul sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit banyak. Sk ni sayang nak buang nasi. Kalau tak habis makan tu, terus masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. Bila ada kecemasan tak ada makanan dalam rumah, bolehlah digoreng


Juadah makan malam, malam ini, Lemang dan Rendang Daging serta Nasi Goreng Seafood. Malas nak keluar mengadap jem sana-sini. Tak tahulah dari mana datang kereta banyak-banyak. Kalau keluar juga, kereta kami pun nanti turut menjadi penyumbang pada kesesakan jalanraya. Jadi, lebih baiklah duduk rumah ontok-ontok saja, hehehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/nasi-goreng-seafood-dan-lemang-rendang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Daging Yang Senang Cepat Dan Mudah Nak Masak Cuba Resipi Ini

Nasi Goreng Daging Yang Senang Cepat Dan Mudah Nak Masak Cuba Resipi Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 404 hits
Resipi nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi makan tengahari mahupun makan malam Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan bahannya boleh ikut suka hati Apa kata kali ini anda cuba pula resipi Nasi Gor...
Dapat Lemang Percuma Dengan Rendang Ayam

Dapat Lemang Percuma Dengan Rendang Ayam

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 295 hits
Dapat Lemang Percuma Dengan Rendang Ayam Orang kata kalau dah rezeki kita pasti tak salah alamat Hari ni dapat sebatang lemang saiz L dengan sebekas rendang ayam Asalnya 2 minggu lepas juga pejabat kami dapat 30 batang lemang dari peniaga l...
Nasi Goreng Kosong Rm6 Polis Siasat Kes Gaduh Di Restoran Nasi Kandar

Nasi Goreng Kosong Rm6 Polis Siasat Kes Gaduh Di Restoran Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 247 hits
Afiq Mohd ShahPOLIS membuka kertas siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau Negeri Sembilan yang kejadiannya tular dalam Twitter sejak semalam Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata s...
Petua Lembutkan Daging Masak Rendang

Petua Lembutkan Daging Masak Rendang

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 427 hits
Petua Lembutkan Daging Masak Rendang Dalam musim mood raya ni pasti ada yang berulang masak rendang daging tapi terpaksa tunggu masa lama untuk lembutkan daging tu kan Korang jangan risau lagi sebab ada satu petua yang memang saya dah cuba ...
Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng

Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 239 hits
Nasi Goreng Cili Padi apa kata anda cuba untuk menu sarapan pagi Istimewanya resipi Nasi Goreng Cili Padi yang dikongsikan oleh ini dicampur dengan isi ikan goreng Ramuan inilah yang membuatkan Nasi Goreng Cili Padi jadi bertambah sedap Mes...
Makan Lontong Rendang Daging Di Senai

Makan Lontong Rendang Daging Di Senai

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum wbtKELMARIN sebaik sahaja Sk menghabiskan bilasan terakhir semasa mencuci beras untuk memasak nasi lemak terdengar bunyi telefon menjerit jerit dari ruang tamu Iman datang menghulur telefon nampak nama Angah terpapar Angah b...
Mee Goreng Daging

Mee Goreng Daging

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum wbtSELEPAS tiga minggu berturut turut tidak bekerja pada hari Ahad dan Isnin nampaknya minggu ni kenalah jugak masuk kerja macam biasa lima hari seminggu Lepas ni kena tunggu Cuti Hari Agung sajalah yang jatuhnya pada hari i...
Sebekas Nasi Goreng Untuk Cikgu Guru Sebak Anak Murid Tetap Nak Bagi Hadiah

Sebekas Nasi Goreng Untuk Cikgu Guru Sebak Anak Murid Tetap Nak Bagi Hadiah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 281 hits
Setiap tahun tarikh 16 Mei tarikh keramat bagi semua guru guru Walaupun setiap hari dianggap hari guru ketibaan bulan Mei seolah olah ada makna bagi mereka Bukan mengharapkan hadiah dari anak murid tetapi cukup sekadar ucapan dari anak anak...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Togel Explained Smart Ways To Play And Predict Like A Pro

Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online