Nasi Arab Kabsah Ayam


Alhamdulillah, home made nasi arab didapo seripayaku.

 lamaaaaa sangat teringin nak masak nasi arab ni, tapi asik tak kesampaian jer... bila sebut jer nak makan nasi arab terus lah ke Rawsha di seksyen tujuh atau pun g Hadrawmat di Glenmarie tu.. lagi mudah kan, duduk jer nasi pun terhidang.. tak perlu nak bersilat didapo bagai... tapi bila bahan pun dah beli, dan dek pkp punya lah susah nak dapat daun ketumbar, berusaha jugak dapatkan tak kan nak biar kejung dalan fridge kan... so meh la buat nasi arab kabsah ni... resepi kak rose amik dari fb disini..

 salad arab simple yet sooo sedap... cili tu boleh lah kurangkan kalau tak tahan pedas macam kak rose ni kan... so kak rose cuma guna sebiji jer cili api yang pedas tu... pandai2 lah nak adjust, ikut  kepedasan memasing kan..

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula
1 sudu yogurt plain (kak rose omit yang ini)

Campurkan semua bahan dan gaul rata

 sos harrah pun sangat sedap dan memang ngam ditekak kami.. yang ni pun ikut lah kepedasan memasing ya... dan kak rose blend guna pengisar yang kering tu, so tak memang tak guna air. harum bau daun ketumbar tu bila dah blend...jom tengok resepinya..

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan

 nasi arab kabsah ayam...

Bahan-Bahan:

1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau (cili hijau tak de, so guna cili merah, tak cantika lah pulak!)
Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah kabsah (kak rose guna ready made rempah)
(kalau nak buat from scratch resepi ada kat bawah ya)
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara Masak:
Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi. 
Masukkan rempah kabsah.
Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi.

** cara kak rose: perap ayam dengan rempah kabsah dan biarkan dalam sejam, pas tu rebus sekejap. keluarkan ayam dan air rebusan jangan dibuang, guna untuk masak nasi pulak.. lepas tu ikut cara sepeti diatas. tak de tambah susu, nasik dah masak elok.

sedap dinikmati panas2.. pinggan kak rose yang tak tahan pedas... sos harrah dan salad pun amik sikit jer, tapi sudahnya berulang2 menambah! dan kalau rajin nak buat rempah kabsah ni, meh kak rose kongsikan resepinya..


Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1 sdu makan serbuk kunyit

Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.
Bila dah naik bau kisar sehingga hancur.
Satukan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit.
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. 
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://seripayaku.blogspot.com/2020/05/nasi-arab-kabsah-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paprik Ayam Simple Makan Dengan Nasi Panas Panas Tak Perlu Lauk Lain Dah

Paprik Ayam Simple Makan Dengan Nasi Panas Panas Tak Perlu Lauk Lain Dah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 620 hits
Masak paprik memang sangat depan Tak kiralah menggunakan ayam daging ataupun makanan laut Kuahnya yang pekat dan dicampur dengan pelbagai sayur membangkitkan lagi selera makan Kalau nak cuba resipi masak paprik yang mudah boleh cuba resipi ...
Nasi Ala Kak Wook Kuah Pekat Ayam Goreng Panas Makan Sepinggan Tak Cukup

Nasi Ala Kak Wook Kuah Pekat Ayam Goreng Panas Makan Sepinggan Tak Cukup

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 332 hits
Nasi Ala Kak Wook Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi kuah karinya ayam goreng cincang sambal belacan dan ulam timun Makan pula dengan nasi panas panas memang boleh bertambah Menu yang asalnya dari negeri Kelantan ini ...
Baru Berusia 2 Tahun Sara Dah Boleh Masak Nasi Kerabu Dan Ayam Goreng Berempah

Baru Berusia 2 Tahun Sara Dah Boleh Masak Nasi Kerabu Dan Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 361 hits
Mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian kanak kanak perempuan cilik ini mendapat perhatian rata rata netizen dengan gelagatnya di dapur Mengidolakan Khairul Aming dan resepinya sebagai panduan anak perempuan kepada yang baru berusia 2 ta...
Nasi Hujan Panas Simple Senang Pakai Beras Biasa Je Sambal Ayam Pun Power

Nasi Hujan Panas Simple Senang Pakai Beras Biasa Je Sambal Ayam Pun Power

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 481 hits
Aneka nasi istimewa antara resipi yang cukup popular di musim perayaan ini Walaupun beraya ketika masih dalam tempoh PKPB namun memasak juadah untuk meraikan anak anak di rumah seharusnya tidak diabaikan Raikanlah mereka dengan menyediakan ...
Fuh Kawariq Soup Bukit Besar Lazat Pengerak Perniagaan Kreatif Beli Nasi Arab Dapat Talam Sekali

Fuh Kawariq Soup Bukit Besar Lazat Pengerak Perniagaan Kreatif Beli Nasi Arab Dapat Talam Sekali

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 505 hits
Mohamad Lutfi menunjukkan hidangan nasi Arab dalam talam yang telah ditempah oleh pelanggannyaKREATIF dan cepat bertindak berjaya membantu pemilik Kawariq Soup Mohamad Lutfi Mohamad Bakhi menjamin kestabilan bisnes makanan dan minuman yang ...
Resepi Nasi Bukhari Ayam Chef Wan Kalau Makan Terasa Mewah

Resepi Nasi Bukhari Ayam Chef Wan Kalau Makan Terasa Mewah

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 1030 hits
Resepi Nasi Bukhari Ayam Chef Wan Kalau Makan Terasa MewahMasak berbuka atau dihari raya memang sedap Laku keras Share cepat
Resipi Ayam Malas Malas Tapi Bila Buat Nasi Tak Cukup Sepinggan Senang Sangat

Resipi Ayam Malas Malas Tapi Bila Buat Nasi Tak Cukup Sepinggan Senang Sangat

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 446 hits
Di hari hari terakhir Ramadan ni boleh jadi buntu nak masak apa untuk berbuka puasa Boleh dikatakan semua jenis masakan sudah kita sediakan untuk keluarga tersayang Sekiranya anda sekeluarga suka makan hidangan berasaskan ayam bolehlah cuba...
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 396 hits
Walaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh ini palin...
Dinner Nasi Arab Di Aroma Hijrah Ttdi Jaya Shah Alam

Dinner Nasi Arab Di Aroma Hijrah Ttdi Jaya Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 463 hits
DINNER NASI ARAB DI AROMA HIJRAH TTDI JAYA SHAH ALAM Siapa suka makan Nasi Arab Sejujurnya mummy bukanlah penggemar nasi arab Tapi sekali sekala tu memang layan juga nasi arab ni Kisah sebelum PKP MCO mummy kasi throwback lah ye hehehe Sebe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba