Nak Mula Berniaga Tambah Ilmu Di Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Anjuran Richworks
Di musim-musim pandemik ni, ramai hilang kerja. Bila dah hilang kerja ni ramai yang mencari inisiatif nak mula berniaga untuk teruskan kelangsungan hidup. Kalau sebelum ni masa ada kerja, ada pendapatan bulanan tetap tapi sekarang, ada yang terpaksa bergantung pada simpanan untuk teruskan kehidupan. Untuk yang ada simpanan, okey lah ada juga sumber kewangan lain tapi sampai bila nak bergantung pada simpanan. Lama-lama menyusut juga simpanan yea tak? Untuk yang tak ada simpanan pula, macamana nak teruskan kelangsungan hidup. Bayar bil-bil, perbelanjaan dapur, perbelanjaan sekolah (yang ada anak-anak bersekolah) dan lain-lain komitmen. Masing-masing mencuba bermacam cara untuk teruskan kehidupan. Tak kurang juga ramai yang nak mula berniaga macam k.fiezz beritahu awal tadi. Nak cari kerja lain?Bukan tak boleh tapi dalam keadaan pandemik sekarang ni banyak syarikat tutup & pekerja-pekerja sedia ada pun terpaksa dibuang kerja sebab majikan tak mampu nak bayar gaji. Disebabkan itu ramai yang mencuba terjun dalam bidang perniagaan ni sebab nampak senang & tak perlu susah payah nak cari kerja sana sini. Keluarkan sikit modal, dah boleh mula jual apa-apa barang yang dirasakan dapat sambutan.
Apa lagi di zaman teknologi ni, jualan secara online antara pilihan paling mudah untuk menjual sebab ramai yang suka membeli barang di atas talian sekarang.
JUALAN SECARA ONLINE MELALUI MEDIA SOSIALTak dinafikan banyak peluang untuk cari pendapatan melalui media sosial sebab majoriti kita banyak luangkan masa di platform ni. Cuma ramai ingat senang nak buat jualan secara online ni. Tambahan pula ada antara kita ni tak ada latar belakang perniagaan atau bukan berasal dari keluarga yang meniaga & ada juga terikut-ikut dengan kawan. Jadi ramai tak tahu cara nak mula berniaga ni macamana? Terutama membuat jualan secara online. Itu yang ramai putus asa bila tengok susah nak dapat hasil seperti diharapkan. Ramai yang kecundang & asyik bertukar-tukar bisnes macam tukar baju. Jual barang A tak laku, jual pula barang B. Begitu lah seterusnya sampai bila-bila sebab tak ada ilmu untuk meniaga. Nak meniaga ni pun kena ada ilmu. Bukan sebarangan nak jual. Tengok orang tu laku jual barang. Kita pun ikut juga. Padahal orang tu ada belajar cara nak mula berniaga macamana. Masuk kelas sana sini, ikut program berkaitan bisnes. Dah dapat ilmu, dia praktikkan apa yang dia belajar, laku cepat lah barang dia. Yang kita ni semberono nak tiru tak tentu pasal sebab tengok barang dia jual laris. Bila kita pula jual barang yang sama, krik krik je. Dah rugi tu, mula lah menyalahkan orang. Cakap orang tu ada pakai bomoh lah bagai. Yihhhh...Dah era digital pun masih ada yang percaya dengan perkara-perkara macam ni. Sebenarnya nak berniaga ni, tak perlu pakai bomoh, yang penting kena ada ilmu, kena ada mentor. Kalau kita ikut apa yang diajarkan, insyaallah kita pun boleh dapat untung berlipat kali ganda. Paling penting, bisnes kita bertahan. Bukan macam chipsmore kejap ada, kejap tak ada.
PELANCARAN PROGRAM VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA
Semua ni boleh diubah kalau kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul. Kalau betul caranya, kita boleh hasilkan jualan dari ratusan, ribuan hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Macamana caranya?hah, ni nak kongsi dengan korang. Pernah dengar RichWorks. Tak pernah?Okey, pernah dengar Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pernah dengar kan. Apa pula kaitan ni?Ada kaitan nya. Jom k.fiezz membebel sikit apa kaitan dia.
Untuk pengetahuan korang, RichWorks ni pengasasnya Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kalau korang perasan atau pernah nampak di media sosial, banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh syarikat beliau. Ramai orang joint program yang dianjurkan beliau. Kita tengok pun tertarik nak joint tapi tengok harga yuran dia, aiyooo mahal juga. Walaupun mahal tapi berbaloi sebab kita sendiri nampak ramai testimoni yang dapatkan bimbingan beliau dah berjaya mengaut jualan ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Cuma ramai peniaga kecil-kecilan terutama yang baru nak mula berniaga ni, tak mampu nak joint program keusahawanan yang dianjurkan syarikat RichWorks ni.
Tapi copppp kejap.. ada berita baik nak kongsi dengan korang ni?Apa dia. Baca sampai habis. hehe
RichWorks baru-baru ni melancarkan Program Online Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Nak Mula Berniaga.
Pelancaran ni dibuat secara langsung melalui Facebook Page, YouTube & Instagram Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pelbagai aktiviti & perkongsian selama 8 jam semasa pelancaran ini. Pelancaran ni juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)
Program Online Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Nak Mula Berniaga ni dianjurkan oleh RichWorks, sebuah syarikat penganjur acara & seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr.Azizan Osman sejak tahun 2008 lagi. Beliau telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lepas sahaja, 777 usahawan PKS telah dibimbing dalam program Mentoring Spire dan Titanium yang telah menjana jualan lebih dari RM2 billion
Fokus RichWorks adalah untuk melatih dan membimbing lebih ramai orang membina bisnes yang berjaya dimana pun tahap mereka berada samaada baru bermula atau baru nak berkembang. Bagi pihak RichWorks, untuk luaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks)
Untuk itu, Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang bayaran yang perlu dibuat oleh para peserta. Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempah tiket bagi hadir ke program virtual online bina bisnes berjaya ini
“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks)
TENTANG RICHWORKS INTERNATIONALRichworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia
MENGENALI DATUK WIRA DR AZIZAN OSMANAccredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit
HUBUNGI -
Richworks International Sdn BhdNo. 77, Jalan Badminton 13/29Seksyen 13, 40100 Shah AlamSelangor, MALAYSIA
Laman web: www.richworks.com
Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly | +6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)Emel:
[email protected] ;
[email protected] ;
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/04/Nak-Mula-Berniaga-Tambah-Ilmu-Di-Program-Virtual-Online-Bina-Bisnes-Berjaya-Anjuran-RichWorks.html