Nak Hamil Ibu Kena Ready Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Kalau Nak Jarakkan Rancanglah


Untuk hamil, sebaik-baiknya ibu-ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Sekiranya baru bersalin, pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi. Dr Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga untuk menjarakkan kehamilan dan jenis-jenisnya.
Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. Sekiranya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menggugat proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi info mengenai kaedah merancang keluarga yang boleh digunakan untuk menjarakkan kehamilan.
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.

SEBAB PERANCANG KELUARGA PERLU Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk hamil lagi, bukannya hamil secara ‘tidak sengaja’
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan positif hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Setiap keluarga berhak mempunyai bilangan anak yang mereka idamkan, tetapi jarak diantara satu anak dengan anak yang lain boleh dirancang dengan menggunakan kaedah-kaedah perancang keluarga
JENIS KAEDAH PERANCANG KELUARGA Berikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
Kondom untuk lelaki atau wanita; Pil mini; Suntikan; Implan; Alat intrauterine (IUD) #1 KONDOM Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj sebelum melakukan hubungan kelamin. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu selesa berbanding kondom untuk lelaki. Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.
Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering selepas bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jel pelincir. Jeli ini haruslah larut air (water-based) supaya ia tidak membocorkan kondom.
#2 PIL MINI (MINI PILL) Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.
Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia mengandungi hormon progesterone sintetik . Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir. Mungkin tidak sesuai untuk wanita yang pelupa dan seumpama denganya.
Gambar hiasan. #3 SUNTIKAN Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu Norethisterone – yang berkesan selama 8 minggu Jika anda aktif menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan dirembeskan ke dalam susu ibu. Walaubagaimanapun kuantiti yang sedikit ini tidak akan membahayakan bayi anda.
Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga 6 minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.
Kaedah suntikan semakin popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah untuk didapati. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Hal yang demikian kerana kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali sediakala.
Gambar hiasan. #4 IMPLAN Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4 cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan.
Tiub ini mengandungi hormone progestogen. Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda, dan selamat untuk bayi
Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.
#5 ALAT DALAM RAHIM Alat dalam Rahim (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan.
Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasukkannya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 %

Jangan Terlalu AWAL Jangan Terlalu LEWAT Jangan Terlalu RAPAT PESANAN DOKTOR  Setiap Anak…..
Yang dianugerahkan oleh Allah adalah anak yang diingini dan ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapanya
Setiap Anak….
Berhak menikmati kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia
Setiap Anak….
Adalah anak yang dikehendaki dan disayangi
Setiap Kehamilan…
Adalah kehamilan yang dirancang, bukannya kehamilan secara ‘accident’
Sumber: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
Artikel berkaitan: [Hamil Lagi 6 Bulan Lepas Caeser, Ibu Mesti Rujuk Pakar. Risiko Rahim Terkoyak Amat Tinggi] [Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan] [Merancang Keluarga Perlu Kalau Memudaratkan Isteri, Para Suami Perlu Faham! Ikuti Pengalaman Doktor Ini]
The post Nak Hamil Ibu Kena Ready, Bukan Termengandung Tanpa Sengaja! Kalau Nak Jarakkan, Rancanglah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-hamil-ibu-kena-ready-bukan-termengandung-tanpa-sengaja-kalau-nak-jarakkan-rancanglah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 864 hits
Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh di sangkal lagi oleh mana mana kajian di dunia Tetapi kita semua akur ada banyak keadaan di mana ibu tak dapat nak menyusukan bayi setelah berusaha dan berikhtiar maka nak t...
Kalau Boleh Nak Rahsiakan Saya Hamil Tapi

Kalau Boleh Nak Rahsiakan Saya Hamil Tapi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 305 hits
Baru semalam Amar Baharin mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua Amyra Rosli tidak menyangka suaminya berbuat demikian kerana sebenarnya beliau ingin merahsiakan The post appeared first on
Makanan Kaya Serat Pada Ibu Hamil Bantu Kurangi Risiko Preeklampsia

Makanan Kaya Serat Pada Ibu Hamil Bantu Kurangi Risiko Preeklampsia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 179 hits
Sebuah penelitian terbaru yang dipublikasikan pada jurnal Nature Communications menyebut bahwa serat mampu membantu meningkatkan kondisi baik pada ibu dan anak Secara khusus hal ini terjadi ketika seorang ibu tengah hamil
Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini

Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 228 hits
Pejam celik pejam celik sekejap saja lagi due date bersalin anda bakal tiba Pastinya ramai ibu yang khususnya baru pertama kali hamil rasa teruja dengan keadaan ini Yalahkan bakal sambut anak pertama sudah tentu menggembirakan hati ibu dan ...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 436 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 414 hits
Anak asyik nak berdukung je 24 jam Nak buat kerja pun tak boleh Letak je terus nangis Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai luah Aini Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali le...
Ibu Saya Tak Pernah Tanya Bila Nak Kahwin

Ibu Saya Tak Pernah Tanya Bila Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 317 hits
Dikala sudah ramai selebriti mendirikan rumah tangga Mira Filzah pula lebih selesa bergelar solo Malah kata Mira ibunya juga menggalakkan beliau untuk The post appeared first on
Sanggup Eh Hidup Macam Ni Nak Bela Anak Orang Ibu Pukul Lelaki Aniaya Anaknya Sehingga Terjerat Hutang Ah Long

Sanggup Eh Hidup Macam Ni Nak Bela Anak Orang Ibu Pukul Lelaki Aniaya Anaknya Sehingga Terjerat Hutang Ah Long

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 410 hits
The Reporter Sanggup eh hidup macam ni nak bela anak orang Kau memang sanggup demikian kata si ibu kepada lelaki yang didakwa mempergunakan anak perempuannya sehingga terjerat dengan hutang Ah Long Difahamkan Persatuan Pengguna Islam Malays...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Ayat Kursi Arab Latin Arti Keutamaan

Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta