Nak Milik Gaza Pulak


 
Pada 2019 semasa menjadi presiden AS buat kali pertama, Donald Trump mengapungkan idea untuk membeli Greenland jajahan Denmark. Dalil yang disandar Trump tidak mahu saya huraikan. Idea itu ditertawa ramai yang menyifatkannya sesuatu yang tak masuk akal. “Absurd“, perkataan yang digunakan. Habis cerita? Separuh habis rupanya.
Apabila Trump menjadi presiden AS buat kali kedua pada Januari lalu, beliau sambung cerita Greenland. Kali ini mengumumkan hasrat memiliki (bukan lagi beli) Greenland, dan tidak menolak kemungkinan menggunakan kekerasan.
Rakyat Greenland membantah. Kata mereka Greenland milik Greenlanders, bukan Americans. Denmark bertekad akan mempertahankan Greenland. Bolehlah dikata Denmark menunjukkan jari tengah kepada Trump. Presiden AS diam, setakat ini.
Selain Greenland, Trump mengarahkan juga Teluk Mexico dinamakan Teluk Amerika. Mexico is pushing back. Siapa yang akan akur dengan arahan Trump? Google. Sekurang-kurangnya bila istilah itu digunakan di Amerika. Associated Press, agensi berita AS yang beribu pejabat di New York enggan. Ia kekal menggunakan nama asal — Gulf of Mexico.
Trump juga mengancam untuk mengambil semula Terusan Panama atau “something powerful will happen“, menurut laporan CNN.
Kanada, jiran AS, juga menaikkan nafsu Trump. Beliau mahu Kanada menjadi “the 51st state of America“. Kata Charlie Angus, seorang Ahli Parlimen Kanada, isunya Trump mendakwa Kanada negara yang ekonominya bergantung pada penjualan dadah (narco state). “The man’s a liar,” kata Angus.
Presiden AS juga mengenakan tarif tinggi ke atas barangan Kanada, Mexico dan China yang memasuki AS. Katanya, langkah itu tidak akan menyusahkan rakyat AS. Ya, yang susah rakyat tiga negara itu dan dunia diancam berlakunya perang dagangan.
Ketiga-tiga negara bertindak balas dengan mengenakan tarif ke atas barang AS yang dibawa masuk. Giliran rakyat AS terkesan. Sama susah semuanya.
Lalu Trump menghubungi presiden Mexico dan perdana menteri Kanada dan memutuskan penangguhan selama satu bulan tarif yang dikenakan ke atas kedua-dua negara itu. Malu tarik balik arahan tarif kerana tersalah langkah lalu terpaksa tangguh sebulan, begitukah?
Oh hampir lupa. Dalam beberapa perlawanan bola keranjang dan hoki ais antara pasukan terkemuka dari AS dengan kelab Kanada di Kanada, lagu kebangsaan AS disambut dengan boo oleh penonton Kanada.
Terbaharu Trump mengumumkan AS mahu ambil alih Semenanjung Gaza. Mahu menjadikannya ‘Riviera Timur Tengah’. Tak ingin saya menghurai rancangannya, cuma ingin membawa perhatian terhadap dakwaan “semua orang yang membincangkan isu Gaza menyukai AS memiliki tanah itu, membangunkannya dan mencipta ribuan pekerjaan dengan sesuatu yang akan jadi luar biasa.” Trump memang gemar menggunakan istiah ‘something great‘.
Tidak pula Trump beritahu siapakah ‘semua orang’ yang menyukai AS memiliki Gaza. Anak-anak sekolah rendah pun tahu yang akan mendapat untung ialah Israel, malah langkah itu memperkukuhkan penaklukan Israel ke atas bumi Palestin. Tidak perlu tengok Benjamin Netanyahu berada di sisi Trump semasa ‘Riviera Timur Tengah’ diumumkan. Bagi saya as clear as day light siapa yang tersenyum lebar.
Rancangan Trump sudah pun dikecam pelbagai pihak. Ada yang menyifatkan rancangan itu ‘gila’. Hamas membidas dan secara tegas menolak kenyataan Trump. Adakah Trump tidak menjangka reaksi seperti itu? Tentu beliau tahu tetapi Trump tetap mengumumkan kepada seluruh dunia.
Adakah untuk mengumpan rakyat Palestin dengan ‘hidup senang’ sekali gus mereka membenci Hamas? Rasanya beliau tidak sebodoh itu untuk melayan khayalan sedemikian.
Pasti Trump tahu rancangannya akan mencetus bantahan dan kemarahan rakyat Palestin, begitu juga masyarakat antarabangsa yang waras apatah lagi negara Islam khususnya negara-negara Arab. Mungkinkah Trump melakukan provokasi supaya rakyat Palestin serta golongan anti Israel bertindak, sebagai alasan untuk menjustifikasikan pertolongan lebih ketara dan lebih direct kepada Israel? Lebih terang daripada bantuan yang diberikan kepada Israel selama ini.
Baru-baru ini kita tahu satu nahas udara berlaku membabitkan sebuah pesawat penerbangan komersial dengan helikopter tentera di Lapangan Terbang Ronald Reagan Washington. Enam puluh tujuh orang terbunuh.
Trump dengan pantas tanpa mengemukakan bukti menyalahkan dasar kepelbagaian Parti Democrat iaitu DEI (diversity, equity and inclusion). Bagi Michael Smerconish daripada CNN, itu taktik Trump mengalih pandangan daripada kontroversi calon Kabinet pilihannya yang dibangkit pada sesi Senat AS.
Apabila Smerconish melakukan poll menerusi rancangannya, sebahagian besar rakyat AS yang menonton bersetuju Trump “used DEI to distract from senate hearings“. Golongan yang Trump pilih untuk duduk dalam Kabinetnya terdiri daripada beberapa watak yang diragui dan dicurigai ramai.
Berdasarkan pendapat Smerconish dan poll yang dijalankannya, saya simpulkan Trump suka melakukan ‘ini’ untuk melakukan ‘itu’, dan ‘ini’ dan ‘itu’ kedua-duanya tidak bagus.
Berlindung di sebalik mantra ‘Make America Great Again‘, jelas ramai rakyat AS termakan semasa pemilihan presiden diadakan November lalu. Tidaklah saya tahu sama ada mereka masih percaya Trump akan buat AS hebat semula. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/nak-milik-gaza-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaza Milik Amerika Tebing Barat Pun Tak Lama Lagi

Gaza Milik Amerika Tebing Barat Pun Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 90 hits
Mat SabuAmerika Syarikat patut diberi Gaza Kenapa Sebab mereka dah banyak berbelanja untuk mengusir penduduk Gaza Bukan murah nak lancarkan serangan bekalkan senjata buat propaganda sana sini Itu semua perlukan duit Dan duit mereka yang kel...
Masa Din Jadi Pm Ni Saja Bantuan Untuk Pesawah Tak Da Pulak Nak Demo Bagai

Masa Din Jadi Pm Ni Saja Bantuan Untuk Pesawah Tak Da Pulak Nak Demo Bagai

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 110 hits
Masa jadi PM dulu bantuan sangat kurang dan harga padi lebih murah Tapi Tapi bila PMX dia berdemo pula Kenapa Sebab Yang menghasut tu cuba nak jadi Padahal masa dia memerintah dahulu jauh lebih susah hidup bukan setakat pesawah malah Yang s...
Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 190 hits
US President Donald Trump proposed the cancellation of the Gaza ceasefire between Israel and Hamas if all the hostages in the Strip are not released by Saturday Anadolu Ajansi reported As far as I m concerned if all of the hostages aren t r...
Israel Perlu Bayar Pampasan Usd100 Bilion Kepada Gaza Kata Erdogan

Israel Perlu Bayar Pampasan Usd100 Bilion Kepada Gaza Kata Erdogan

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 91 hits
Kemusnahan di Jabaliya Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan darat rejim Zionis PETALING JAYA Israel perlu membayar pampasan atas kerosakan dan kemusnahan kesan perang lebih 15 bulan di Gaza dianggarkan berjumlah USD100 bilion kata Pre...
Trump Warga Palestin Tidak Berhak Kembali Ke Gaza Di Bawah Rancangan As

Trump Warga Palestin Tidak Berhak Kembali Ke Gaza Di Bawah Rancangan As

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 144 hits
AFPWashington Rakyat Palestin tidak akan mempunyai hak kembali ke Gaza di bawah rancangan pengambilalihan wilayah itu oleh Amerika Syarikat menurut Presiden Donald Trump yang menggambarkan cadangannya itu sebagai pembangunan hartanah masa d...
Gaza Aid Should Be Presented To Parliament

Gaza Aid Should Be Presented To Parliament

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 106 hits
THE Association for Welfare Community and Dialogue welcomes Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s initiative to build a school hospital and mosque in Gaza which has been destroyed by Israel s genocidal war since October 2023 Anwar s sta...
Pro Palestine Group To Protest Trump S Plans For Gaza

Pro Palestine Group To Protest Trump S Plans For Gaza

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 118 hits
Former PKR MP Tian Chua who is the spokesman for Sekretariat Solidariti Palestin said US president Donald Trump s proposal for the forced displacement of the entire Gaza population constitutes a clear act of genocide PETALING JAYA Civil soc...
Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

Pmx Dan Sheikh Qatar Isu Gaza

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 82 hits
Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani Menerusi perbualan telefon ini kami berbincang mengenai situasi...
Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders

Fuel Price Update Ron97 At Rm3 28 Diesel In Peninsula Drops 7 Sen To Rm3 06 Per Litre