Nak Tamatkan Kelesuan Ph Ini Ada Tips Bagaimana Caranya


 
1. PH perlu kuasai media..MEDSOS
2. Ahkbar parti perlu wujud PKR masih kosong
3. Tinggalkan atok saka
4. Perlu diberi kepercayaan pada Anwar Ibrahim.
5. MP kaki bodek letak tepi
6. Hargai MEDSOS
7. Perlu menyerang kerana pastinya akan diserang bila JASA WUJUD.







Kelesuan PH perlu ditamatkan segeraOleh MOHD ARIF JUHANI ABDUL RAHMANNovember 7, 2020 
Pakatan Harapan (PH) hampir mempunyai segala hujah dan modal politik untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh terdekat ini.
Keabsahan Muhyiddin Yasssin sebagai perdana menteri yang semakin diragui, kelembapan barisan kabinet menangani keganasan Covid-19, kemelut dalaman antara Umno dan Bersatu sehinggalah kerakusan untuk merampas kuasa di Sabah yang kemudiannya menjadi punca pandemik kembali meningkat.
Benar, pada pusingan awal selepas mengangkat sumpah pada Mac lalu sebagai perdana menteri, Muhyiddin memperoleh kelebihan mutlak. Beliau dilihat lebih popular dan diterima oleh seisi rakyat Malaysia. Tetapi situasi mula berubah apabila Khairuddin Aman Razali gagal laksana kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki. Ini adalah permulaan yang hampir semua orang maklum.
Keyakinan terhadap Muhyiddin segera berubah dan secara umumnya, ramai melihat beliau mengambil sikap berat sebelah demi melindungi menteri PN. Situasi semakin memburuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September lalu.
Dalam sekelip mata, Muhyiddin dan barisan kabinet dilihat hilang daya kekuatan sebagai sebuah kerajaan. Menteri Pendidikan gagal menangani masalah pembelajaran di sekolah akibat sekatan pergerakan, Timbalan Menteri Kesihatan menganggap sekolah masih kawasan yang selamat dan Menteri Pengajian Tinggi pula bercelaru dalam mengurus komunikasi antara kementerian dengan institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Akibat daripada ketempangan komunikasi ini telah menatijahkan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga keluarga dan ibubapa.
Itu cerita yang ada kaitan dengan Covid-19. Dalam perkembangan yang lain pula, Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pula gagal menampilkan daya kepimpinan yang meyakinkan.
Selain isu gagal kuarantin kendiri yang mencetuskan cemuhan netizen, beliau juga tidak membawa kementerian tersebut jauh lebih baik berbanding Teresa Kok, menteri PH yang memegang portfolio yang hampir serupa.
Khairuddin bukan sahaja gagal tampil berbeza, sebaliknya hanya mampu mengitar semula idea Teresa Kok seperti industri buluh. Satu contoh mudah yang menunjukkan sikap hipokrit beliau adalah usaha untuk membaiki hubungan baik dengan India untuk meningkatkan eksport minyak sawit.
Secara terbuka, beliau sendiri mengakui bahawa salah satu punca yang menjurus kepada hubungan keruh antara Kuala Lumpur dan New Delhi sebelum ini adalah kerana tindakan India ke atas Kashmir.
Sikap ini amat berbeza jika beliau menjadi pembangkang. Jika ketika itu dia masih pembangkang, maka hampir pasti cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan ketika itu adalah memutuskan hubungan diplomatik dengan India sebagai tanda solidariti terhadap penduduk dan pentadbiran Kashmir.
Memang tidak sukar untuk disenarai panjang kelemahan PN. Tetapi setakat ini, walaupun lemah, Muhyiddin masih berkuasa sebagai perdana menteri dan pendekatan ‘scheme of things’ yang dilaksanakannya masih kuat menguasai.
Pada masa yang sama, satu persoalan perlu dirungkaikan adakah selama 22 bulan, PH telah gagal sebagai kerajaan?
Walaupun tidak adil untuk menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ kerana memerlukan satu perbahasan yang panjang tetapi jika dirujuk kepada laporan terkini Ketua Audit Negara, ternyata PH belum boleh dilabel gagal sebagai kerajaan.
Menurut laporan tersebut, hasil kerajaan persekutuan yang telah diperoleh pada tahun adalah sebanyak RM264.4 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.5 peratus atau RM31.5 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Tetapi samada gagal ataupun tidak, sehingga kini apa yang jelas terpampang adalah Muhyiddin masih berkuasa di Putrajaya manakala PH pula bukan sahaja kelihatan lesu bahkan seperti tiada arah tuju untuk mendapatkan mandat rakyat yang telah dicuri.
Kini, apa yang pasti, PH telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama, kumpulan yang mengharap agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bersama PH membentuk sebuah kekuatan baharu untuk menjatuhkan PN.
Kedua, kumpulan yang berharap PH lupakan Mahathir yang telah meninggalkan blok parti politik itu dan bersatu di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim untuk merampas mandat rakyat.
Kumpulan yang ketiga adalah yang merasakan PH perlu segera melupakan kewujudan Mahathir dan Anwar. Sebaliknya menampilkan barisan kepimpinan baharu yang lebih muda, lebih pintar dan lebih bertenaga dan agresif untuk membina PH dan momentum menuju PRU-15.
Gagasan atau idea seumpama itu memang mudah dilontarkan disebut tetapi siapakah yang berani untuk mencadangkannya kepada kepimpinan PH atau lebih penting memastikan keberkesanannya?
Jika Anwar dan Mahathir atau mungkin Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu pun sanggup berundur untuk memberi peluang kepada barisan kepimpinan baharu membina semula PH, apakah kemampuan yang dimiliki oleh setiap parti PH miliki?
Cukuplah jika membayangkan sebuah kempen ceramah politik tanpa kehadiran tokoh-tokoh politik seperti pimpinan PH kini, yakinkah kita akan kehadiran memberangsangkan dari kalangan rakyat tempatan?
Realiti politik di Malaysia secara umumnya tidak memberi peluang lumayan kepada golongan idealis untuk melontar dan menggerakkan idea. Hakikatnya politik di Malaysia masih perlu berpaut kepada imej ketokohan seseorang pemimpin. Malah inilah lesen yang kerap digunakan untuk bertanding dalam pemilihan parti.
Tetapi sementara PH masih bernaung di bawah kepimpinan tokoh-tokoh tersebut, situasi semasa kelihatan tidak berubah lebih baik. Ketidaktentuan hala tuju PH masih membingungkan ahli bawahan malah berisiko mencetuskan perbalahan sesama ahli sendiri. Sudah pasti situasi lesu PH yang merimaskan ini perlu ditamatkan pada kadar segera.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/naktamatkan-kelesuan-ph-ini-ada-tips.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Susukan Anak Eksklusif 6 Bulan Ada Caranya Ikuti Perkongsian Ini

Nak Susukan Anak Eksklusif 6 Bulan Ada Caranya Ikuti Perkongsian Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 337 hits
Menyusukan anak memerlukan azam yang kuat Malah ia patut dimulakan sebelum bayi lahir lagi Selain daripada niat itu perlu juga ada sokongan daripada orang sekeliling supaya anda tidak mudah putus asa Paling penting ialah anda perlu selalu m...
Nak Tidur Cukup Payah Sekejap Dah Terjaga Ini Teknik Berkesan Tidurkan Bayi

Nak Tidur Cukup Payah Sekejap Dah Terjaga Ini Teknik Berkesan Tidurkan Bayi

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 275 hits
Bayi yang tidur nyenyak pada tempoh yang agak lama pastinya melegakan hati ibu Ketika inilah ibu dapat merehatkan diri seketika dan melakukan perkara perkara lain seperti memasak mengemas rumah dan sebagainya Pun begitu bukan semua bayi tid...
Beberapa Hari Lagi Nak Kahwin Risteena Isa Khan Terpksa Tunda Kahwin Ini Puncanya

Beberapa Hari Lagi Nak Kahwin Risteena Isa Khan Terpksa Tunda Kahwin Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 335 hits
Dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini pelakon Isa Khan memaklumkan dia dan tunangnya Risteena Munim masih belum membuat keputusan sama ada meneruskan majlis perkahwinan mereka atau tidak Menurut Isa majlis perkahwinan mereka...
Diet Tapi Nak Makan Sedap Jom Try Chicky Wrap Dan Healthy Sandwich

Diet Tapi Nak Makan Sedap Jom Try Chicky Wrap Dan Healthy Sandwich

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 396 hits
Kreativiti di dapur bergantung pada cara dan apa yang dimasak Kalau sedang diet memang kena kreatif untuk menyediakan hidangan sesuai dengan keperluan kalori dalam badan Sekarang ni banyak je menu sihat tapi sedap Jadi korang janganlah angg...
Pirlo Takkan Nak Swing Pelempang Baru Nak Bangkit

Pirlo Takkan Nak Swing Pelempang Baru Nak Bangkit

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 233 hits
Juventus sekali lagi gagal meraih mata penuh dalam perlawanan Serie A Di mana pasukan bimbingan Andrea Pirlo seri 1 1 menentang Verona Juventus malah ketinggalan satu gol melalui aksi pemain Verona Andrea Favili Mujur Bianconeri berjaya men...
Hiburan Idam Watak Selain Komedi Ropie Teringin Nak Berlakon Serius Dalam Drama Atau Filem

Hiburan Idam Watak Selain Komedi Ropie Teringin Nak Berlakon Serius Dalam Drama Atau Filem

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 323 hits
Sering saja tampil dengan membawa watak komedi pelawak Ropie berkata dia benar benar teringin untuk membawa karakter yang lebih serius dalam sesebuah naskah filem atau drama Namun begitu sejak kemunculannya dalam industri seni negara Ropi k...
Setakat Mana Titah Tuanku Dihormati Politik Nak Berehat Berapa Hari Sampai Pru15

Setakat Mana Titah Tuanku Dihormati Politik Nak Berehat Berapa Hari Sampai Pru15

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 361 hits
DAP tolak dan tidak sokong Anwar sebagai PM secara halus beralasan titah Tuanku Setakat mana UMNO akan ambil tindakan kepada MP yang tidak akur keputusan MT tolak Anwar dan DAP Muhyiddin belum selamat
Tak Berani Nak Cakap Bukan Bukan Apa Kita Cakap Doa

Tak Berani Nak Cakap Bukan Bukan Apa Kita Cakap Doa

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 247 hits
Bismillahirrahmanirrahim pernah dengar tak orang tu sangat marah kalau kita cakap bukan bukan Oit pekak ke Bangang Say no pls to this words Kadang kita ni lancang bercakap Tanpa sedar apa kita kata kita buat semuanya adalah zikir dan doa Pi...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation