Nama Nabi Maksud Yang Baik Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak Pilih Pahlawan Islam Turki
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
View this post on Instagram
A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Nama Nabi & Maksud Yang Baik” Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak, Pilih Pahlawan Islam Turki! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/nama-nabi-maksud-yang-baik-aisyah-hijanah-kongsi-nama-anak-pilih-pahlawan-islam-turki/