Nak Protes Biar Kena Tempatnya


 

Saya tidak ada hal dengan perhimpunan. Tidak ada masalah buat saya jika sesiapa berhimpun untuk protes dan bantah sesuatu isu asalkan ia berjalan aman. Bukan saya menggalak khalayak berhimpun dan berdemonstrasi. Sekadar memegang hakikat kebebasan bersuara tertakluk kepada Perlembagaan. Bahagian II di dalam Perlembagaan ada peruntukan menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi ialah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan.
Bagaimanapun bagi saya, seperti tertera di tajuk artikel ini, kalau nak adakan himpunan biarlah kena dengan tempatnya. Contoh, jika bantah sesuatu tindakan yang didakwa tidak adil yang dilakukan Amerika Syarikat buatlah di kedutaan AS. Jika tidak senang dengan tindakan Rusia adakan bantahan di kedutaan negara itu.
Di negara ini kerap kali protes terhadap kekejaman Israel diadakan di kedutaan AS, tetapi ini boleh difahami kerana tidak ada kedutaan Israel di negara ini. Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv. Oleh itu kedutaan AS dijadikan sasaran kerana Washington sekutu rapat Israel. Perangai Israel diadu kepada AS. Nota bantahan diserah kepada wakil kedutaan untuk dipanjangkan kepada pemimpin Israel. Apa pun protes ke atas Israel diadakan di kedutaan AS “boleh diterima” atas sebab yang disebut tadi, tetapi tidak untuk isu membabitkan negara lain.
Jika bantahan dibuat kerana tidak puas hati terhadap keputusan lepas tanpa bebas Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan di mahkamah, proteslah di Jabatan Peguam Negara sebab pihak peguam negara lah yang memohon Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan.
Ya, saya merujuk himpunan yang diadakan oleh Pemuda Perikatan Nasional semalam yang dinamakan Himpunan Selamatkan Malaysia. Ia diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Asalnya tapak protes di pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kemudian dilaporkan Bukit Bintang. Kesudahannya Kampung Baru jadi pilihan.
Saya tidak bercadang mengulas mengapa venue himpunan bertukar-tukar. Mungkin ada sebab tertentu yang ‘memaksa’ penganjur berbuat demikian. Pun begitu bagi saya Sogo mahu pun Jalan Bukit Bintang bukan tapak sesuai untuk bantah keputusan berhubung kes Zahid. Tidak ada kaitan pun tempat itu dengan peguam negara. Seperti dikatakan tadi marah dengan peguam negara pergi ke Jabatan Peguam Negara.
Mungkin penganjur mahu himpunan mendapat perhatian orang ramai lantas mahu diadakan di tempat kegemaran orang ramai. Saya tahu protes yang tidak mendapat perhatian ramai tidak akan ada kesan.
Tetapi jangan disamakan dengan demonstrasi pro-Anwar Ibrahim pada 1998. Memang ketika itu protes diadakan hampir setiap Sabtu di hadapan Sogo dan Masjid Jamek Kampung Baru – dua tempat favourite. Diakui para demonstran juga mahu menarik perhatian ramai. Namun perlu diingat waktu itu mereka berdepan tindakan keras pihak berkuasa yang menghalang tunjuk perasaan diadakan walau dimana pun. Lalu demonstrasi diadakan di beberapa tempat. Perlu diingat juga ada demonstran yang cuba pergi ke Sri Perdana. Mereka dihalang polis anti-rusuhan. Tidak perlu saya jelaskan apa yang berlaku. Erinya ada niat mahu bantah di tempat bantahan yang difikir wajar diadakan tetapi dihalang.
Perlu diakui keadaan berbeza sekarang. Perhimpunan dibenarkan selaras Akta Perhimpunan Aman walaupun ada syarat tertentu yang tidak disenangi sesetengah pihak. Bagi himpunan semalam tidak ada sekatan jalan raya, tidak gas pemedih mata, tidak ada tindakan keras suraikan himpunan, tidak ada tangkap. Akan tetapi himpunan berkenaan dikatakan tidak menepati beberapa syarat. Oleh itu polis boleh memanggil pihak penganjur untuk tindakan susulan.
Bercakap mengenai protes di masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi diarah membuat pemantauan ke atas institusi masjid dan surau bagi “memastikan tiada mana-mana pihak menyalahgunakannya untuk membuat himpunan politik.”
Arahan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na’im Mokhtar yang berkata kerajaan bimbang dengan kecenderungan “pihak-pihak tertentu menjadikan masjid atau surau sebagai platform awal untuk berhimpun.” Arahan dibuat sehari sebelum himpunan di Masjid Jamek Kampung Baru diadakan. Mungkin beliau bercakap secara am. Beliau tidak menamakan mana-mana pihak tetapi boleh dilihat merujuk pada protes 16 Sept anjuran Pemuda PN.
Bagi saya arahan berkenaan menyulitkan Jawi dan pihak masjid (mana-mana masjid). Bagaimana dan apa yang hendak dipantau? Dalam soal Masjid Jamek Kampung Baru, peserta himpunan yang hampir semuanya orang Melayu-Islam datang ke masjid untuk mendirikan solat zohor terlebih dahulu walaupun semua maklum tujuan mereka seterusnya. Adakah pihak masjid mesti menghalang mereka? Halang daripada sembahyang?
Selesai sembahyang mereka menjalankan bantahan tetapi di luar perkarangan masjid. Di depan gate utama masjid. Ucapan politik pemimpin dibuat di situ. Bukan di dalam masjid. Saya anggap arahan menteri agama sesuatu unnecessary dan overreacting.
Seperkara lagi sebelum saya undur diri kali ini. Oleh kerana himpunan dikatakan anjuran Pemuda PN, ahli Bersatu pasti menyertainya bersama rakan akrab PAS. Cuma yang ingin saya tahu dalam kesibukan memprotes, sempatkah mereka mengikuti hantaran Facebook bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak yang mendakwa bos mereka Muhyiddin Yassin selaku pengerusi PN tidak diundang ketika pemimpin PAS bertemu Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Dakwa Salleh lagi, PAS mahu angkat Mahathir jadi ketua de facto PN. Ini kita cerita sehari dua lagi, insya-Allah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/nak-protes-biar-kena-tempatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Chance Nak Chan Mari Chan

