Naluri Seorang Wanita Ni Cukup Kuat Terdetik Sahaja Tentang Pasangan Dada Akan Berdegup Kencang


Naluri Seorang Wanita Ni Cukup  Kuat. Terdetik Sahaja Tentang Pasangan, Dada Akan Berdegup Kencang. Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah penuh kontroversi pasangan suami isteri yang berlaku baru-baru ini. Perkongsian pendapat daripada wanita ini, Puan Nurul Jannah yang juga merupakan seorang Peguambela & Peguamcara mengenai isu ini wajar dijadikan panduan buat kita.
1. Naluri Seorang Isteri
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang .
Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba. Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah. Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.
2. Jangan Fikir Negatif
Sebenarnya kan , kalau boleh jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang. Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah.
3. Selalu Berdoa Pada Allah
Mohon la pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan. So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga? Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik.
4. Maknanya apa?
Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting lansung . Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga . Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan . Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan menjaga maruah suami dan isteri . Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .
5. Redha
Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna. Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya . Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita . Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ? Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana .Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti . Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu?
6. Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik
Dah tu , kenapa nak simpan lagi barang tak elok ? Buat sakit dada . Semak . Kita let go sajalah . Move on lah . Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .
7. Kalau tak nak rasa sakit
Selalu lah set mind yg suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambik balik pasangan kita. Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan. Sakit tu memang lah sakit, tapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
8. Untuk yang pernah dikecewakan
Bersangka baiklah . Tapi jangan sesekali melupakan kebaikan pasangan. Janganlah disebabkan satu keburukan, kita lupa pasangan kita pernah bersusah payah untuk melengkapkan keinginan kita yg tak pernah cukup. Selalu ingat bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia. Pasti ada pesanan yang ingin dikirim Allah kepada kita. Apa2 pun, kembalilah kepada Tuhan. Bentang sejadah, sujud, mohon doa dan taubat kepadaNya. Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung. Mungkin sebab itu Allah menguji kita.
Sumber: Nurul Jannah Via Mingguan Wanita
The post Naluri Seorang Wanita Ni Cukup Kuat. Terdetik Sahaja Tentang Pasangan, Dada Akan Berdegup Kencang! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/naluri-seorang-wanita-ni-cukup-kuat-terdetik-sahaja-tentang-pasangan-dada-akan-berdegup-kencang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 407 hits
Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa terbeban untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit Walaupun gaji kita tak besar mana terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk m...
Seorang Ketua Balai Polis Berpangkat Asp Disiasat Kerana Mengugut Pasangan Suami Isteri

Seorang Ketua Balai Polis Berpangkat Asp Disiasat Kerana Mengugut Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 577 hits
Polis sedang menyiasat seorang pegawai kanannya yang berpangkat ASP kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap pasangan suami isteri di tepi jalan di Kampung Simee di Ipoh Isnin lalu Menurut sumber pegawai berkenaan yang telah berkhid...
Dari Seorang Yang Takut Jarum Demi Zuriat Saya Kuat Segala Sakit Hilang Tengok Wajah Anak

Dari Seorang Yang Takut Jarum Demi Zuriat Saya Kuat Segala Sakit Hilang Tengok Wajah Anak

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 520 hits
Empat tahun menanti zuriat kini apabila anak ada depan mata seolah macam masih bermimpi dan tak percaya Begitulah yang dirasai oleh Nur Liyana Abdul Rahman yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui teknik IVF Mungkin sesetengah...
Seorang Lelaki Tersilap Samun Apabila Mangsa Merupakan Atlet Wanita Mma

Seorang Lelaki Tersilap Samun Apabila Mangsa Merupakan Atlet Wanita Mma

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 321 hits
Cubaan seorang lelaki untuk menyamun bertukar tragedi apabila dia dibelasah teruk oleh mangsa yang ingin dirompak Polyana Viana iaitu atlet MMA yang juga turut dikenali sebagai Wanita Besi Ini mungkin sesuatu yang malang buat lelaki terbabi...
Masukkan 2 Wanita Ke Rumah Dinas Seorang Hakim Di Lampung Digerebek Warga

Masukkan 2 Wanita Ke Rumah Dinas Seorang Hakim Di Lampung Digerebek Warga

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 224 hits
Y hakim Pengadilan Negeri Menggala Provinsi Lampung digerebek warga lantaran ulahnya memasukkan dua perempuan ke rumah dinas Senin dinihari
Wanita 40 An Nak Kulit Kembali Gebu Dan Licin Guna 3 Bahan Ini Saja Cukup Mudah

Wanita 40 An Nak Kulit Kembali Gebu Dan Licin Guna 3 Bahan Ini Saja Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 423 hits
Wanita 40 An Nak Kulit Kembali Gebu Dan Licin Guna 3 Bahan Ini Saja Cukup MudahWanita 40 An Nak Kulit Kembali Gebu Dan Licin Guna 3 Bahan Ini Saja Cukup Mudah
Benda Paling Penting Untuk Seorang Yang Bergelar Wanita

Benda Paling Penting Untuk Seorang Yang Bergelar Wanita

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 558 hits
Pengasas kosmetik sensasi sajat sekali lagi menjadi bualan n3tizen apabila dia telah memuat naik sekeping foto di instagram Foto tersebut mengundang banyak komen di ruang akaun instanya Foto yang dimuat naik memaparkan penyanyi lagu Bobo Di...
Perkara Ni Pondan Takkan Mampu Buat Untuk Jadi Seorang Wanita

Perkara Ni Pondan Takkan Mampu Buat Untuk Jadi Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 632 hits
Melihat seorang usahawan kosmetik transgender ni gigih untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia seorang wanita yang di lahirkan sebagai khunsa kadang kadang nak tergelak Bukan apa dah terang terang orang tahu kot jantina dia Gigih lahai dia ...
Pasti Anda Tidak Percaya Tentang Perkerjaan Wanita

Pasti Anda Tidak Percaya Tentang Perkerjaan Wanita

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 334 hits
Laman sosial di China Shina Weibo heboh memperkatakan mengenai seorang pengemis yang cantik bernama Han Biyao Gadis muda yang pernah jadi pelayan restoran itu terpaksa mengemis di jalanan untuk menyambung hidupnya Biyao sebenarnya dilahirka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord