Nak Tau Universiti Mana Jadi Pilihan Popular Para Graduan Masa Kini


Para graduan hari ini sentiasa mencari sesuatu yang berbeza dalam kehidupan mereka. Ini kerana pemikiran yang luar biasa amat diperlukan untuk terus bersaing dalam apa jua situasi pada hari ini. Habis sahaja zaman persekolahan, maka ramailah yang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Taylor’s University contohnya merupakan salah sebuah universiti yang sangat popular menjadi pilihan ramai untuk melanjutkan pelajaran mereka. Apa yang dilakukan Taylor’s University hanyalah dengan mengikut trend terkini suasana kampus dalam masa yang sama tetap terus mengekalkan kualiti pembelajaran berkualiti tinggi yang diamalkan di sana.

Kaedah ini terbukti berjaya apabila Taylor’s University dinobatkan di tempat ke-4 dunia dan paling tinggi di Asia menurut Penarafan Pekerjaan Graduan QS 2019 baru-baru ini. Berikut adalah aktiviti yang biasa dijalankan di Taylor’s University.


Suasana Pembelajaran Di Kampus Yang Sungguh Awesome!
Bayangkan suasana pembelajaran yang sangat tenang bersebelahan tasik pastinya mencipta suasana harmoni untuk minda kita aktif berfungsi. Taylor’s Lakeside Campus adalah contoh sebuah kampus pembelajaran yang begitu sinonim sebagai pilihan ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka kerana keindahan kampus ini sendiri yang dibangunkan di tepi tasik.

Suasana yang begitu tenang dan indah sebegini pastinya sangat membantu dalam menzahirkan kampus idaman semua sama seperti yang digambarkan di dalam kaca televisyen.

Cita-Cita Belajar Ke Luar Negara Bermula Dengan Taylor’s!
Ramai yang memang sedia maklum bahawa Taylor’s University sangat popular sebagai batu loncatan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke Amerika Syarikat. Melalui program seperti American Degree Program (ADP), ia merupakan program persediaan pelajar dari Taylor’s University ke mana-mana universiti berkualiti tinggi di Amerika Syarikat mengikut pilihan pelajar sendiri. Banyak jurusan ditawarkan seperti Perniagaan, Kejuruteraan, Sains Komputer, Keseniaan, dan macam-macam lagi. Program ini mengamalkan sistem pembelajaran dan ujian berterusan iaitu 70% berdasarkan pelbagai jenis kerja kursus, 30% untuk peperiksaan akhir. Antara kerja kursus yang akan dijalani oleh pelajar merangkumi pelbagai jenis projek, persembahan dan kurikulum tambahan.

Melalui program ini, Taylor’s University menjalankan pelbagai aktiviti yang mendedahkan pelajar dengan budaya pembelajaran seperti di Amerika Syarikat sejak dari awal bagi memastikan mereka dapat menerima perubahan suasana pembelajaran antara di Malaysia dan Amerika Syarikat dengan lebih sempurna sebagai persediaan awal mereka.

Aktiviti Mengenal Budaya Seperti American Festival (AmFest)
Taylor’s University sentiasa menganjurkan pelbagai festival melibatkan pelbagai budaya dan negara. Festival seperti ini menjadikan para pelajar di Taylor’s University mempunyai kesedaran tentang kedudukan ekonomi dan cara hidup di Amerika Syarikat yang sesuai sebagai pengetahuan kepada bakal pelajar ADP nanti.

Pelbagai persembahan akan dibuat semasa festival dan semua persembahan adalah berlatar-belakangkan tentang kehidupan di Amerika Syarikat. Aktiviti begini pastinya menjadi jalan terbaik untuk mengetahui tentang kehidupan di Amerika Syarikat sebagai salah-satu cara membiasakan diri sebelum menjejakkan kaki ke sana melalui program ADP di Taylor’s University.

Pelajar Sentiasa Aktif Dengan Pelbagai Lagi Aktiviti Menarik
Selain itu memang banyak lagi aktiviti menarik yang sentiasa dijalankan di Taylor’s University seperti Live Statues, Fright Night, ADP Cup, Faisal Cup, dan banyak lagi sekaligus memberikan kesan yang terbaik sebagai kehidupan seorang pelajar universiti dalam masa yang sama memastikan pelajar benar-benar bersedia sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagi kami, Taylor’s University merupakan sebuah universiti berprestij yang mampu memberikan suasana pembelajaran jauh lebih menarik dari mana-mana universiti lain dan sekaligus mencipta graduan yang berkualiti tinggi untuk diterima di dalam pelbagai industri besar di negara kita.

Untuk melihat dengan lebih dekat lagi seakan merasai sendiri, apa kata korang datang sendiri ke Taylor’s University Info Week yang akan langsung pada hari ini hingga 12 MEI 2019 nanti bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi apa yang ditawarkan di Taylor’s University.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://university.taylors.edu.my/adp.html
Facebook: https://www.facebook.com/taylorsadp/
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/nak-tau-universiti-mana-jadi-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Orang Tanya Bila Nak M4ti Elyana Kini Bertarung Dengan Kanser Yang Merebak Ke Tulang Belakang

Setiap Hari Orang Tanya Bila Nak M4ti Elyana Kini Bertarung Dengan Kanser Yang Merebak Ke Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 318 hits
Bertarung dengan kanser limfoma tahap empat penyanyi Elyana akui terkilan dengan kata kata kecaman netizen terhadap dirinya Lebih menyedihkan ada netizen yang sanggup mempersoalkan mengapa dia masih belum mati Kata Elyana dia cukup sedih de...
Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa

Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 289 hits
Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang tanpa kita buat dia terasa hati tersinggung atau lain lain Rumah korang pernah blackout tak Atau kalau orang Johor cakap takde karen Masa korang la...
Baliklah Nor Zamzatul Syafika Ayah Tak Tahu Nak Cari Kamu Di Mana Lagi

Baliklah Nor Zamzatul Syafika Ayah Tak Tahu Nak Cari Kamu Di Mana Lagi

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 342 hits
Kehilangan seorang remaja perempuan sejak Selasa lalu membuatkan keluarganya bimbang dan terpaksa membuat laporan polis selain merayu kepada netizen untuk turut membantu mencari anak mereka nbsp Mohd Zamri Tahak 43 berkata kali terakhir ana...
Macam Mana Nak Jadi Cantik Ini Caranya

Macam Mana Nak Jadi Cantik Ini Caranya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 652 hits
KALAM DR ZAHARUDDIN Sifat fitrah wanita amat sukakan kecantikan maka Allah menjadikan fizikal wanita amat cantik namun cepat dimakan usia berbanding lelaki Jika kecantikan diyakini sebagai modal utama untuk mencapai kebahagian maka akan MUD...
Akhlak Remaja Masa Kini

Akhlak Remaja Masa Kini

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 312 hits
Tempoh hari saya ada menonton saudari aktivis kita Heliza Helmi dan Ustaz Hariri yang menjadi panel jemputan untuk rancangan siaran langsung bual bicara di TV Alhijrah Pink Point Topiknya sangat dekat dengan ramai remaja iaitu Akhlak Remaja...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Opening Young People S Eyes To Workers Rights