Nama Pun Walaun Dok Piang Situ La Depa Saja Betoi Tambah Pulak Dengan Dalil


 


Walaupun PN berserabut, PAS tetap ‘puas hati’ kerana ahli tetap wala’February 15, 2021 Selepas hampir genap setahun berada dalam kerajaan, adakah Pas atau lebih tepat pengikutnya berbangga dengan pencapaian yang diperoleh para pemimpinnya sebagai menteri atau timbalan menteri?
Soalan seterusnya, apakah pencapaian yang membanggakan para pengikut Pas itu?
Apabila menjadi sebahagian anggota kerajaan, Pas sebenarnya berdepan kerja mudah kerana mereka tidak dibebani dengan sebarang manifesto.
Iyalah manifesto apa yang mahu dilaksanakan jika kerajaan yang ditubuhkan itu pun bukan daripada mandat rakyat.
Sebaliknya, Pas hanya perlu melaksanakan apa sahaja yang mereka teriakkan semasa menjadi pembangkang dahulu.
Mahu laksanakan RUU355, perjuangan keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Mohd Adib, hapuskan pengeluaran minuman keras dan pusat perjudian, laksanakan hudud, hapuskan sekolah persendirian, laksanakan tulisan jawi di semua sekolah tanpa kecuali dan hapuskan persatuan pendidikan Cina, Dong Zong.
Malangnya, selepas hampir setahun Pas menjadi kerajaan, adakah mereka mampu laksanakan apa yang dipekikkan satu masa dahulu?
Adakah mereka mampu laksanakan RUU 355 selepas puas berhempas pulas menghimpunkan sekalian ahli di seluruh negara hadir ke Padang Merbok?
Jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Pas hanyalah sebuah parti cap ayam yang hanya pandai berkokok tapi ekor bergelumang najis!
Ayam jantan kalau berkokok pada waktu Subuh, apabila matahari muncul, maka didakwa, matahari muncul kerana kokokannya.
Jauh panggang dari api
Demikian juga dengan Pas, tak sudah-sudah mendakwa segala kebaikan yang terlaksana di bumi Malaysia adalah jasa perjuangan parti mereka. Jauh panggang dari api!
Tetapi kini selepas menjadi kerajaan, nada mereka bukan sahaja sudah berubah tetapi memeningkan pula.
Hatta apabila Saifuddin Nasution mempersoalkan kedudukan RUU 355 dalam perjuangan Pas, beliau pula ditempelak dengan Ahmad Fadhli Saari.
Kata ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pakatan Harapan (PH) sendiri tidak boleh diharap perjuangkan pindaan akta tersebut.
Aneh sekali fikiran pemimpin Pas sekarang. Sebelum ini, merekalah yang paling lantang memekik mendakwa diri dan parti sebagai pejuang tulen Islam.
Tetapi kini apabila ditanya perjuangan untuk martabatkan perundangan Islam, pihak yang ditanya pula ditempelak.
Jangan kecil hati tapi sekadar nasihat awal, sewajarnya pemimpin Pas sekarang diperiksa tahap kesihatan mental mereka.
Siti Zailah yang dahulu lantang menggegarkan Dewan Rakyat dengan menuntut keadilan untuk Adib, kini, selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sudah membisu seribu bahasa.
Tatkala pelbagai masalah melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak seperti keganasan domestik, pencabulan, sumbang mahram dilaporkan, suara beliau hampir langsung tidak kedengaran sama ada melalui kenyataan media atau ulasan berita.
Sebaliknya, beliau muncul di laman sosial dengan perkongsian yang mudah dipersendakan seperti menguruskan masalah tangki air dan binatang ternakan yang berkeliaran di kawasan Parlimen diwakilinya.
Isu industri judi usahlah ditanya kerana umumnya sudah maklum betapa Pas kebaculan bersuara dalam hal ini. Cabutan bertuah yang dikurangkan oleh PH daripada lapan kali setahun telah kembali kepada 22 kali. Apa tindakan yang diambil oleh Pas? Hampir tidak kedengaran.
Keadaan Pas yang cukup lemah, bacul dan tempang ketika ini memang merimaskan ahli-ahli bawahan. Mereka ingin bersuara tetapi bimbang dilihat melawan pimpinan terutama Abdul Hadi Awang.
Maklumlah, sudah sekian lama otak didoktrin bahawa menyanggah pendapat pemimpin melanggar adab berjemaah, maka takutlah sekalian Pas untuk bersuara kerana bimbang kalau mati dicampak ke dalam neraka.
Apa yang mampu dibuat oleh ahli-ahli Pas hanyalah bersangka baik dengan pemimpin mereka walaupun di sudut hati memberontak. Bagi mereka, pemimpin Pas bertindak berlandaskan kepada ilmu dan kepakaran walaupun tidak dapat dipastikan apakah kepakaran yang mereka miliki.
Oleh kerana pemimpin Pas itu memperjuangkan Islam, maka ahli-ahli Pas percaya bahawa tindakan pemimpin mereka sentiasa mendapat suluhan cahaya daripada Allah Taala.
Dalam Pas memang begitu sifatnya, para pemimpinnya juga cukup cekap menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan dalil yang digoreng sesuka hati.
Jika dahulu, Umno dianggap musuh Islam tetapi kerana budaya ilmu tidak subur dalam Pas, maka apabila diubah Umno sebagai saudara Islam sekalipun, ahli-ahli Pas dengan mudah menerima kenyataan tersebut tanpa banyak soal.
Maka selesalah pemimpin Pas apabila kedudukan mereka tidak mendapat tekanan ahli-ahli bawahan yang wala’ tak kena tempat..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/nama-pun-walaundok-piang-situ-ladepa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Woiii Lama Dah Dok Kencin Orang Macam Tu La Pemohong Bagi Dua Bab Sembang Serah Kat Depa

Kah Woiii Lama Dah Dok Kencin Orang Macam Tu La Pemohong Bagi Dua Bab Sembang Serah Kat Depa

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 202 hits
Bila sudah berkuasa bagi alasan takde kuasa penuh pula PAS ni memang sembang derasFebruary 10 2021 Orang Pas kata depa tak boleh buat apa dalam kerajaan PN kerana depa tak ada kuasa penuh Itulah alasan depa apabila diasak supaya buat apa ya...
Sudah Lah Atok 96 Dok Pekena Orang Saja Bagi Ke Atok 96 Pun Atok Khianat Dan Pembohong Juga Cari Idea Lain La Atok Bye

Sudah Lah Atok 96 Dok Pekena Orang Saja Bagi Ke Atok 96 Pun Atok Khianat Dan Pembohong Juga Cari Idea Lain La Atok Bye

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 278 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa tindakan Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat adalah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri Dalam satu rakaman video yang disiarkan secara langsung hari ini Dr ...
Sistem Pendidikan Tambah Kalut Dengan Penglibatan Parti Parti Politik Asyraf

Sistem Pendidikan Tambah Kalut Dengan Penglibatan Parti Parti Politik Asyraf

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 216 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Cadangan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Pedidikan Kebangsaan dengan melibatkan parti parti politik hanya menambah kekalutan dan haru biru sistem pendidikan negara Justeru Pemuda UMNO bersetuju dengan panda...
Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam Pn Betoi Ka

Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam Pn Betoi Ka

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 156 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional didukung individu tertentu yang mempunyai rekod jenayah dan hakikat itu menyumbang kepada peningkatan amalan rasuah di Malaysia Dr Mahathir turut m...
Siap Siap Bakal Ada Gerakan Jateng Di Rumah Saja Ganjar Saya Ingin Melihat Jawa Tengah Sepi

Siap Siap Bakal Ada Gerakan Jateng Di Rumah Saja Ganjar Saya Ingin Melihat Jawa Tengah Sepi

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 202 hits
Pemerintah Provinsi Jawa Tengah mempersiapkan gerakan Jateng di Rumah Saja untuk menekan angka penyebaran virus Corona atau COVID 19 Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo mengungkap gerakan ini rencananya akan berlangsung pada akhir pekan nan...
M 039 Sia Pertimbang Tambah Kawat Duri Kekang Kegiatan Pendatang Haram Di Sempadan Thailand

M 039 Sia Pertimbang Tambah Kawat Duri Kekang Kegiatan Pendatang Haram Di Sempadan Thailand

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 147 hits
Images KONGSI ARTIKEL PASIR MAS Pihak berkuasa Malaysia percaya empat rakyatnya yang ditahan di Takbai selatan Thailand pada Rabu lepas memasuki negara itu melalui laluan tikus di sepanjang tebing Sungai Golok Penga
Tiba Tiba Saja Luhut Adakan Rapat Dengan Tni Polri Ada Apa

Tiba Tiba Saja Luhut Adakan Rapat Dengan Tni Polri Ada Apa

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 169 hits
Menko Maritim dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan menggelar rapat koordinasi bersama TNI Polri pada Senin Rapat dilakukan secara virtual dan disaksikan seluruh jajaran Kodam dan Polda Rapat ini membahas penanganan COVID 19 dan operasi pene...
Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 345 hits
Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak Apabila mengeras ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan Semasa dihidang ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean