Nak Juga Cerita Aktiviti Cuti Sekolah Kami


 Nak Juga Cerita Aktiviti Cuti Sekolah Kami.  Selagi ada anak yang masih bersekolah, selagi itulah kami meraikan kedatangan cuti sekolah.  Kali ini cuti tak berjalan jauh sebab tak nak terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Jalan jem merata sekarang ni tak kira di lebuhraya atau jalan lama. So, kami pilih bercuti di rumah tapi selitkan juga aktiviti untuk anak-anak. Selagi boleh elak dengan jem, kami cuba elak.  Jom baca cerita cuti sekolah kami yang paling sempoi !
Cuti Sekolah Tak Ke Mana Ke?Soalan favorite tak kira di rumah ataupun di kalangan kawan-kawan.  Oleh kerana Amira  tahun ini akan menghadapi exam SPM, so lambatlah sikit balik bercuti daripada sekolah, ada kelas tambahan sehingga hari Ahad. Kami okay sahaja, dah belajar online di rumah lama sangat jadi bila cikgu nak buat kem study, memang sangat dialu-alukan tanpa bantahan. Banyak yang anak-anak nak kena catch-up memahamkan subjek Form 4. 
Gunung Jerai dari kejauhan.  Suka sungguh tengok pemandangan macam ni
Aktiviti pertama, jalan-jalan ke Yan, Kedah. Dah lama tak tengok Gunung Jerai.  Selain itu, suka tengok orang berjualan ikan segar di Pasar Basah Yan.  Dapatlah juga beli ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan, yang penting segar. Dah beli ikan, terus singgah ke food court nya makan pula pasembur dan juga apam balik.  Selepas solat asar, singgah pula di pasar malam Guar Chempedak. Rupanya dah bertukar lokasi. Mungkin juga dah lama, kami pun dah hampir lebih dua tahun tidak ke sini.  Lokasi baru ni agak ke dalam sikit, pada akak nampak kurang meriah berbanding sebelum ini di tepi jalan besar.  Walaupun begitu, tetap ada pelbagai jenis jualan makanan seperti sup, pelbagai jenis nasi, moi, burger, sate, buah-buahan dan macam-macam lagi..dan antara yang meriah bila lambakan buah durian dijual di tepi jalan. Musim durian sudah mula!
Apam balik garing, saiz kecil. Tak pernah tak beli kalau singgah kat sini tapi kat tempat lain pun ada juga
Buat masa ini tak boleh bawa kenderaan sendiri ke puncak Gunung Jerai. Kami singgah sebentar di kawasan parking pun jadilah, sempat juga tunaikan solat Maghrib.
Dapat bergambar kat sini pun cukuplah.  Bila post dalam group family, anak-anak ingat kami pergi bercuti
Aktiviti melayan perut jangan dilupakan. Since anak dah ada rumah tentulah sekali sekala kita jamu menu berbeza.  Untung dapat en suami pandai memasak, kebanyakan menu hasil tangan en suami.  Apa nak buat, sekarang ni akak dah mula masuk ofis semula, sebahagian urusan rumah kena serah pada en suami. 
Antar menu istimewa - nasi ayam penyet. Resipi boleh tengok kat sini --- Resipi best
Kesiankan si anak tak ke mana, ibu pun ambil cuti segera 1 hari di pertengahan minggu, harap-harap jalanraya tidak terlalu sesak.  Fikir punya fikir ke mana haluan, akhirnya kami memilih jalan hala ke selatan, tak jauh pun, singgah di Taiping sahaja, menyusuri laluan tanpa tol.  Oleh kerana sekarang ni musim durian, kami ikut laluan Batu Kurau, antara port durian terkenal di utara.  Kawasan ini tak banyak durian yang luruh lagi tapi sedikit masa lagi memang tak cukup tanganlah tuanpunya dusun durian.  Seronok tengok buah-buah durian bergantungan di atas pokok.  
Bergambar dulu. Tempat ni nampak menarik. Nak kena repeat sambil berkelah pula
Kalau korang datang ke Batu Kurau, jangan lupa singgah Lata Sempeneh, boleh berkelah sambil menjamu selera.  Di sini juga ada beberapa chalet yang korang boleh sewa sekiranya bercadang untuk bermalam.  Akak singgah sebentar sahaja sebab area Sempeneh ini juga ramai orang berjualan durian.  Kalau nak rasa kena singgah ! Mungkin pertengahan minggu, walaupun cuti sekolah, orang tak berapa ramai tapi kami tak bercadang untuk berhenti lama, sekadar melawat kawasan, lain kali boleh plan lain.
Kayuh Basikal Di Tasik TaipingMeneruskan perjalanan ke Taiping. Asalnya nak singgah di Burmese Pool, Taiping tapi tak kesampaian sebab hujan.  Hampa jugaklah adik Wan, kena tukar plan.  Singgah dulu tunaikan solat seterusnya barulah bergerak ke kawasan Tasik Taiping.  Kali kedua kami sampai selepas PKP.  Kali ini bagi peluang pada dik Wan berbasikal. Banyak basikal yang korang boleh sewa kat sini, samada nak kayuh sendirian atau pun berteman. Sewa ikut masa, tapi taklah mahal sangat,antara RM10 ke RM30 ringgit untuk setengah jam, bergantung jenis basikal yang korang sewa. Kalau anak-anak, lebih baik berteman, lebih seronok.  Berkayuhlah si adik dan ayah.
Taiping memang popular dengan pokok-pokok saiz besar ni. Kawasan laluan kenderaan juga dah diubah untuk pastikan area pokok-pokok besar di sini lebih selesa untuk dijadikan kawasan riadah

Puashati dapat berkayuh. 
Tengah-tengah berkayuh, hujan gerimis pula. Kami bergerak dulu ke kereta biarkan adik dan ayah teruskan kayuhan. Alang-alang dah sewa, lagipun hujan gerimis sahaja.
Selesai berkayuh, hajatnya nak singgah makan kuey teow Doli yang popular di Taiping ni tapi tak kesampaian juga, kedai tutup. Hmmm....cari port lain berhampiran. Daripada citarasa biasa terus tukar ke western pula...layankan je la !
Sementara menungguh makanan yang lain, makan yang ni dulu. Belanja anak-anak yang ada di rumah sebelum balik asrama

Taiping waktu malam.  Tak pernah jemu untuk singgah di sini. Suasananya yang tenang jauh daripada hiruk pikuk di bandar memang sesuai dengan jiwa kami
Korang boleh juga singgah makan yong tau foo di belakang Balai Bomba Taiping, tapi kami tak terasa nak makan yong tau foo pula hari tu. Selain itu, kalau korang berada awal di Pekan Taiping, boleh juga singgah di food court Larut Matang. Kat sini ada macam-macam jenis makanan tapi yang paling kami suka ialah popia basah. Makan satu memang tak cukup. 
Selesai isi perut, hari pun dah malam, gerak balik teruslah. Ada beberapa hari lagi sebelum sekolah buka, kami sampai juga ke Lata Sedim, Kulim. Plan tiba-tiba sahaja sebab nak menyampaikan hajat adik Wan mandi sungai.  Di Sedim ni kena berhati-hati memilih tempat, oleh kerana hari sebelum tu hujan, jadi arus agak deras juga di sini.  Cari-cari port dapatlah tersorok sikit .  Sempatlah adik Wan mandi sekejap. Di Sedim ni korang boleh berjalan di Tree Top Walk Sg Sedim.  Kalau rasa nak bermalam, ada juga beberapa tempat penginapan private yang korang boleh sewa.  Biasanya penginapan ini ada laluan sungai sendiri yang lebih sesuai untuk korang mandi manda dengan anak-anak.
Air sungai Sedim, arusnya agak deras. Memang taklah akak nak turun ke air, tengok dari jauh ajer
Selesa sudah cuti sekolah, masing-masing dah balik asrama dan dah mula sibuk dengan kerja-kerja sekolah masing-masing. Tunggu cuti-cuti lain kali, kita buat plan segera lagi !






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/06/nak-juga-cerita-aktiviti-cuti-sekolah-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terapi Cara Kerja Kongsi Jenis Aktiviti Sesuai Untuk Anak 2 7 Tahun Kalau Nak Pandai Baca Tulis Kira Kira

Terapi Cara Kerja Kongsi Jenis Aktiviti Sesuai Untuk Anak 2 7 Tahun Kalau Nak Pandai Baca Tulis Kira Kira

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 208 hits
Ramai orang ingat nak anak pandai kena banyak banyak buat latihan Anak lambat pandai membaca latih membaca sahaja Anak lambat pandai mengira latih mengira sahaja Tak ramai yang tahu skill membaca menulis atau mengira memerlukan skil kogniti...
Kita Yang Pandang Belakang Anak Okay Je Siti Nurhaliza Kongsi Cerita First Day Aafiyah Sekolah

Kita Yang Pandang Belakang Anak Okay Je Siti Nurhaliza Kongsi Cerita First Day Aafiyah Sekolah

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 208 hits
Baru baru ini Dato Sri Siti Nurhaliza ada berkongsi yang anak sulungnya sudah mula bersekolah Melalui posting di laman Instagramnya dia turut memuat naik foto bersama suami dan Siti Aafiyah yang lengkap memakai uniform sekolah Teruja untuk ...
Betul Ke Acik Nak Bagi Kasut Sekolah Menitis Air Mata Seorang Ibu Deep Perkongsian Ibu Ni

Betul Ke Acik Nak Bagi Kasut Sekolah Menitis Air Mata Seorang Ibu Deep Perkongsian Ibu Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 170 hits
Melihat anak kecil lain yang susah dengan baju sekolah yang lusuh kasut terkoyak hati sesiapa pun pasti terasa sayu Pengguna facebook Tie Ruzilawati turut berdepan rasa kesayuan yang sama bila mana berdepan situasi penuh rasa simpati buat s...
Jangan Buat Tak Endah Bila Anak Nak Berkongsi Cerita Beri Anak Peluang Luahkan

Jangan Buat Tak Endah Bila Anak Nak Berkongsi Cerita Beri Anak Peluang Luahkan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 148 hits
Mak ayah jangan sekali kali buat tak endah bila anak hendak mengadu atau bercerita setiap hari Berilah anak peluang untuk berkongsi kisahnya Elakkan buat beberapa perkara remeh yang boleh mengguris hati anak Malah menurut perkongsian bebera...
Cerita Asmara Abigail Pernah Di Bully Guru Di Sekolah Hingga Alami Trauma

Cerita Asmara Abigail Pernah Di Bully Guru Di Sekolah Hingga Alami Trauma

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 141 hits
Asmara mengakui jika dirinya lebih sering di bully oleh sang guru daripada teman temannya
Ibu Nak Nangis Tapi Tahan Je Aafiyah Dah Sekolah Siti Nurhaliza Sayu Hati

Ibu Nak Nangis Tapi Tahan Je Aafiyah Dah Sekolah Siti Nurhaliza Sayu Hati

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 159 hits
Ibu mana yang tidak sayu hati melepaskan anak kecilnya yang sebelum ini sentiasa di bawah jagaan kini melangkah ke alam persekolahan Penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza turut merasai kesayuan yang sama bila mana melepaskan anak ...
Hiburan Senang Je Cari Duit Pelajar Berkeras Nak Berhenti Sekolah Terlalu Ketagih Main Game Amp Internet

Hiburan Senang Je Cari Duit Pelajar Berkeras Nak Berhenti Sekolah Terlalu Ketagih Main Game Amp Internet

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 156 hits
Akibat ketagih kepada penggunaan internet kanak kanak yang dikenali sebagai Yang 12 nekad untuk tidak pergi ke sekolah Memetik laporan Harian Metro kejadian yang berlaku di Beijing itu mengisahkan tentang Yang yang malas untuk pergi ke seko...
Kes Hfmd Johor Menurun Pada Minggu Cuti Sekolah Kata Exco

Kes Hfmd Johor Menurun Pada Minggu Cuti Sekolah Kata Exco

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 150 hits
Kes HFMD Johor menurun pada minggu cuti sekolah kata exco Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jun 2022 11 20PM
Tapak Kasut Nak Tercabut Wanita Kongsi Kisah Sedih Terserempak Budak Sekolah Bikin Netizen Sebak

Tapak Kasut Nak Tercabut Wanita Kongsi Kisah Sedih Terserempak Budak Sekolah Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 267 hits
Tular di laman Facebook satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Tie Ruzilawati yang berkongsi kisah sedih apabila terserempak dengan seorang kanak kanak di pondok sekolah Menerusi hantaran tersebut wanita yang sedang menunggu a...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik