Nana Mahazan Saya Tak Menyesal Dengan Apa Yang Pernah Saya Lakukan Sebelum Ini



Jangan takut untuk salah kerana dengan kesalahan pertama yang dibuat, kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar untuk langkah yang kedua.“
Frasa ringkas yang dipetik daripada sasterawan ulama terkenal Indonesia, Hamka antara lain membicarakan tentang perubahan seseorang untuk menjadi lebih baik.
Sesetengah orang berpendapat, kata-kata agamawan tersebut nampak klise. Bagi mereka, membaca bait-bait itu tidak lain hanya memperlihatkan seseorang perlu belajar daripada kesilapan.
Namun, kekuatan serangkai perkataan itulah yang lazimnya akan mendorong seseorang untuk tidak mengulangi kekhilafan lampau. Biarlah segalanya berlalu seperti air sungai yang mengalir ke muara.
Bercakap fasal perihal berubah, penulis berkesempatan menemubual selebriti dan pengacara terkenal negara, Nana Mahazan baru-baru ini. Pastinya intipati wawancara adalah berkisar mengenai penghijrahannya mengenakan hijab pada 1 Muharam 1443H lalu.
Sempena tarikh menghargai dan meraikan perpindahan Nabi Muhammad SAW dari kota Makkah ke Madinah, Nana tekad membulatkan hati untuk menutup aurat seperti yang dituntut syariat, sekali gus menyerlahkan sisi terbaik beliau.
Ketika kami bersembang, selebriti jelita berusia 38 tahun itu membutirkan kata-kata dengan penuh keyakinan yang membuatkan penulis terpaku sejenak. Tegasnya, bertudung bukanlah semata-mata untuk mengubah stail fesyen. Seperti yang dibutirkan oleh Hamka, kata Nana, beliau ingin memperbaiki diri agar dapat menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dari sebelumnya.
NANA mengharapkan penghijrahannya ini dapat membantunya untuk sentiasa memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik.© Provided by Sinar Plus NANA mengharapkan penghijrahannya ini dapat membantunya untuk sentiasa memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik.
“Pada saya, penghijrahan satu momen murni dan saya akui segalanya masih dalam proses untuk membina diri menjadi lebih baik. Saya tetap Nana yang sama dan tiada perubahan untuk itu, kecuali sisi kerohanian yang terasa ingin dekat dengan SANG PENCIPTA.
“Saya juga tidak menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini kerana segalanya sudah berlalu dan menjadi pengalaman buat saya sekarang. Anggap sahaja apa momen silam itu sebagai satu sesi pembelajaran buat saya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri,“ luahnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu terus galak bercerita. Pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan mengakui, transisinya juga ada kena mengena dengan penglibatan beliau yang sudah mencecah dua dasawarsa dalam dunia hiburan.
Sepanjang tempoh itu, meskipun pelbagai ranjau dan sepak terajang yang menerjah dalam kitaran hidup, rezekinya tidak pernah putus.
Kurniaan daripada ILAHI yang mencurah-curah itu membuatkan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 1 tersebut melihat refleksi dirinya menerusi cerminan duniawi.
Secara perlahan-lahan, beliau mula memperbetul diri dan memperkemaskan jiwa serta batin dengan mendekatkan diri dengan agama.
“Dari hari ke hari, saya sentiasa terfikir, mengapa sukar untuk dikorbankan mahkota wanita (rambut) ini untuk menutup aurat? Saya telah berusaha sedaya upaya, namun tertanya-tanya mengapa masih tidak bertudung?
“Oleh itu saya berdoa dan terus berdoa tanpa jemu. Saya menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH YANG MAHA ESA. Kemudian, saya fikir, ini adalah masa yang sesuai untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Akhirnya hati ini secara ikhlas mencapai dan terus memakai hijab,“ jelas penyanyi lagu Katakan itu.
Revolusi imej
Setiap baris ayat yang terpacul dari mulut Nana membuatkan penulis kagum. Namun, sudah namanya selebriti, pastinya apabila sudah bertudung litup, gaya fesyen akan terus berubah.
Jika anda melayari laman Instagram @nanamahazan, penghijrahan beliau sememangnya serius. Pemakaian personaliti itu menterjemahkan segalanya.
Sebelum ini, Nana dikenali sebagai selebriti yang memiliki pesona, berketrampilan dan bijak bergaya. Apa sahaja yang disarungkannya nampak kena dan cantik. Kepelbagaian fesyennya sering ditonjolkan menerusi tanda pagar #ootdnanapagar.
BERHIJAB tidak membataskan Nana untuk tetap tampil bergaya, namun tetap menjaga batas agar tidak keterlaluan.© Provided by Sinar Plus BERHIJAB tidak membataskan Nana untuk tetap tampil bergaya, namun tetap menjaga batas agar tidak keterlaluan.
Justeru, apakah revolusi imej yang akan dibawakan dan adakah dengan berhijab telah mengehadkan semua? Sebaik soalan itu dimajukan, Nana terus berhujah: “Saya tidak bersetuju apabila wujud pandangan mengatakan bertudung itu menghalang daripada seseorang untuk bergaya atau berfesyen. Seperti yang dikatakan, saya tetap Nana yang sama. Pada saya, penampilan adalah satu hal yang mustahak terutama apabila ingin muncul di kaca televisyen.
“Berbeza sekarang saya lebih memilih untuk menggayakan fesyen yang lebih sederhana (modest) dan yang paling penting bersesuaian dengan keadaan saya sekarang.“
Beritahu pengacara popular itu lagi, beliau kini sedang dalam proses mempelajari pelbagai jenis aliran inspirasi, terutamanya padanan busana bersaiz besar dan longgar agar tidak bertentangan dengan prinsip dan agama.
Nampaknya, cita rasa fesyen Nana masih tinggi, elegan, rapi dan anggun, meskipun menutup aurat sepenuhnya. Pendek kata, auranya masih memukau dan bakal menjadi pencetus trend dalam pakaian bersaiz baggy.
Sasaran
Seiring dengan peralihan indah tersebut, bekas penyampai radio itu turut memahat navigasi yang lebih luas. Kepada SinarPlus, Nana berkata, beliau mahu membantu dan memberi semula kepada masyarakat.
Mengusahakan perniagaan berupa kecantikan dan makanan di bawah label Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana, dirinya melaungkan azam untuk membantu seramai mana individu agar bersama-sama meraih kehidupan yang selesa menerusi jaringan perniagaan miliknya.
Sebagai usahawan, beliau tidak boleh terus gembira dan berseorangan berada di peterana yang selesa berhawa dingin, sedangkan orang lain perlu bersusah payah untuknya.
Demi mencapai impian murni berkenaan, Nana tidak jemu untuk menimba ilmu bagi ‘mengasah senjata‘ agar lebih bersedia untuk bertempur di medan perniagaan.
NANA ingin memberi fokus kepada keluarga dan berusaha membantu individu lain yang memerlukan selagi hayat dikandung badan.
Justeru, sebagai langkah selanjutnya, beliau menghadiri kelas dalam talian bersama Pakar Pemasaran Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Selepas beberapa siri bersama mentor usahawan itu, Nana mengakui, bukan mudah untuk menitip kejayaan, apalagi meraih keselesaan.
Ibu kepada Althea, 11, dan Aaqib, 8, itu juga memberitahu, disiplin, kesabaran, kesungguhan dan bijak membahagikan masa sangat signifikan untuk menjadi seorang yang mampu melakukan pelbagai tugas, sementelah beliau sendiri ada keluarga perlu dijaga.
“Selagi saya mampu untuk berusaha keras, saya akan lakukan yang terbaik demi anak-anak dan keluarga. Saya bimbang jika sesuatu berlaku kepada saya, masa depan anak-anak sudah terjamin, begitu juga simpanan pendidikan mereka apabila dewasa kelak.
“Fokus saya sekarang adalah untuk memberi sebanyak yang mungkin. Sekiranya dengan menambah pendapatan ini dapat membantu mereka berjaya, saya sanggup lakukan. Memang tidak dinafikan saya perlu berdepan dengan tekanan, penat, sibuk, tetapi itulah cabaran untuk seseorang berjaya.
“Tidak mungkin dengan hanya duduk sahaja menanti bulan jatuh ke riba tanpa usaha. Saya juga telah meletakkan sasaran untuk bekerja bersungguh-sungguh sekarang ketika kudrat masih banyak. Apabila sudah berumur 70 atau 80 tahun mustahil untuk bekerja keras lagi. Ketika usia sudah lanjut, saya bersedia untuk bersara,“ terangnya panjang lebar.
Istimewa kucing sphynx
Benar, inti perbualan penulis dan Nana bernada serius. Namun, penulis tidak berhasrat untuk terus berbual hal-hal yang terlalu genting.
Maka, kami menghalakan topik tentang dirinya yang sangat mencintai kucing.
Mungkin sudah ramai yang mengetahui kucing jenis apa yang dimilikinya sehingga menjadi buah mulut ramai. Mana tidaknya, Nana memiliki kucing daripada baka sphynx yang merupakan antara spesies yang bukan kategori popular untuk dipelihara.
Berbanding dengan Maine Coon, Parsi, Ragdoll, Bengal, Exotic Shorthair atau Munchkin yang tidak asing dalam kalangan masyarakat setempat, sphynx memang istimewa.
Jelas Nana, beliau tidak memelihara haiwan berdasarkan ‘kecantikan‘ atau ‘rupa paras‘, sebaliknya lebih mahu mencurahkan kasih dan sayang kepada haiwan kesayangan Rasulullah itu.
Sejak memelihara kucing yang diberi nama Tiguan atau panggilan manjanya Tiggy sekitar April lalu, Nana merasakan haiwan tersebut sudah cukup sehati dan sejiwa dengannya.
Biarpun dijaga ketika Tiggy mencecah umur lapan bulan, namun keserasian Nana dengan haiwan peliharaannya itu ternyata ngam.
Walaupun wajah kucing Sphynx nampak seperti garang, ia adalah seekor haiwan yang penyayang, ramah dan suka bermain dengan manusia.
Pastinya menjaga haiwan yang eksotik memerlukan kos yang tinggi. Mendengarkan persoalan itu, Nana lantas berkata: “Sekiranya bercakap tentang kos, pada saya semua haiwan itu sama kerana penjagaan kesihatan dan kebersihan mereka sangat penting. Namun, bagi saya, itu lebih bersifat materialistik kerana penjagaan emosi dan perasaan mereka lebih penting.
“Kucing-kucing itu makhluk hidup. Bagi baka sphynx ini misalnya, ‘mereka‘ memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih. Luangkan masa bermain dengan tunjukkan kasih sayang kerana haiwan ini amat memerlukan kasih sayang daripada kita,“ ujarnya.
Selain Tiggy, influencer berwibawa itu turut memelihara dua lagi ekor kucing lain yang diberi nama El-Chapo dan Pixie.
Nampaknya, kedua-dua anak Nana iaitu Althea dan Aaqib termasuk suami tercinta Mohamed Raqeem Brian Abdullah juga menyenangi dan sangat menyanyi ketiga-tiga haiwan comel mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/10/nana-mahazan-saya-tak-menyesal-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan Ujian Kendiri Sebelum Balik Kampung Kata Khairy

Lakukan Ujian Kendiri Sebelum Balik Kampung Kata Khairy

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 237 hits
BERNAMA Orang ramai bakal dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman setelah kadar vaksinasi mencapai 90 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Gambar Bernama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyarankan mereka yang ingin pulang ke kampung ...
Madonna Menyesal Pernah Menolak Tawaran Watak Dalam The Matrix Namun

Madonna Menyesal Pernah Menolak Tawaran Watak Dalam The Matrix Namun

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 219 hits
Penyanyi pop sensasi Madona mendedahkan yang dia pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem The Matrix namun menolakknya Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu lagu pop di era 90an ini sememangnya terkenal dengan bakat lakonannya ...
Sebelum Seseorang Itu Meninggal Dunia Jadikan Amalan Ini Bekalan Untuk Akhirat Rugi Kalau Tak Lakukan

Sebelum Seseorang Itu Meninggal Dunia Jadikan Amalan Ini Bekalan Untuk Akhirat Rugi Kalau Tak Lakukan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 512 hits
Selagi kita masih hidup jangan terus lupa untuk melakukan pelbagai amalan yang disuruh oleh Allah Ini adalah untuk menambah pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak
Hiburan Dulu Takut Juga Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

Hiburan Dulu Takut Juga Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 392 hits
Penyanyi dan juga personaliti media sosial Nana Mahazan meluahkan rasa syukur apabila penghijrahannya memakai tudung tidak sama sekali mengehadkan tawaran kerjanya dalam industri seni hiburan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Nana dia men...
Lakukan Amang Seksual Pada Anak Kawan Warga Emas Didakwa

Lakukan Amang Seksual Pada Anak Kawan Warga Emas Didakwa

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 169 hits
Lakukan amang seksual pada anak kawan warga emas didakwa Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak kanak perempuan berusia tujuh ta...
Budak 9 Tahun Nyaris Maut Selepas Tertelan Bebola Magnet Ketika Lakukan Tiktok Challenge

Budak 9 Tahun Nyaris Maut Selepas Tertelan Bebola Magnet Ketika Lakukan Tiktok Challenge

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 343 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 9 tahun nyaris maut selepas tertelan sejumlah bebola magnet ketika melakukan cabaran TikTok dedah ibunya Jack McGeoch dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan muntah muntah di kediamannya d...
Dianggap Lakukan Pembohongan Publik Lesty Kejora Dan Rizky Billar Terancam Dilaporkan

Dianggap Lakukan Pembohongan Publik Lesty Kejora Dan Rizky Billar Terancam Dilaporkan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 176 hits
Telah membuat gaduh publik terkait pernikahan mereka pasangan ini disebut bisa dipidana dengan ancaman hukuman 4 tahun penjara
Narapidana Lakukan Penganiayaan Di Lapas Karanganyar Dipindah Ke Nusakambangan

Narapidana Lakukan Penganiayaan Di Lapas Karanganyar Dipindah Ke Nusakambangan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 149 hits
Kemenkumham lanjut dia akan menindak tegas siapa pun yang melakukan kekerasan di lingkungan lapas rumah tahanan negara lembaga pembinaan khusus anak dan unit pelaksana teknis pemasyarakatan lainnya
Lama Hotel Sepi Mungkin Ada Yang Menghuni Apa Patut Kita Lakukan

Lama Hotel Sepi Mungkin Ada Yang Menghuni Apa Patut Kita Lakukan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 230 hits
Bertapa seronoknya rakyat Malaysia apabila kerajaan Malaysia mengumumkan untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk travel melalui Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi Namun perlu kita sedar bahawa banyak lokasi serta hotel hotel...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint