Nak Buat Renovation Ubahsuai Rumah Pilih Kontraktor Yang Betul Untuk Realisasikan Rumah Idaman


 hai assalammualaikum Nak Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Pilih Kontraktor Yang Betul Untuk Realisasikan Rumah Idaman - Alhamdulillah, lepas kawin, nad tak perlu bersusah payah cari rumah, sebab rumah yang nad duduk sekarang ni, rumah peninggalan arwah mak mertua kepada suami. Rumah ni memang dah lama, bertahun juga dekat sini. Asal dalaman rumah ni, nad tak tau macam mana, tapi suami ada cakap, masa arwah mak mertua ada, rumah ni ada la juga di buat renovation, dekat bahagian ruang tamu dibesarkan, dapur, dan tingkat atas tambah bilik satu.   Yup, rumah ni dua tingkat, rumah teres. Lepas tu, tak pernah buat ubahsuai apa-apa dah. Nad yang dah duduk rumah ni dekat  7 tahun, memang boleh nampak, makin lama rumah ni makin teruk dan perlu direnovate, diubahsuai segera.  
Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Jadi Rumah Idaman Yang CantikSiapa yang taknak rumah cantik, nak rumah yang diidamkan. Setiap kali ada orang post berkenaan interior rumah, renovate rumah, ubahsuai jadi rumah idaman, nad pun teringin juga. Memang kitaorang suami isteri ada buat perancangan nak renovate rumah ni. Tengah kumpul duit perlahan-perlahan, nak ubahsuai satu persatu



Macam nad cakap, rumah ni dah lama sangat, banyak yang retak, macam dinding, tiles pecah, awning bumbung pun dah nak hancur, sikit lagi dia nak jatuh dah tu. Korang boleh tengok gambar tu semua..huhu



Bukan tu je, tangga pun tak serupa tangga yang indah..hahaa. Tak boleh nak berangan naik seperti naik di kayangan..kihkih.  
Paling sedih bilik air ni la. Takpe nad tunjuk luar je,..huhuhu. Paham-paham jela
 
Cantikkan bilik air ni, dah lama teringin nak ada bilik air siap ada pancuran semua ni. Takpe simpan dulu nanti dah sampai masa kita buat..ehhee.

Macam nad cakap, rumah ni pernah direnovate, tapi orang yang buat tu, tak buat dengan betul. Suami cakap, mungkin dia buat cincai je, mana taknya, banyak yang tercabut. Bahan pun macam kurang berkualiti je. Bahagian dapur pun banyak yang rosak. Memang sedih bila tengok rumah ni. Sebab tu sekarang, sikit-sikit kumpul duit, dah cukup terus buat renovate rumah ni
  Dapur idaman juga..hehee. Luas, terang, nak masak pun best je..hhehee.

Itu sebab kali ni, kitaorang kalau boleh nak renovate ubahsuai rumah dengan cari kontraktor yang betul. Nak ubahsuai rumah bukan je untuk cantik, tapi untuk pelaburan juga. Semua orang pasti inginkan rumah yang bukan sahaja sempurna dan cantik, tetapi mempunyai aura yang positif. Betul tak? Bukan boleh main semberono je, perlu ada perancangan satu persatu.   Sebab tu kena cari kontraktor yang betul-betul yang boleh buat kerja dengan sempurna, dan memuaskan hati. Yela, nak rumah cantik bak kayangan, perlukan modal yang besar, bukan ciput. Duit pulak bukan jatuh dari daun, kita cari susah-susah, kumpul duit, nak cantikkan rumah seperti yang diidamkan.  Jadi, taknak jadi masalah kemudian hari, lagi-lagi yang tak pernah berurusan dengan kontraktor, kena selidik dan kaji betul-betul kontraktor yang kita nak ambil tu sebelum ambil keputusan untuk menggunakan khidmat mereka.
 

Buat masa sekarang nad survey kontraktor yang direkomen oleh rakan-rakan yang telah menggunakan service mereka. Satu lagi kalau survey online nad akan tengok komen feedback dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka. Bila hasil kerja mereka memuaskan dari komen-komen mereka, tentu lebih selamat memilih kontraktor tersebut. 
Macam suami, dia memang berkawan dengan kontraktor, tapi lagi baik kita survey beberapa kontraktor yang lain, mana tau kita boleh dapat lagi murah dan jimat.


