Nampak Pengaruh Naruto Dalam Ejen Ali The Movie Misi Neo
Semalam Tedi sempat menonton filem Ejen Ali The Movie - Misi: Neo di TV3 sempena malam raya pertama.
Sudah lama Tedi nantikan, tapi nak tonton di panggung wayang gambar (pawagam) memang susahlah. Tedi nantikan jika Unifi TV akan jual filem ni tapi hampa. Mungkin suatu masa nanti ia akan dijual di Unifi TV.
Ada tempias Naruto?Tedi anggap filem ini memang bagus. Bukan sahaja dari segi aksi, malahan dari segi emosi. Sukar nak jumpa filem tempatan yang memberi kesan di hati.
Selain itu Tedi nampak ada tempias Naruto dalam filem ini. Ada tempias atau tidak, ia masih filem yang diolah dengan baik.
Naruto adalah satu anime dari Jepun yang penuh drama dan aksi. Jalan ceritanya agak sukar diduga. Seperti mana siri anime Dragon Ball yang menjadi panduan dan aspirasi kepada generasi mangaka, akhirnya Naruto pula menurut langkah Dragon Ball dan menjadi aspirasi kepada penerbit manga seterusnya.
Naruto sebenarnya turut menerima inspirasi daripada Dragon Ball.
Ejen Ali diinspirasikan daripada NarutoJadi tidak hairan jika Ejen Ali turut menerima tempias daripada Naruto, malahan Tedi percaya bahawa penerbit Ejen Ali sendiri adalah peminat manga dan anime Jepun tersebut.
Tedi akan komen bagaimana Tedi melihat adanya pengaruh Naruto dalam filem Ejen Ali The Movie ini.
Sebelum itu Tedi mungkin perlu ceritakan serba sedikit latar belakang Naruto.
Naruto dan KuramaPanjang cerita Naruto ni, tapi salah satu detik penting adalah semasa kecilnya.
Naruto ini anak yatim, dia disisihkan penduduk Kampung Daun kerana dalam badannya (mungkin dalam jiwanya?) terpenjara seekor raksasa yang ganas iaitu Musang Berekor 9 atau dinamakan Kurama. Raksasa ini telah dimanipulasi untuk memusnahkan Kampung Daun.
Sebenarnya ibu Naruto sendiri sebelum Naruto, mengunci Kurama ni dalam badannya sendiri, kerana keturunan ibunya memang hebat dalam kuasa ajaib pengunci. Ketika mahu melahirkan Naruto, kuasa ibunya semakin lemah, dan ketika itulah ada orang jahat yang mengeluarkan raksasa itu dan memanipulasinya supaya melakukan kerosakan.
Dipendekkan cerita akhirnya raksasa itu dikunci dalam badan Naruto ni oleh ibu bapa Naruto sendiri. Ibu bapa Naruto terkorban dalam serangan tersebut.
Akhirnya Naruto membesar selalunya bersendiri, kerana dirinya ditakuti. Jinchuriki memang selalu ditakuti. Jinchuriki adalah gelaran kepada mereka yang ada raksasa dalam badan mereka.
Naruto tidak mempunyai bakat dalam ilmu ninja, tetapi satu peristiwa penting berlaku apabila dia dipergunakan untuk mencuri satu skrol yang ada hikmat ninja terlarang Kage Bunshin No Jutsu. Hikmat ini mungkin satu-satunya hikmat yang Naruto mahir, walaupun dia tidak berbakat. Jutsu ini diharamkan kerana ia akan menghabiskan chakra (aura) penggunanya kerana jutsu ini membolehkan seorang ninja menghasilkan klon dirinya sendiri. Mungkin Naruto berjaya gunakan Kage Bunshin No Jutsu adalah kerana dia memiliki chakra Kurama, walaupun pada masa itu dia belum pandai mengawalnya.
Tetapi berkat didikan guru dan juga kawan-kawan di sekeliling (akhirnya Naruto ada kawan setelah dia terbukti seorang perwira), Naruto menjadi seorang ninja hebat. Salah satu punca kehebatannya adalah kerana dia boleh meminjam kuasa Kurama apabila diperlukan, walaupun pada awalnya dia tak mampu mengawal chakra Kurama atau Kurama itu sendiri. Pada awalnya Kurama hanya meminjamkan chakra kerana dia tahu dia akan mati jika Naruto mati.
Sehingga pada akhirnya Naruto berjaya seru dan kawal Kurama untuk bertarung, tetapi paling penting, Kurama itu akhirnya bertarung bukan kerana dikawal, tetapi kerana menganggap Naruto adalah kawan seperjuangannya.
Bukan senang Naruto nak menggunakan kuasa penuh Kurama ni, pada suatu masa ketika dia putus asa, dia dibantu oleh bayangan ibu bapanya, dan akhirnya dia dapat kawal Kurama.
Mungkin pada masa ini kawan-kawan dah boleh agak apa yang Tedi nak kaitkan?
Ali bersendiriAli juga berasa dirinya tersisih. Berbeza dengan Naruto dia tidak disisihkan, tetapi berasa tersisih dengan kesibukan ayahnya. Mujur Ali ada kawan baik Vector.
Mungkin penerbit sengaja nak mainkan perasaan penonton dengan perasaan tersisih Ali ni kerana nanti perasaan ini akan membantu Ali melawan musuhnya, walaupun pada awalnya perasaan ini menyebabkan Ali memihak kepada pasukan yang salah.
Naruto juga pada awalnya membuat onar kerana berasa tersisih sehinggakan dia mencuri skrol Kage Bunshin No Jutsu demi meraih perhatian.
Sebenarnya perasaan tersisih ni biasa dalam cerita adiwira, kerana mereka terpaksa sembunyikan identiti mereka. Mungkin Iron Man sahaja yang bebas daripada perasaan ini kerana dia tidak sembunyikan identitinya. Perasaan tersisih ini membantu penulis skrip mencipta jalan cerita yang berlainan kerana pada suatu masa mungkin penonton mulai bosan dengan jalan cerita baik lawan jahat.
Ejen Ali dan Override Mode
Ali pula adalah pelajar biasa, nak kata pandai tak lah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh, tidak seperti Naruto yang kelihatan sangat bodoh (ada kalanya dikatakan bahawa Naruto sengaja berlagak bodoh untuk mendapatkan perhatian orang lain).
Bapanya saintis yang hebat, manakala ibunya telah meninggal dunia.
Ali secara tidak sengaja menjadi Ejen Mata apabila dia terpakai IRIS. Menggunakan IRIS dia berjaya menjadi ejen yang hebat. Salah satu mode yang ada pada IRIS adalah Override Mode, di mana pada ketika ini IRIS yang akan mengambil alih dan kawal Ali. Override Mode juga boleh ambil alih peralatan elektronik di sekitarnya.
Ali dapat mengawal Override Mode.Dalam Ejen Ali The Movie ini akhirnya Ali terpaksa menentang kawan-kawannya sendiri yang dikawal oleh Niki menggunakan IRIS Neo. IRIS Neo adalah versi IRIS yang telah dipertingkatkan. Tetapi Ali masih gunakan IRIS asal kerana tiada stok.
Ketika inilah Ali berputus asa sehingga IRIS menggunakan Override Mode untuk ambil alih Ali, malangnya masih tak mampu tewaskan Niki.
Ketika inilah bayangan ibunya muncul. Ali mula faham bahawa Override Mode sebenarnya adalah IRIS yang dikawal oleh data ibunya. Ibunya yang mencipta IRIS. Alia memaklumkan anaknya bahawa IRIS hanya membantu tetapi individu itu sendiri yang mempertingkatkan potensi IRIS.
Ali akhirnya berjaya kawal Override Mode dengan syarat, data ibunya akan terpadam. Ini adalah sama dengan babak Naruto berpisah dengan memori kedua ibu-bapanya setelah berjaya kawal Kurama.
Alia (ibu Ali) adalah ejen MATA terhebat!Tak penting pun jika Alia terhebat, yang penting, Alia lebih hebat berbanding gabungan guru-guru Ali sendiri. Sama dengan Naruto yang ada ibu bapa ninja yang hebat.
Ayah Ali pula watak penting di Cyber Raya. Bapa Naruto pun sama kerana dia adalah Hokage. Bezanya cuma bapa Ali tak tahu Ali adalah Ejen MATA, tapi mungkin jalan cerita ini akan berubah nanti.
IRIS diambil daripada Ali, diserahkan kepada AliPada akhir cerita, Ali diminta serahkan IRIS, tetapi IRIS itu diserahkan kepada Ali, cuma kita tak tahu adalah Ali yang menerima IRIS itu adalah Ali yang sama?
Apa pula selepas Override Mode?Jika benar Ejen Ali diinspirasikan daripada Naruto, maka mungkin selepas ini Ejen Ali akan mula berdikari tanpa bergantung kepada IRIS. Mungkin Ali akan menemui lawan daripada kawan baiknya sendiri. Mungkin Ali akan terpaksa berlawan dengan pemimpin MATA.
Banyak benar jalan cerita dan penerbit boleh olah sebaik mungkin.
Malahan mungkin sahaja Ali terpaksa menentang IRIS sendiri?
Banyak plot tetapi penerbit perlu fikirkan sama ada nak kekalkan tema santai sedia ada atau menghasilkan karya berat seperti Naruto?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2020/05/nampak-pengaruh-naruto-dalam-ejen-ali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29