Nak Hilang Bau Busuk Dalam Peti Sejuk Guna Bahan Ini Je Mudah Berkesan
Pernah tak anda berhadapan dengan bau peti sejuk yang tidak menyenangkan. Buka saja pintu peti sejuk, macam-macam bau menusuk hidung. Biasanya bau busuk ini terjadi atas beberapa faktor.
Bagi anda yang ingin memastikan peti sejuk tidak berbau, perlu rajin untuk melihat makanan dan minuman apa yang disimpan. Bukan terus masukkan ke dalam peti sehingga tak tahu mana yang dah expired atau masih elok. Jika yang dah rosak eloklah dibuang terus.
Kadang walaupun makanan itu tak rosak, ada juga sesetengah makanan yang sememangnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak pastikan bau busuk itu tak melekat dalam peti sejuk.
Mesti ramai yang mengalami masalah ini kan? Ia antara perkara biasa tambah lagi dalam peti sejuk pelbagai jenis makanan disimpan. Walaupun dibersihkan secara berkala pun, bau itu tetap ada.
Jangan risau, sebenarnya ada banyak cara menghilangkan bau peti sejuk ini. Ada macam-macam petua yang dikongsikan dengan menggunakan bahan semulajadi. Tapi kali ini caranya dengan meletakkan tisu gulung saja dan semuanya dapat diselesaikan.
Macam tak percaya kan? Menurut Jason, tisu dipercayai boleh menyerap bau busuk dalam peti sejuk. Bagaimanapun, perlu diingatkan juga, kebersihan tetap perlu dijaga. Walaupun buat pelbagai tip pun, jika tiada pengurusan betul, tetap akan berbau juga.
Nak tahu lanjut, tonton video di bawah ini:
@jason_jezi Peti sejuk tak busuk lagi😘 betul2, share kpd kawan2 #TikTokGuru #learnontiktok #jezismart #tips #jombelajar #viral ♬ original sound – Forgotten_supermodel
Kredit: TikTok @jason_jezi
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Nak Hilang Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna Bahan Ini Je. Mudah & Berkesan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nak-hilang-bau-busuk-dalam-peti-sejuk-guna-bahan-ini-je-mudah-berkesan/