Lepas tu, mestila nad akan tengok apa kepakaran mereka. Pastikan kontraktor berpengalaman luas lebih 10 tahun dan telah membuat beberapa projek, pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, wiring, kabinet dapur, plaster ceiling, tiling dan macam-macam lagi. Senang tak perlu lain-lain orang nak kita panggil.



Paling penting mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar, ada SSM dan CIDB Registration No. Bila ada lesen ni,kerja mereka lebih sempurna, dan lebih profesional.
Nusara Bina PMC Bantu Realisasikan Rumah Idaman Anda
Survey punya survey, nampak kawan post berkenaan Kontaktor Nusara Bina PMC. Macam tertarik pulak tengok. Hasil kerja diaorang pun cantik dan kemas. Boleh bayangkan rumah idaman nad disiapkan Nusara Bina mesti cun punya..hehehe.


Ni nad dengar video salah seorang pelanggan mereka yang berpuas hati dengan hasil kerja Nusara Bina PMC. Paling nad suka bila dia cakap, takda penambahan kos untuk sesuatu masalah. Bagus kan, takdela, setiap kali ada masalah kena keluarkan duit lagi.


Ni antara sebab nad tertarik untuk menggunakan khidmat mereka. Tengokla, bukan sahaja berpengalaman luas, malah , Nusara Bina PMC mempunyai panel kilang sendiri, justeru kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan lebih cepat dan dapat design 100% mengikut kemahuan pelanggan. 


Bab barang yang digunakan pun kita kena amik tau, takut nanti barang murah tapi jangka masa panjang cepat hancur, cepat rosak. Kita taknak macam tu kan. Bahan yang bagus bahan yang berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, itula yang digunakan Nusara Bina PMC. Malah mereka memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 1 tahun setelah projek siap.



Nad suka kontraktor yang buat kerja dengan kemas dan berkualiti, takda main buat je asalkan siap. Paling bagus buat dari A sampai Z, dari pelan, dapatkan permit, renovate sampailah bersihkan rumah. Kita ni hanya bagitau macam mana kita nak, bincang dan pelan sampai puas hati, dah ok, terus jalan. Pastikan duit pun cukup bajet dengan apa yang kita nak.

Daku masih tak berkelip tengok Nusara Bina PMC punya kerja, tengokla, dekat gambar tu, fuh, siapa tak mau rumah sendiri bak kayangan. Ni la kita mau kan, duduk rumah dengan suasana yang cantik,kemas, lawa. Takyah keluar rumah pun takpa, PKP punya hal, boleh je duduk rumah..ehhee.




Kalau korang ada tanah sendiri, nak buat rumah atas tanah sendiri, idamkan rumah banglo ke, panggil je Nusara Bina ni, mereka mampu merealisasikan impian korang tu. Complete dari A smapai Z diaorang buat, tak perlu panggil orang lain buat tu, orang lain buat ni. Nak buat rumah ni seeloknya cari yang memudahkan kita bukan merumitkan kita. Nusara Bina ni dari bina rumah, ubahsuai dan interior design pun diaorang boleh buat.


Woww, ada juga Pakej Promosi Renovation. Ingat bab renovation ni takdela pakej macam ni. 

Nanti bincang dengan suami, pasal ni. Perbincangan suami isteri ni perlu, supaya takda la kucar kacir nanti kan. Mungkin dia pun akan tertarik dengan nusara Bina PMC ni.


Korang kalau ada perancangan nak ubahsuai, renovate rumah, atau nak buat rumah banglo, boleh je tengok sendiri hasil mereka diWebsite :  https://nusarabina.com/Facebook: https://www.facebook.com/nusara.bina.pmcInstagram: https://www.instagram.com/nusarabina/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/05/nak-buat-renovation-ubahsuai-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Yakin Nak Ambil Pembantu Rumah Izara Aishah Belum Bersedia Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

Hiburan Tak Yakin Nak Ambil Pembantu Rumah Izara Aishah Belum Bersedia Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 296 hits
Pelakon Izara Aishah tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon selepas melahirkan anak sulungnya Irisa Alaia pada April tahun lalu Ujar Izara dia masih menerima banyak tawaran berlakon pada ketika ini namun...
Hiburan Kenapa Lama Betul Pregnant Peminat Soal Ain Edruce Tak Sabar Nak Tengok Anak

Hiburan Kenapa Lama Betul Pregnant Peminat Soal Ain Edruce Tak Sabar Nak Tengok Anak

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 296 hits
Pelakon dan juga pengacara Ain Edruce telah menarik perhatian peminat apabila tampil sakan beraya meskipun kandungannya kini sudah pun mencecah 9 bulan Ain yang turut memuat naik foto OOTD lebaran kali ini kelihatan riang gembira menyambut ...
Hiburan Michael Ang Nak Bagi Rm500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri Galakan Duduk Di Rumah Cegah Covid 19

Hiburan Michael Ang Nak Bagi Rm500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri Galakan Duduk Di Rumah Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 336 hits
Pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang memberitahu bahawa dia sengan mencari 10 orang individu yang dapat membuktikan bahawa mereka boleh melakukan kuarantin kendiri bermula semalam sehingga 8 Jun nanti Kata Michael dia juga akan member...
Wan Sharmila 6 Tahun Tak Sambut Raya Lepas Ibu Pergi Pilih Bersendirian Di Rumah

Wan Sharmila 6 Tahun Tak Sambut Raya Lepas Ibu Pergi Pilih Bersendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 377 hits
Walaupun kita terpaksa berhari raya dirumah sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan namun mood berhari raya masih terasa Namun berbeza dengan pelakon cantik Wan Sharmila 40 apabila menyatakan sudah enam tahun tidak merayakannya bersa...
Pilih Curhat Masalah Rumah Tangga Ke Mertua Nagita Orang Tua Belum Tentu Bisa Maafin Pasangan Kita

Pilih Curhat Masalah Rumah Tangga Ke Mertua Nagita Orang Tua Belum Tentu Bisa Maafin Pasangan Kita

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 331 hits
Ada yang sependapat dengan Gigi ada pula yang merasa hal itu hanya berlaku bagi mereka yang memiliki mertua baik
Hiburan Nak Raya Rumah Kenalah Tip Top Dapatkan Segalanya Di Haier Barulah Raya

Hiburan Nak Raya Rumah Kenalah Tip Top Dapatkan Segalanya Di Haier Barulah Raya

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 319 hits
Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal yang dinanti Jadi macam mana persiapan raya korang Baju raya dah beli Rumah pun kena bersiap jugak kan Maklumlah raya kali ni pun kita akan banyak habiskan luangkan masa berkualiti ...
Solat Aidilfitri Di Pekarangan Rumah

Solat Aidilfitri Di Pekarangan Rumah

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS PANDANGAN dari udara penduduk menunaikan solat sunat Aidilfitri di depan rumah di Taman Medan Klebang Restu Chemor di Ipoh hari ini UTUAN ZULFACHRI ZULKIFLIIPOH Penduduk sembilan taman perumahan dalam kariah Masjid J...
Sambut Raya Apa Adanya Wany Hasrita Rai Kemenangan Ramadan Di Rumah Baru

Sambut Raya Apa Adanya Wany Hasrita Rai Kemenangan Ramadan Di Rumah Baru

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 266 hits
Penyanyi Wany Hasrita memaklumkan bahawa lebaran tahun ini hanya disambut secara sederhana bersama ibu tersayang Ujar Wany yang ditemui media ketika di majlis kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Mask Kuala Lumpur minggu lalu berka...
Hiburan Sambut Raya Apa Adanya Wany Hasrita Rai Kemenangan Ramadan Di Rumah Baru

Hiburan Sambut Raya Apa Adanya Wany Hasrita Rai Kemenangan Ramadan Di Rumah Baru

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 282 hits
Penyanyi Wany Hasrita memaklumkan bahawa lebaran tahun ini hanya disambut secara sederhana bersama ibu tersayang Ujar Wany yang ditemui media ketika di majlis kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Mask Kuala Lumpur minggu lalu berka...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation