Nak Tipu Lagi Tony Pua

Baru tadi, DAP dan Tony Pua cuba menipu lagi bermodal air liur dengan posting terbaru depa tentang tangkapan Guan Eng. 
 Dia kata Guan Eng ditangkap adalah salah Najib dan salah UMNO. 
 Tony Pua tuduh antara syarat UMNO sertai PN ialah supaya kes terowong  dibuka semula kerana Tony dakwa kes sudah ditutup SPRM pada bulan  November 2018 (masa Tommy Thomas bermaharajalela).
 Tony juga kata tiada unsur rasuah dalam projek tersebut kerana tidak  ada satu sen pernah dibayar oleh kerajaan negeri untuk projek tersebut?
 Ini satu pembohongan amat jelas.
 Kes tidak pernah ditutup. Malah ENAM kertas siasatan masih terbuka masa itu.
 "4 Mac 2019: SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang"
 https://www.sprm.gov.my/…/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-…
 Pada bulan September 2019, boss SPRM lantikan politik PH Latheefa Koya  pernah membidas mereka yang bertanya tentang skandal terowong.
 Latheefa sendiri kata dia tak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan MASIH aktif berjalan.
 "6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active"
 https://www.malaymail.com/…/pressed-for-undersea-tu…/1787880
 Sebab itu, tang mana kes terowong ditutup pada November 2018 seperti ditipu Tony?
 SPRM bawah kerajaan PH keluarkan "fake news" pada Mac 2019 dan Latheefa Koya bohong pada Sep 2019 ke?
 Tiada satu sen pernah dibayar?
 Pada tahun 2016, EXCO kerajaan Pulau Pinang DAP sendiri pernah  menjelaskan dalam DUN negeri bahawa sebanyak RM208 juta (sekarang jumlah  dibayar sudah melebihi jumlah ini) dalam bentuk tanah milik kerajaan  sudahpun dibayar kepada syarikat terowong pada tahun sebelumnya sebagai  sebahagian daripada kos laporan mahal giler RM305 juta.
 "In a  statement, state Public Works Committee chairman Lim Hock Seng said only  RM208 million had been paid, via a land alienation, to Consortium  Zenith Construction Sdn Bhd, at Tanjung Pinang."
 https://www.freemalaysiatoday.com/…/penang-exco-man-breaks…/
 Malah projek kondo mewah "Penang City of Dreams" bernilai RM1 bilion  sudahpun siap dibina oleh syarikat terowong atas tanah tersebut tetapi  tiada sebarang pembinaan projek terowong pernah bermula.
 Nak tipu lagi, Tony?
 Posting Tony tadi:
 https://www.facebook.com/128497919916/posts/10158820886719917/?d=n

NAJIB RAZAK
#Sumber : Facebook    
MR :  Terkena lagi  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/nak-tipu-lagi-tony-pua.html