Tak Ada Chance Nak Chan Mari Chan

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum WBTHARI kedua di nak terjah tempat viral Chan Mari Chan yang baharu dibuka bulan Ogos lepas Kiranya belum lagi mencapai usia sebulan pun tapi tular dengan interior yang cantik dan mewah dengan konsep mangkuk tingkat Macam se...
Rasa Semangat Nak Memasak Lepas Main Games Di Culinaryschools Org

Rasa Semangat Nak Memasak Lepas Main Games Di Culinaryschools Org

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 193 hits
Rasa semangat nak memasak lepas main games di culinaryschools org Hai korangg Semalam nak jadikan cerita aku bosan then rasa macam nak main games Tapi malas nak download dekat phone Dah berat sangat dah phone ni kalau nak download games Tet...
Tak Usah Jual Agama Kerana Nak Kerusi Pesan Umno Buat Pn

Tak Usah Jual Agama Kerana Nak Kerusi Pesan Umno Buat Pn

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 119 hits
Alyaa AlhadjriNaib Presiden Umno Johari Abdul Ghani mengingatkan pemimpin Perikatan Nasional agar tidak menjual agama semata mata untuk memenangi pilihan raya Ini kerana katanya akan menghalang orang Melayu Islam daripada membuktikan kredib...
Hiburan Buatlah Apa Nak Buat Puteri Sarah Dapat Green Light Syamsul Yusof Nak Saman Bekas Kakak Ipar

Hiburan Buatlah Apa Nak Buat Puteri Sarah Dapat Green Light Syamsul Yusof Nak Saman Bekas Kakak Ipar

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 260 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia ada meminta pendapat bekas suami Syamsul Yusof berkenaan hasratnya untuk menyaman bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan Ujar Puteri Sarah dia ada menghubungi Syamsul...
Fatwa Hadi Keluarkan Berlaku Zaman Mahathir Lepas Tu Nak Tuntut Kepala Bapak Apa Nusi Oiiii

Fatwa Hadi Keluarkan Berlaku Zaman Mahathir Lepas Tu Nak Tuntut Kepala Bapak Apa Nusi Oiiii

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 258 hits
Wang Xiang KERANA gila kuasa pangkat dan harta KEADILAN kepada mangsa dan kelurga mereka dinodai Inilah kisah satu perjuangan Islam mereka
Tak Nak Suami Jadi Anak Derhaka Aku Korbankan Kebahagiaanku Dan Anak Anak Untuk Mereka Aku Rela Dicerai Suami

Tak Nak Suami Jadi Anak Derhaka Aku Korbankan Kebahagiaanku Dan Anak Anak Untuk Mereka Aku Rela Dicerai Suami

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 171 hits
Saya isteri yang tiada mak dan ayah Dan saya juga mempunyai depression dan juga mempunyai 2 anak lelaki yang baik dan juga bijak di dalam pelajaran Suami alhamdulillah seorang ayah yang baik dan mungkin suami yang baik dan anak yang sangat ...
Hiburan Didakwa Sekadar Wayang Nak Tutup Masalah Rumah Tangga Ahmad Dhani Kongsi Foto Cumbu Isteri Di Instagram

Hiburan Didakwa Sekadar Wayang Nak Tutup Masalah Rumah Tangga Ahmad Dhani Kongsi Foto Cumbu Isteri Di Instagram

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 295 hits
Baru baru ini penyanyi dan komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani ada berkongsi foto aksi mesra bercumbu bersama isteri iaitu Mulan Jamela di Instagram Dalam hantaran tersebut Ahmad Dhani juga ada menulis kata kata romantis buat iste...
Mak Mertua Kata Aku Tak Layak Nak Ada Anak Sebab Keturunan Miskin Aku Nekad Fail Fasakh Barulah Terbongkar Aib Suami

Mak Mertua Kata Aku Tak Layak Nak Ada Anak Sebab Keturunan Miskin Aku Nekad Fail Fasakh Barulah Terbongkar Aib Suami

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 267 hits
8 bulan kahwin mentaI saya disiksa dan dih1na Baru 5 bulan kahwin mertua dah canang saya manduI sedangkan masa saya gugur mertua ketawakan saya Dia kata saya tak layak nak ada anak sebab keturunan miskin Bila saya nekad failkan cerai barula...
Apa Itu Iflk Dan Macam Mana Nak Mulakan Iflk

Apa Itu Iflk Dan Macam Mana Nak Mulakan Iflk

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 220 hits
Apa Itu IFLK dan Macam Mana Nak Mulakan IFLK Haaaaa ni soalan yang paling kerap ditanya oleh ahli baru Tapi kesian gak kadang2 tengok senior2 agak garang dengan adik2 junior Hahahahahaha Secara ringkasnya IF atau intermittent fasting adalah...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm