Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, SerembanRestoran Nasi Ayam Damsyik ni terletak di Jalan Paroi - Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, SerembanRestoran Nasi Arab Damsyik ni buka dari jam 11 pagi hingga ke jam 11 malam setiap hari kecuali pada hari Selasa. Selasa tutup (diorang cuti). Cuma hari Jumaat restoran ni buka lewat sikit iaitu pada jam 2 petang hingga ke 11 malam. Ada banyak menu yang korang boleh pilih untuk makan. Di antaranya adalah wahid set, thaslasa set, khamsa set, ashara set, mashwi (grilled) dan pelbagai jenis kebab. Semua set-set tersebut berdasarkan bilangan orang untuk satu hidangan. Korang boleh pilih sama ada ayam atau kambing ataupun boleh ambil kedua-duanya sekali dalam satu hidangan (ayam dan kambing)
nasi arab damsyik - thaslasa set (ayam dan kambing)Nampak sedapkan? korang tak try lagi, dah try makan baru tahu sedapnya macam mana. Daging ayam yang lembut, daging kambing juga lembut. Makan memang feeling macam duduk kat arab lah rasanya
menu makanan Nasi Arab Damsyik
menu minuman Nasi Arab DamsyikRestoran Nasi Arab Damsyik ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3).
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3) di restoran Nasi Arab DamsyikKepada yang nak datang ke sini, boleh cari restoran Nasi Arab Damsyik ni di alamat Jalan Paroi - Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kalau masih blur-blur, boleh je guna gps koordiant dan google map seperti di bawah ni|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |