Nampak Selekeh Tak Bergaya Dan Mewah Tapi Petani Berstatus Ijazah Ini Raih Rm80 000 Semusim




Segelintir anak muda lepasan universiti kini memilih berbudi pada tanah dengan menggabungkan ilmu yang diperoleh untuk meraih pendapatan lumayan.

Meskipun kelihatan tidak bergaya dan mewah, tiada siapa sangka di sebalik wajah kusam dan pakaian lusuh, pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.

Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada penghujung tahun lepas merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang berjaya.

Beliau berkata minat terhadap bidang itu melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.

“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya.

“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba menjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih, di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Penglibatan keluarganya dalam penanaman tembakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau menjadi cukup bersedia menghadapi sebarang risiko.

Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.

“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata menceburi bidang pertanian boleh memberikan keseronokan di samping memperoleh pendapatan lumayan.

Menurut Rohana, beliau yang menceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepertinya berminat dalam bidang berkenaan.



“Sememangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cantik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kelebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.

“Walaupun mereka hanya melihat kami berpakaian selekeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pertanian walaupun mendapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.

Beliau yakin graduan lain juga mempunyai peluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memperoleh ijazah pada 2003 dan pernah mendapat kursus berkaitan penanaman dari Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.

Artikel dari - Bernama


© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Nampak selekeh tak bergaya dan mewah, tapi petani berstatus ijazah ini raih RM80,000 semusim!

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/05/nampak-selekeh-tak-bergaya-dan-mewah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tips Untuk Mereka Yang Malas Mekap Tebal Tapi Taknak Nampak Macam Hantu Di Siang Hari

4 Tips Untuk Mereka Yang Malas Mekap Tebal Tapi Taknak Nampak Macam Hantu Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 416 hits
Kalau kita kenal perempuan memang ada sejenis perempuan yang tidak suka pakai mekap tebal tebal atau lebih unik lagi tidak sukakan langsung The post appeared first on
Kisah Hafidh Anak Yatim Yang Ibunya Berjualan Mainan Tapi Bisa Raih Nilai Unbk Rata Rata 100

Kisah Hafidh Anak Yatim Yang Ibunya Berjualan Mainan Tapi Bisa Raih Nilai Unbk Rata Rata 100

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 366 hits
Ujian Nasional Berbasis Komputer 2019 untuk tingkat SMA hasilnya sudah diumumkan Raihan membanggakan muncul dari salah satu SMA di Solo yakni SMAN 4 Surakarta Salah satu siswanya Ananda Hafidh Rifai Kusnanto siswa kelas XII IPA 6 ini medapa...
Wak Doyok Hadiahkan Ibu Kereta Mewah Rm260 000

Wak Doyok Hadiahkan Ibu Kereta Mewah Rm260 000

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 496 hits
Disebalik kejayaan seorang anak sudah tentunya ada insan bernama ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang Bersempena Hari Ibu personaliti fesyen Wak Doyok The post appeared first on
Lebih 22 Tahun Berkhidmat Tapi Gaji Pokok Posmen Tak Sampai Rm2 000 Seolah Olah Dilayan Macam Bangla

Lebih 22 Tahun Berkhidmat Tapi Gaji Pokok Posmen Tak Sampai Rm2 000 Seolah Olah Dilayan Macam Bangla

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 313 hits
Viral di media sosial luahan seorang individu yang berkongsi mengenai nasib pekerja Pos Malaysia yang didakwa tidak diberi layanan yang sepatutnya nbsp Dilantik sejak 1997 hingga kini namun gaji pokok yang diterima oleh posmen berkenaan han...
1 000 Senjata Api Dirampas Di Banglo Mewah La

1 000 Senjata Api Dirampas Di Banglo Mewah La

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 272 hits
1 000 senjata api dirampas di banglo mewah LA Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 May 2019 8 25AM
Ph Sudah Setahun Tapi Tak Nampak Lagi Sumbangan Besar Syed Saddiq

Ph Sudah Setahun Tapi Tak Nampak Lagi Sumbangan Besar Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 314 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail mengingatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya menyediakan blueprint sukan negara daripada hanya sibuk bersemb...
Sultan Brunei Pulangkan Ijazah Kehormat Universiti Oxford Selepas 120 000 Orang Tandatangan Petisyen

Sultan Brunei Pulangkan Ijazah Kehormat Universiti Oxford Selepas 120 000 Orang Tandatangan Petisyen

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 626 hits
The ReporterSultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan telah memulangkan ijazah kehormat dari Universiti Oxford di Britain selepas negaranya mencadangkan pesalah gay dan zina dikenakan hukuman mati dikritik pelbagai pihak Selain dikri...
Nampak Maknyah Terkial Kial Cari Ruang Tapi Dinafikan Saf Oleh Jemaah Yang Ada

Nampak Maknyah Terkial Kial Cari Ruang Tapi Dinafikan Saf Oleh Jemaah Yang Ada

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 489 hits
The ReporterIsu transgender bukan satu isu baru yang diperkatakan dan isu ini bukan sahaja menarik perhatian para pendakwah malah masyarakat turut memandang serius kepada isu ini Pelbagai isu yang telah dikaitkan dengan golongan ini sehingg...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej