Nama Chin Peng Gamit Memori Hitam Perwira Negara


Oleh Athirah Huda Zalhe Jangan cuba main api dengan perkara yang sangat sensitif
BANGI – Peristiwa darurat dari tahun 1948 hingga 1989 masih segar dalam ingatan, bahkan memori ‘hitam’ bertempur dengan pengganas komunis dirasakan seolah-olah baru dua, tiga bulan berlaku.
Bukan mudah memori itu hendak dilupakan, malah terus kuat terpahat dalam ingatan bekas-bekas anggota polis yang terbabit dalam pertempuran menentang pengganas komunis diketuai pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ketika itu.
Namun, laporan berita mengenai abu mayat pengkhianat negara itu dibawa masuk ke Malaysia semalam, sungguh menyentap perasaan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Haji Hussin Awang Ngah.
“Selaku Presiden Bekas Polis yang mempunyai keahlian seramai 140,000 orang, bersama dengan Presiden Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sungguh berduka cita dengan tindakan pihak tertentu membawa masuk abu mayat Chin Peng, walaupun tahu dasar kerajaan tidak membenarkannya.
“Saya dan rakan lain dalam polis pernah bertempur dengan komunis pada era 70-an, 80-an. Jadi, bagi saya setiap anggota keselamatan tidak kira polis atau tentera pastinya rasa tercabar dengan tindakan itu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Tegas Hussin, tindakan pihak berkenaan seolah-olah mencabar kewibawaan pasukan keselamatan khususnya pesara-pesara polis dan tentera yang telah bergadai nyawa berdepan pengganas komunis.
“Pesara tentera dan polis yang kudung kaki dan ada yang peluru masih berada dalam badan, termasuk waris mereka yang terkorban di medan perang pasti tidak akan memaafkan perbuatan kumpulan berkenaan.
“Bahkan, tindakan mereka membawa masuk abu mayat Chin Peng pada Hari Malaysia juga memperlihatkan kumpulan itu sengaja mencabar kewibawaan dan kedaulatan negara,” katanya.
Semalam, rakyat digemparkan dengan laporan berita bahawa abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke negara ini dua bulan lalu, selepas enam tahun kematiannya.
Abu mayatnya dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Serentak itu, Hussin mendesak pihak kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri supaya segera membuat siasatan terperinci terhadap individu yang bertanggungjawab membawa masuk abu mayat itu secara rahsia.
“Kita mahukan pihak yang bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan kerana telah melanggar perjanjian dan ketetapan kerajaan. 
“Saya mewakili bekas polis dan anggota yang masih berkhidmat, mendesak KDN buat siasatan terperinci. Sekiranya perlu, tak mustahil untuk kami adakan bantahan dan serah memorandum kepada kerajaan,” katanya.
Beliau menegaskan, walaupun hanya abu mayat tetapi nama Chin Peng sangat memberi kesan hitam kepada semua pesara anggota keselamatan, termasuk waris mereka.
“Tindakan bawa masuk abu Chin Peng seperti mengiktiraf perjuangan komunis. Ada keluarga yang menjadi balu di usia muda dan anaknya menjadi yatim. Ada rakan-rakan kami yang cacat seumur hidup kerana pertahankan negara. 
“Apa perasaan mereka ketika ini? Isu ini sangat sensitif dan dekat buat anggota keselamatan, termasuk saya. Apabila timbulkan perjuangan komunis, ia memang mencabar kewibawan kami.
“Kalau kami perlu pikul senapang lagi di usia ini, insya-Allah kami masih mampu. Kita mohon rakyat jangan cuba main api kerana mereka tidak hadapi pahitnya zaman darurat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/nama-chin-peng-gamit-memori-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 898 hits
Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro PH Malaysiakini Abdul Rahim...
Chin Peng Ketua Komunis Malaya Pengkhianat Negara

Chin Peng Ketua Komunis Malaya Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 845 hits
Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 dengan nama samaran Ong Boon Hwa ketua Parti Komunis Malaya dan beliau sebenarnya bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai tetapi dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basi...
Police To Call Up People Who Brought Back Chin Peng S Ashes

Police To Call Up People Who Brought Back Chin Peng S Ashes

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 365 hits
Police will be calling up a group of people who were involved in bringing back the ashes of former Communist Party of Malaya leader Chin Peng to Malaysia said Deputy Inspector General of Police Mazlan Mansor The investigation is ongoing We ...
You Want Us To Collect Chin Peng S Ashes And Return It Asks Dr M

You Want Us To Collect Chin Peng S Ashes And Return It Asks Dr M

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 490 hits
Dr Mahathir Mohamad asks why people are making Chin Peng s ashes an issue now PETALING JAYA Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today played down the controversy revolving around the bringing back of Chin Peng s ashes to Malaysia saying such...
Saya Tak Boleh Lupa Kejadian Chin Peng Bunuh 40 Orang Asli

Saya Tak Boleh Lupa Kejadian Chin Peng Bunuh 40 Orang Asli

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 382 hits
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Noor rasa sebak mengenangkan penyeksaan yang dialami ...
Chin Peng Sudah Mati Bukan Dia Boleh Buat Apa Pun Pm

Chin Peng Sudah Mati Bukan Dia Boleh Buat Apa Pun Pm

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 485 hits
The ReporterIsu abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan kerana pemimpin Parti Komunis Malaya itu sudah meninggal dunia kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dia sudah mati Banyak orang yang dulu dera k...
Jews Don T Forgive Hitler Why Must Malays Forgive Chin Peng

Jews Don T Forgive Hitler Why Must Malays Forgive Chin Peng

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 356 hits
The bottom line is the Chinese are politicising the issue of bringing back Chin Peng s ashes to Malaysia This has nothing to do with a dying man s last wish So now as the Chinese want this matter has become political and a hot political pot...
No Need To Fuss Over Return Of Chin Peng S Ashes Dr Mahathir

No Need To Fuss Over Return Of Chin Peng S Ashes Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 360 hits
SEOUL There should not be a fuss over former Communist Party of Malaya leader Chin Peng s ashes being brought back to Malaysia Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Who are we trying to appease by raising this issue Do you want us to ...
Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 543 hits
RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan abu mayat Chin Peng diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak Malaysia Thailand dan Parti Komunis Malaya yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis n...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Kelapa Muda Lagi

Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You