Nasi Goreng Daging Lada Hitam


 Assalamualaikum WBT 


TERIMA dua berita kematian pagi ini. Yang pertama, Abang Kamal Bakar (pelakon veteran) dan yang kedua Abang Saadon (pemilik bengkel kenderaan). Kedua-duanya Sk kenal, Abang Kamal Bakar merupakan senior Angah di Fama dan Sk sekeluarga pernah berkunjung ke kedai makan Abang Kamal di Melaka. Abang Saadon pula tempat Sk selalu merujuk setiap kali ada masalah dengan kereta pertama yang Sk beli second hand dulu. Sungguh terasa sedih bila mendengar berita kematian orang yang kita kenali, kannn.


‎إنالله وإنآاليه راجعون


‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


" Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia " ..


‎أمين يا رب العالمين



Pagi ini bawa bekal sarapan dari rumah, Nasi Goreng Daging Lada Hitam dan Telur Mata Kerbau. Semalam, beli nasi dua bekas polisterin di Kantin Kak Sab nak makan dengan Cikwa, beli sekeping bahagian ekor Asam Pedas Ikan Siakap dan dua jenis sayur, Tauge dan Kubis Goreng. Cikwa pulak panaskan sebelah ikan patin tempoyak dan talapia bakar. Tapi Cikwa tak makan nasi, dia makan bubur. Cikwa baru cabut gigi bongsu kelmarin, tak boleh makan keras, jadi nasinya Sk buat nasi goreng malam tadi. Banyak lagi lebihnya, tu yang siap bawa bekal pulak


Guna daging korban yang Pak Inche dapat. Daging tu dapat sebekas. Besar bekas macam orang jual kek kukus tu, anggaran dekat dua kilo jugak, Sk bahagi-bahagi sebesar saiz penumbuk dan bungkuskan asing-asing. Nak masak nasi goreng ni ambil sebungkus dan bahagi dua lagi sebab banyak sangat nanti kalau letak semua, karang jadi Daging Goreng Nasi bukannya Nasi Goreng Daging, heheheh


Daging hiris nipis kemudian rebus dalam kuali sehingga airnya kering. Air rebusan pertama yang keruh tu Sk buang dan gantikan air lain, rebus semula. Cara ni Sk belajar dari Blogger Mamatisya yang berkongsi teknik masak Daging Goreng Kunyit Stail Kelantan yang mana daging tu direbus dulu hingga empuk sebelum masukkan minyak dan menumis


Amy kata, kalau daging tak cukup empuk tambah air lagi. 

Rebus sampai airnya kering


Selak daging, masih berair, jadi kita biar dulu, kacau-kacau selalu supaya tak hangus


Dah hampir nak kering airnya


Okey, dah boleh masuk minyak


Tuanglah minyak agak-agak untuk menggoreng nasi


Masukkan bawang putih yang ditumbuk kasar


Tumis sehingga bawang keemasan kemudian Sk masukkan sos tiram, sos ikan dan lada hitam yang ditumbuk kasar


Sk juga tambahkan serbuk perencah Nasi Goreng Cina. Ini Sk beli di Pasaraya Aeon, jenama Top Value. Jenama ni boleh dipercayai la, banyak produk jenama ni yang Sk biasa gunakan termasuklah sabun pencuci pinggan


Siap goreng nasi PI pun balik, penuh tangan menjinjing beg plastik merah. Hurmm.. singgah pasar malam la tu


Sk panaskan sekali Sup Kaki Lembu bawa dari rumah Cik Ani hari tu. Sebenarnya Sk juga dah perapkan usus dan perut lembu dengan perencah daging bakar nak panggang jer dalam kuali tapi PI ajak makan roti canai dan popiah basah ni pulak. Nasiblah Sk belum panggang lagi perut lembu tu, masuk balik esbox laaaa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/nasi-goreng-daging-lada-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Tengahari Daging Masak Lada Hitam Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

Menu Tengahari Daging Masak Lada Hitam Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Musim daging menu pun daging juga Tahun ni banyak juga dapat daging korban Terima kasih kepada semua yang memberi daging korban Maka terhidang la menu untuk tengahari ni Daging masak lada hitam Lepas tu b...
Nasi Goreng Dan Telur Mata

Nasi Goreng Dan Telur Mata

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Lewat sikit update entry pagi ni Pagi ni nieyl settelkan tiket flight boss nak pergi kursus di Langkawi Breakfast pun tak sempat pagi tadi Biasa pukul7 lebih dah breakfast Ni sambil taip ni sambil menguyah nasi ...
Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni food court dah buka kembali so SA x perlu nak pi jenjalan jauh waktu lunch korang nak tau tak disebabkan SA ni asyik makan dan mengunyah je kat work station ramai buat spekulasi kata SA ni berbadan dua ...
Cara Menyimpan Daging Di Kulkas Agar Awet Ketahanan Maksimal Rasa Tetap Nikmat

Cara Menyimpan Daging Di Kulkas Agar Awet Ketahanan Maksimal Rasa Tetap Nikmat

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 187 hits
Pada momen Idul Adha tidak sedikit yang mendapatkan daging kurban yang melimpah sampai sampai bingung bagaimana cara menyimpan daging di kulkas agar awet dan tetap segar Iya sih sebenarnya langsung dimasukkan ke freezer aja juga tidak apa a...
Berapa Batas Wajar Makan Daging Agar Aman Dari Risiko Hipertensi Ini Saran Pakar Gizi

Berapa Batas Wajar Makan Daging Agar Aman Dari Risiko Hipertensi Ini Saran Pakar Gizi

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 167 hits
Pakar Pangan dan Gizi meminta masyarakat untuk mengonsumsi daging dalam jumlah wajar karena pada Iduladha
Cara Mengolah Daging Agar Rendah Kolesterol

Cara Mengolah Daging Agar Rendah Kolesterol

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 242 hits
Dokter spesialis penyakit dalam membagikan tips untuk mengolah daging agar minim kolesterol agar masyarakat jauh dari penyakit
Tips Aman Konsumsi Daging Kurban Agar Terhindar Dari Kolesterol Ternyata Dilarang Lebih Dari Ini

Tips Aman Konsumsi Daging Kurban Agar Terhindar Dari Kolesterol Ternyata Dilarang Lebih Dari Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 185 hits
Setiap 100 gram daging sapi dan kambing mengandung sekitar 24 9 gram protein yang baik untuk memperbaiki jaringan tubuh
Pakar Kesehatan Sarankan Mengombinasi Daging Dengan Sayuran Hijau Dan Buah

Pakar Kesehatan Sarankan Mengombinasi Daging Dengan Sayuran Hijau Dan Buah

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 110 hits
Daging tidak selalu menyebabkan darah tinggi karena memberikan sejumlah zat gizi
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 235 hits
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap Musim korban pasti ramai akan dapat daging korban kan Sana sini sedekah daging sampai pening nak masak apa dah Jangan risau di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap Nak buat p...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera