Nasi Goreng Cina Mudah
Apabila tiba musim malas, tinggal sorang dan perut harus diisi, inilah yang selalu Kjee masak. Main campak sahaja apa yang ada dalam peti ais. Hari itu ternampak frozen peas, frozen jagung manis dan udang. Maka terjadilah Nasi Goreng Cina.
Masa Kjee post kat FB hari itu, ada yang komen kata besarnya udang tu. Hehehe udang tu biasa-biasa aje. Macam camera trick jugaklah. Guna mangkuk kecik, nampaklah udang tu besar. Clever gurl tak?
Anyway, ini Nasi Goreng paling mudah nak buat. Kalau nak guna udang macam Kjee buat ni, perap sebentar udang sama kunyit dan garam. Kemudian letak minyak sedikit dalam kuali dan goreng. Minyak sama akan diguna untuk masak nasi goreng. So minyak tak boleh banyak.
Cincang-cincang bawang putih. Panaskan minyak gorengan udang tadi dan masukkan bawang putih. Goreng sampai garing kemudian masukkan isi ayam yang telah didadu halus-halus. Goreng sehingga ayam dah masak kemudian masukkan nasi. Kacau sehingga rata. Kemudian tolak nasi itu ditepi kuali. Tunggu minyak tadi berkumpul di tengah kuali kemudian pecahkan sebiji telor. Kjee guna sebiji aje telor sebab portion yang Kjee masa hanya untuk seorang.
Kacau-kacau sikit telor itu. Kemudian kaup nasi dan tutup telor tersebut. Masukkan kacang peas dan jagung. Kjee guna ½ kiub ayam sebagai perasa. Kalau korang tak guna, bolehlah bubuh kicap cair atau nampla iaitu sos ikan/sotong.
Kacau semuanya pantas-pantas. Sebelum padam api, titiskan sedikit minyak bijan (sesame oil) kalau ada. Tabur dengan bawang goreng dan daun bawang masa nak hidang. Jangan lupa cili padi atau cili merah yang diletak kicap cair untuk lebih umphhhh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dapurkakjee.blogspot.com/2017/12/nasi-goreng-cina-mudah.html