Nasi Basi Kerana Periuk
Hai semua,
Lama plak menghilangkan hehehe ni baru nak panaskan jari jemari mencoret bebelan di blog ni selepas demam,batuk 3 beranak baru ni lepas balik dari Genting.Berlarutan hampir 2 minggu lebih sampai 3 kali ulang klinik tukar ubat huhuuu.So mood nak menulis pun lari tah ke mana hala,ada masa nak reply wasap pun malas,apakahhhhh hahahhaha.
Ok kali ni kembali dengan cerita nasi basi hahahha apoooo Cik Sue oiiii nasi basi pun nak cerita ngan orang,idok la,cuma nak share je ngan korang kisahnya.Ye la ai kan suri rumah,cerita dalam rumah,dapur je la boleh share pun huhuuu.
Kisahnya periuk nasi yang asal rosak,buka la periuk nasi hadiah kahwin dari kawan-kawan exopismate dulu,ha kauuu dah 4 tahun kawin baru nak pakai,Jenama Philips yang jenis tutup tak boleh cabut tu.Macam gambar di bawah ni ye :
Start la guna buat masak nasi macam biasa,dalam 3 4 kali guna Cik Sue mula perasan masak nasi je mudah basi.Kekadang masa pagi pukul 10 pukul 3 4 petang dah berair dan masambasi,mula-mula pelik juga,ada ambil nasi ngan tangan ke,tak de pulak
Lama-lama Ck Sue perhatikan rupanya wap air nasi bila tengah di masak masuk semula dalam tu,bila nasi masak Cik Sue off suis dan biar je,air wap masuk semula dan menitik atas nasi,dan nasi mudah basi.Ni pengalaman Cik Sue la,tak tahu la orang lain kan,sebab apa kata gitu,Cik Sue dah cuba macam-macam petua,siap terbalikkan periuk dan panaskan dengan api bagai,siap jemur periuk dan macam-macam lagi lah,semua tak jadi
Memang membazir la ceritanya,kekadang saja masak lebih sebab nak makan sampai petang atau dinner,memang kerjanya buang nasi ke tong sampah je la.Last-last Cik Sue pesan kat adik yang kerja Aeon suh tengokkan periuk nasi biasa yang murah-murah cukup tuk makan 3 beranak,kebetulan ada sale dapat la periuk kecik RM50 je,Alhamdulillah sangat,tak larat dah nak membuang nasi yang di masak tak sempat makan dah basi
Haaa periuk ni la adik belikan,syukur sangat guna periuk ni tak basi pula.Cik Sue suka masak nasi tengahari banyak untuk makan sampai malam terus,malas 2 3 kali kerja.Ahamdulillah kekadang sampai esok pun tak basi lagi
Cik Sue tak tahu jugak sebenarnya nak kata sebab jenis periu ke yang utama atau Cik Sue tak tahu cara pakai periuk yang buat nasi jadi basi tu,tapi bila di tukar periuk ada perubahan ketara sangat
Korang pernah kena tak macam ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.com/2019/11/nasi-basi-kerana-periuk.html