Nasi Dagang Atas Tol Datang Johor
Assalamualaikum WBT
BILA dapat khabar, Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) nak join Makan Festival sempena Toppen 5th Anniversary Makan Festival terus rasa teruja dan berkobar-kobar nak pergi. Cuma tu la, risau jammed aje la nak ke sana. Nak nak pulak tak ada geng, Iman tak balik minggu tu. Nak ajak Pak Inche, rasa mesti PI tak nak layan jammed tu
Sekali, PI kata, jom
Nasib baik dapat parking dekat dengan pintu masuk walaupun kena masuk aras bawah. Dan nasib baik jugak dah faham selok-belok carpark dalam Toppen yang bersambung dengan Ikea ni. Aaa.. ni kan tempat Sk dan Iman selalu meronggeng, hahaha. Masuk jer ke tapak pesta, memang terus cari booth NDAT ni dan terus masuk barisan. Taklah panjang sangat, ada dalam 5 hingga 6 orang berbaris.
Masa sampai tu tersaing dengan brother rambut panjang ni. Dia beli sampai 6 kotak ya. Sk beli sekotak aje la, PI tak makan nasi dagang. Mula dia nampak laksa dah teruja lepas tu tak jadi tengok harga sampai RM15 sebungkus. Sk pun tak pasti la laksa mana apa sampai lima belas hengget?
Ada papan tanda mini dia dah letak siap-siap sini paparkan harga. Bolehlah bajet keluarkan duit siap-siap masa beratur tu. Boleh juga bayar guna QR Code
Ramai staf NDAT ni tak pasti sama ada mereka memang datang dari Terengganu atau ambil pekerja sambilan dari JB. Untuk gulai ikan tongkol tu mereka kerat ikan lepas masak dan masukkan terus dalam mangkuk, bukan dah potong siap-siap. Sk ada tengok ini adalah kaedah memastikan isi ikan tidak hilang manisnya. Untuk nasinya mereka guna beras basmathi. Rasa berbaloi datang sebab sedap tapi rasa menyesal pulak tak beli dua, rasa tak puas makan sebungkus, hahahah
Cepat jugaklah barisan bergerak, dia yang lambat sikit kalau ada yang beli banyak, ialah.. bukan selalu NDAT ni datang JB tau. Rasanya ini pertama kali
Walaupun penat, tetap layan dengan senyuman. Selain nasi dagang ada juga Laksa Terengganu dan keropok lekor katanya, tapi Sk cuma nampak Nasi Dagang aje atas kaunter.
Datang Makan Fest cuma beli NDAT ni jer la sebungkus. Lepas tu singgah tapau whopper burger kat Burger King Skudai sebelah Petronas yang baru buka tu (dulu Restoran KFC). Sempena pembukaan tu ada promo RM10 (2 Whopper Burger atau 2 Chicken Burger). PI beli whopper burger x2, fries dan minuman baru RM20.80. Tapi, sorry, tak ada gambar makan nasi dagang sebab busy koyak kan sos cili untuk Pak Inche, hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/nasi-dagang-atas-tol-datang-johor.html