Nama Najib Tengku Razaleigh Disebut Sebut Pm Interim


Tengku Razaleigh dan Najib


KUALA LUMPUR: Seminggu selepas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan partinya menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, dua nama pemimpin utama UMNO disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Interim.

Dua nama berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Nama Najib dan Tengku Razaleigh itu hadir selepas kerajaan Muhyiddin dikatakan sudah hilang majoriti dan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh sendiri pada 7 Julai lalu pernah mengatakan kepada Sinar Harian bahawa beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Interim sekiranya tiada calon lain yang layak.

“Saya sebenarnya kalau tidak ada orang lain, saya sanggup menerimanya.

“Sebab ini bukan kerja yang mudah kerana nak mengawal penyakit yang telah membawa maut kepada rakyat yang begitu ramai,” katanya selepas temubual eksklusif bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah oleh Tan Sri Johan Jaaffar dalam program BERSAMA KU LI .

Pada Rabu, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memetik sumber mengatakan Tengku Razaleigh dicadangkan oleh UMNO sebagai Perdana Menteri Interim sekiranya kerajaan Muhyiddin tumbang.

Selain Tengku Razaleigh, Najib turut disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Interim dikala Ahmad Zahid tidak mengalah dalam percaturannya bagi membuktikan Muhyiddin telah hilang keabsahaan.

Poster tahniah terhadap pelantikan ahli Parlimen Pekan itu sebagai Perdana Menteri Interim turut tular pada 29 Julai lalu.

Bagaimanapun UMNO menafikannya.

Sejak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan, berlegar pelbagai desas-desus berkenaan percaturan politik tanah air.

Ia membabitkan situasi bakal berlaku terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat.

UMNO pada Isnin menyiarkan 13 surat akuan sumpah (SD) pemimpin yang menarik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin selepas Ahli Parlimen Pagoh itu mengegaskan beliau masih mempunyai majoriti sokongan.

Biarpun begitu Muhyiddin berjanji untuk membuat undi percaya di Parlimen pada September depan untuk membuktikan keabsahaan beliau sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan situasi semasa, bilangan ahli Parlimen bersama kem Zahid kini sudah mencecah 15 orang.

Walaupun tidak menandatangani SD, tetapi Tengku Razaleigh sudah memanjangkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk berpindah tempat bersama blok pembangkang selain berada di sisi Ahmad Zahid pada sidang media pada Selasa lalu.

Tidak ketinggalan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang sebelum ini dikhabarkan kusut dan pening, akhirnya memutuskan melepaskan jawatan menteri sebagai bukti tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Mengikut kiraan semasa setakat ini, dengan penarikan 15 sokongan UMNO itu, jumlah ahli parlimen menyokong Muhyiddin kini ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Setakat ini, Muhyiddin mempunyai masa sehingga 6 September ini untuk membuktikan keabsahan kerajaannya selepas mendapat perkenan Agong.

Pada Rabu kira-kira jam 5 petang, Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik dalam PN di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Antara yang dikenal pasti hadir adalah Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Semua pihak ketika ini terus menanti sama ada Muhyiddin akan berjaya melalukan keajaiban dalam tempoh sebulan ini atau Istana Negara akan memanggil ketua-ketua parti politik berdasarkan perkembangan semasa ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/nama-najib-tengku-razaleigh-disebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Asal Johor Dan 40 An Nama Joey Daud Pula Disebut Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia

Hiburan Asal Johor Dan 40 An Nama Joey Daud Pula Disebut Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 235 hits
Susulan kes pemerdagangan manusia untuk kegiatan eksploitasi seks melibatkan pelawak terkenal nama Joey Daud pula menjadi sasaran hanya disebabkan oleh umurnya yang berusia 40 an dan alamat tempat asal Joey yang berasal dari Johor ARTIKEL B...
Hiburan Takkan Sebut Nama Sebab Dah Benci Azwan Ali Nak Saman Pelakon Wanita Kerana Dituduh Makan Rasuah

Hiburan Takkan Sebut Nama Sebab Dah Benci Azwan Ali Nak Saman Pelakon Wanita Kerana Dituduh Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 527 hits
Perang antara pengacara terkenal Azwan Ali bersama seorang pelakon wanita nampaknya belum mencapai titik noktah apabila dia dilaporkan nekad untuk mengambil tindakan undang undang selepas didakwa difitnah ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar...
Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 514 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Ikut merit Datuk Seri Najib paling layak dan paling sesuai di lantik menjadi Perdana Menteri Interim Hendak Kata apa pun berkenaan keburukan Datuk Seri Najib Razak namun fakta dan data serta statistik jelas menunjukan ...
Ngo Mohon Pengampunan Diraja Mahu Najib Razak Jadi Pm Interim Video

Ngo Mohon Pengampunan Diraja Mahu Najib Razak Jadi Pm Interim Video

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 153 hits
NGO mohon Pengampunan Diraja mahu Najib Razak jadi PM Interim Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak...
4 Nama Calon Pm Pilihan Umno Termasuk Zahid Dan Najib

4 Nama Calon Pm Pilihan Umno Termasuk Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 234 hits
agendaily com16 8 2021Najib Razak dan Zahid Hamidi calon PM UMNO yang akan dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Empat nama tersenarai sebagai calon UMNO untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu yang diputuskan dalam Mesyuarat Bi...
Tular Gambar Najib Bersama Pengerusi Ngo Cadang Namanya Pm Interim

Tular Gambar Najib Bersama Pengerusi Ngo Cadang Namanya Pm Interim

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 400 hits
AGENDA DAILY Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz sering bersama Datuk Seri Najib Razak di mahkamah sebelum ini Tular beberapa keping gambar mesra Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia yang mengha...
Najib Saran Muhyiddin Letak Jawatan

Najib Saran Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 288 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak PETALING JAYA Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan terbaik yang boleh diambil Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah dengan meletakkan jawatannya Bekas Perdana Menteri it...
Terkini Najib Dedah Bakal Berlaku Aksi Ahli Parlimen Lompat Melompat Lagi

Terkini Najib Dedah Bakal Berlaku Aksi Ahli Parlimen Lompat Melompat Lagi

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 330 hits
July 28 2021Pada pendapat saya kerajaan PN tersilap langkah sebab Memansuhkannya lebih awal merupakan pengangkuan bahawa darurat sudah gagal memerangi Covid dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan Ianya hanya merosakkan keyakinan pelabur ta...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework