Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang


Anak adalah aset paling bernilai kepada kedua ibu bapa. Tapi sejauh manakah tanggungjawab kita terhadap anak itu. Adakah kita sudah cukup berikan yang terbaik?
Tiga kriteria ini antara kunci penting dalam mendidik si anak di zaman milenium.
Sikap Terhadap Anak
Jauhkan pemikiran menganggap anak sebagai beban. Anggap anak itu sebagai anugerah atau hadiah yang akan bersama kita susah dan senang di masa hadapan. Hargai kehadiran mereka.
Komunikasi Dengan Anak
Pastikan kita tahu dan sedar bagaimana komunikasi dengan anak sejak mereka kecil. Jika salah caranya, kesan buruk boleh berlaku antaranya anak menjadi degil dan tiada sikap hormat hingga ke besar.
Galakkan Anak Meneroka Ilmu
Beri anak ruang untuk mereka meneroka apa di sekeliling mereka. Usia mereka yang masih mentah, pemikiran yang aktif dan sangat ingin tahu akan membina tumbesaran mereka di samping membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.

Tapi awas, kita haruslah mengawal dan sering berada bersama mereka. Untuk memastikan kita tidak terlepas mendidik mereka apa yang baik dan tidak baik.
KESEDARAN IBU BAPA
Kadang-kadang kita dah rasa buat yang terbaik untuk anak tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang kita lupa dan leka untuk masa hadapan mereka.
Contohnya aspek pendidikan anak. Dari awal kita dah impikan untuk hantar anak belajar di sekolah dan universiti yang terbaik. Niat itu dah bagus tetapi adakah kita terfikir apa akan jadi jika pinjaman pendidikan di negara kita sudah tidak ditawarkan lagi?
Justeru ibu bapa kena sedar, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umpama ‘nyawa’ anak-anak kita untuk meneruskan pendidikan mereka. Konsepnya sama macam kita sebelum ini yang turut menggunakan pinjaman ini untuk membiayai yuran pengajian semasa di institusi pendidikan tinggi.
Mungkin sekarang kita tak ambil kisah sebab dah habis belajar. Tapi dana pinjaman ini akan berkurangan jika kita terus ambil sikap acuh tak acuh. Jadi sokongan anda diperlukan membantu PTPTN bina masa hadapan lebih baik untuk generasi akan datang.
Pendidikan generasi baharu ini bergantung pada apa yang kita lakukan sekarang. Jika kita faham konsepnya, tiada masalah untuk anak-anak mendapat manfaat pinjaman pendidikan kelak.
Sebagai alternatif untuk mendapat pandangan orang ramai PTPTN menyediakan ruang Konsultasi Rakyat untuk anda mencadangkan kelangsungan PTPTN sebagai institusi pinjaman terbaik di Malaysia.
Apa itu Konsultasi Rakyat?
Konsultasi Rakyat menunjukkan keterbukaan PTPTN dan mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai apa sahaja idea atau cadangan orang ramai bagi memastikan kelestarian pembiayaan untuk generasi akan datang dan mewujudkan skim baharu pembayaran balik mengikut kemampuan pelajar menerusi portal rasmi PTPTN.
Ia membuka peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan sama ada cadangan atau idea baharu dan menggalakkan satu komunikasi bermaklumat tepat kepada seluruh rakyat.
Memandangkan sebelum ini ramai yang suka memberi pandangan terbuka di media sosial, input itu tidak dapat disampaikan dengan jelas. Inilah masanya kita sebagai ibu bapa suarakan bagi pihak anak-anak kita di medium yang betul.
PTPTN telah memberikan pinjaman kepada pelajar dari semua latar belakang untuk membiayai pengajian di peringkat lebih tinggi. Bagaimanapun yang menjadi kekangan hari ini, lebih separuh tidak membayar balik pinjaman tersebut seperti dalam perjanjian hingga menyukarkan usaha PTPTN untuk membantu peminjam baharu.
Sebagai tanda sokongan anda untuk kelangsungan generasi pendidikan anak, PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda di pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/
PTPTN Menanggung Hutang RM40 Bilion Yang Dijamin Oleh Kerajaan
Sebagai pemberi pinjaman dengan prestasi kutipan bayaran balik yang rendah, adalah mustahil untuk PTPTN terus mendapat pinjaman. Bebanan hutang kini berjumlah RM40 bilion (tidak termasuk faedah).
Situasi ini akan semakin teruk jika langkah awal tidak diambil. Dijangkakan tanggungan hutang akan meningkat RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Bayaran Balik Yang Rendah Akan Memberi Impak Pada Peminjam Akan Datang
Pada tahun 2014, PTPTN mengalami krisis kekurangan dana untuk membiayai pinjaman pendidikan. Akibatnya, 50,000 permohonan pinjaman baharu pada tahun tersebut hampir ditolak oleh PTPTN. Untuk mengelakkan situasi ini terjadi, PTPTN terpaksa memotong amaun pembiayaan sebanyak 5% kepada peminjam IPTA dan 15% bagi peminjam IPTS.
Setiap Kekurangan RM70 Juta Akan Menyebabkan 10,000 Orang Pemohon Baharu Tidak Mendapat Pinjaman
Ini bermakna setiap RM7,000 yang tidak dibayar akan menyebabkan seorang pemohon baharu dinafikan hak mendapat pinjaman. Contohnya, seorang peminjam dengan pinjaman RM21,000 tidak membayar balik, akan menyebabkan tiga orang pemohon baharu tidak mendapat pinjaman.
Jika tiada perubahan drastik dilakukan, akan wujud risiko yang tinggi sehingga menyebabkan pembiayaan pendidikan tidak dapat diteruskan dan akan diambil alih oleh pihak swasta serta tidak lagi menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam akan membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi.
Oleh itu, sebagai ibu bapa jika anda sayangkan anak dan generasi masa depan inilah masanya kita jalankan tanggungjawab. Komen positif anda mungkin akan menyelamatkan serta membantu anak-anak mendapat masa hadapan pendidikan yang baik.
PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda. Ayuh kita ke pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ Lakukan ini untuk masa depan anak-anak anda serta generasi akan datang.
The post Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!   appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-masa-hadapan-pendidikan-anak-terjamin-persiapan-haruslah-bermula-dari-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 628 hits
Selalu bila nak didik anak berpuasa mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan lahan Jangan paksa Perkongsian lima tip oleh Dr Taufiq Razif...
Nak Anak Cerdik Pastikan Tidur Cukup Barulah Segar Terokai Ilmu Baru

Nak Anak Cerdik Pastikan Tidur Cukup Barulah Segar Terokai Ilmu Baru

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 426 hits
Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh Bayi dan kanak kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal tidur amat mustahak...
Mommy Nak Bela Anak Kambing

Mommy Nak Bela Anak Kambing

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 337 hits
Ridiculous Itulah perkataan yang terlintas di benak fikiran Tedi apabila Mommy kata nak bela anak kambing Tidakkah Mommy tahu bahawa kambing adalah di antara haiwan yang sukar untuk dikawal kerana kedegilannya Hanya mereka yang sabar sahaja...
Dia Keluar Kereta Kata Natey Mu Nak Gapo Buat Orang Ramai Geram Anak Dakwa Pemandu Camry Hampir Langgar Ibunya

Dia Keluar Kereta Kata Natey Mu Nak Gapo Buat Orang Ramai Geram Anak Dakwa Pemandu Camry Hampir Langgar Ibunya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 401 hits
Baru baru ini viral di media sosial sekumpulan peniaga dan pengunjung bazar di Kota Bharu merosakkan kereta seorang wanita yang melalui laluan di bazar tersebut Menurut pemandu itu dia meminta peniaga di situ mengalihkan barang dan khemah n...
Raya Tahun Ni Abbi Tak Mampu Nak Beli Apa Apa Untuk Korang Luahan Pelakon Reza Hasbi Buat Anak Anak

Raya Tahun Ni Abbi Tak Mampu Nak Beli Apa Apa Untuk Korang Luahan Pelakon Reza Hasbi Buat Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 900 hits
Minta Maaf Raya Tahun Ni Abbi Tak Mampu Nak Beli Apa Apa Untuk Korang Luahan Pelakon Reza Hasbi Buat Anak Anak Awal semalam pelakon Reza Hasbi ada memuat naik keluhannya menerusi Insta Stories apabila memaklumkan ada bayaran yang belum dilu...
Sebab Tak Nak Kena Cop Kedekut Anak Anak Muntah Darah Selepas Majlis Akikah Tetamu Ada Yang Merokok

Sebab Tak Nak Kena Cop Kedekut Anak Anak Muntah Darah Selepas Majlis Akikah Tetamu Ada Yang Merokok

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 437 hits
Bayi mempunyai antibodi yang sangat lemah dan mudah terkena penyakit berjangkit bawaan orang dewasa Sebab itulah ibu bapa tidak disarankan membawa anak kecil ke tempat yang sesak dan terbuka kerana risau penyakit mudah menjangkiti anak anda...
Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 892 hits
Masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak anaknya Menurut Faezah 36 dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak anak dan tidak kisah jika ada...
Senangnya Nak Register I Akaun Epf Online Sekarang

Senangnya Nak Register I Akaun Epf Online Sekarang

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 774 hits
Aku sebenarnya dah lama nak register i akaun epf online ni Tapi disebabkan perangai diri yg suka melengahkan masa sampai kesudah tak buat buat So semalam aku ingat nak print statement epf je kat cimb Sekali cimb punya machine epf tu diorang...
Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan

Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 617 hits
Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan Jangan sampai guna duit raya anak untuk kepentingan sendiri ya mak ayah kena beringat Perkara ini perlu dipanjangkan sebab memang banyak kes mak ayah terguna duit raya anak bila sud...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization