Nampaknya Lambat Lagi Kj Dapat Kembali Ke Pangkuan Umno






4 November 2025


Media melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya beliau ada mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.


Penafian tersebut dibuat susulan laporan beberapa portal berita sebelum ini yang mendakwa Khairy atau KJ yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dijangka menyertai semula UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan depan.


Menurut laporan tersebut, KJ yang kini bertugas sebagai penyampai radio dan mengendalikan podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan telah mendapat restu daripada Ahmad Zahid sendiri untuk kembali semula ke pangkuan parti berkenaan.


Difahamkan, Khairy menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO dalam satu pertemuan tidak rasmi bersama Ahmad Zahid pada majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.


Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan perbualan dengan KJ seperti dakwaan media itu tidak pernah berlaku.


Kata beliau, pertemuannya dengan KJ hanyalah secara kebetulan dan tidak melibatkan sebarang perbincangan politik.


“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kami tidak berbincang apa-apa pun.


“Apa yang terpapar di media hanyalah berita yang ditulis oleh media,” jelas Ahmad Zahid lagi.


Dengan penafian ini, bermakna lambat lagilah KJ dapat kembali semula ke pangkuan UMNO.


Merujuk kepada kes Tajuddin Abdul Rahman misalnya, beliau diterima kembali ke pangkuan UMNO hanya setelah menulis lebih tiga surat rayuan bagi tujuan tersebut.


Itu pun, Tajuddin hanya digantung keahlian, berbeza dengan KJ yang dipecat keahliannya.


Bagi tujuan untuk kembali, KJ bukan saja perlu menulis surat rayuan, bahkan juga perlu mengisi semula borang keahlian UMNO.


Soalnya, sediakah KJ melakukan dua tindakan tersebut?


Buat sementara waktu, dengan penafian Ahmad Zahid itu, bolehlah disimpulkan bahawa tidak ternampak jalan untuk KJ kembali kepada UMNO dalam waktu terdekat ini.


Harus diakui bahawa ruang untuk kembali itu hanya ternampak jika Presiden UMNO sendiri bersikap positif terhadap perkara itu, disertai dengan sebelumnya KJ sendiri perlu menunjukkan minat untuk kembali.


Tetapi, sehingga ini tidak pernah terdengar KJ ada berbuat sesuatu yang menunjukkan minatnya untuk kembali itu.


Tambahan pula, dengan Presiden UMNO sendiri menafikan ada pertemuan atau perbicangan ke arah itu, segala-galanya nampak masih negatif ketika ini.


Seperti mana dimaklumi semua, sejak dipecat daripada UMNO, hubungan KJ dengan Ahmad Zahid tidaklah berjalan dalam keadaan baik.


Selain KJ ada beberapa kali melontarkan kritikan, Ahmad Zahid juga sesekali membalasnya dengan sindiran pedas.


Dalam satu reaksinya, Ahmad Zahid pernah menukar nama podcast KJ daripada Keluar Sekejap kepada Keluar Selama-lamanya.


Sindiran itu seolah-olah KJ tidak dialu-alukan untuk kembali ke pangkuan UMNO, sekurang-kurangnya selagi Ahmad Zahid menerajui parti itu.


Dalam hal ini, adakah KJ pun sebenarnya lebih selesa menunggu pemimpin lain menerajui parti itu untuk beliau kembali ke pangkuan UMNO? – ShahbudinHusin 04 November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/nampaknya-lambat-lagi-kj-dapat-kembali-ke-pangkuan-umno/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/nampaknya-lambat-lagi-kj-dapat-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Kembali Ke Umno Untuk Kelangsungan Politik Bukan Soal Berdamai

Kj Kembali Ke Umno Untuk Kelangsungan Politik Bukan Soal Berdamai

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 98 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Langkah membawa Khairy Jamaluddin kembali ke Umno dilihat bukan soal berbaik semula tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk kedua dua pihak menurut penganalisis Syaza Shukri dari Universiti Islam Antaraban...
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Zahid Minta Khairy Hantar Borang Sertai Semula Umno

Zahid Minta Khairy Hantar Borang Sertai Semula Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 131 hits
Malaysiakini nbsp Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan akan kembali ke pangkuan Umno sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 29 November ini Memetik sumber Berita Harian melaporkan bekas ahli Parlimen Rembau itu sudah mendapa...
Khairy Set To Rejoin Umno Says Report

Khairy Set To Rejoin Umno Says Report

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 117 hits
The former minister is said to have obtained the blessing of Umno president Ahmad Zahid Hamidi Khairy Jamaluddin the former health minister and three term Rembau MP was sacked from Umno in January 2023 for breaching party discipline during ...
Don T Sabotage Sabah Polls Candidates Umno Members Told

Don T Sabotage Sabah Polls Candidates Umno Members Told

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 112 hits
Umno election war room chief Ahmad Maslan said those not selected as candidates might get their chances at the next general election Umno Supreme Council member Ahmad Maslan heads the party s Sabah elections war room secretariat PETALING JA...
Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 119 hits
1 November 2025Menjadi bualan ramai ketika ini tentang kemungkinan Khairy Jamaluddin akan kembali diterima semula sebagai ahli UMNO Diberitakan isyarat dan restu kemasukan semula KJ itu disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Ham...
Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 144 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan disaran segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan menyeluruh berhubung isu hidangan arak di premis sekolah baru baru ini Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang Mustaqim Zakaria menegaskan langkah itu penting...
Nepal Govt Rejects Malaysia S New Labour Requirements

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Parents Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess Unable To Travel To Malaysia Rep Appointed To Handle Matters Says Manager

Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Sarapan Kedua Di Akasia By Keronsang Emas

Viral Video Shows How A School Bus For The Rich Looks Like

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Ops Puyuh Polis Kuantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pegawai Kanan Pdrm Dua Wanita Ditahan

Penting Rekomendasi Dan Tips Memilih Hotel Di Taipei Untuk Turis

Makan Di Oriental Kopi

Odd Jobs And Doordash How Air Traffic Controllers Are Surviving