Nak Buat Pemilihan Pun Takut


 
Ada gerakan ‘bayar’ akar umbi desak pemilihan sebelum PRU, kata Zahid


Nora Mahpar dan Anne Muhammad -March 18, 2022     
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu semua pihak dalam Umno bersatu hati untuk berdepan PRU15. (Gambar Bernama)Kuala Lumpur: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan yang “membayar” akar umbi supaya pemilihan parti diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, gerakan itu turut turun ke kawasan dan Perhimpunan Agung Umno (PAU), selain menghadiri perhimpunan agung sayap Pemuda dan Wanita.
“Dalam PRN Johor dan Melaka juga mereka turun jumpa G7 (tujuh perwakilan yang dipilih dalam mesyuarat bahagian) bayar. Saya tahu. Ini dunia tanpa sempadan, saya tahulah.
“Lupakan itu semua, yang penting kita bersatu hati untuk menghadapi PRU bersama-sama. Saya yakin mereka tiada sebarang motif, ini kawan-kawan saya, saya kenal. Sekilas ikan di air, saya kenal jantan betina,” kata Zahid dalam ucapan dasarnya sempena PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Semalam, Pemuda Umno mengusulkan kepada pucuk pimpinan tertinggi supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali PRU berlangsung.
Asyraf berkata, Pemuda tidak seharusnya terpengaruh dengan usaha memaksa pemilihan parti disegerakan.
Zahid turut berkata, sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas PRU.
“Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin,” tegasnya di hadapan 2,666 perwakilan dari seluruh negara
Zahid turut mengumumkan bahawa pemilihan parti akan diadakan 29 Dis ini berdasarkan tarikh akhir yang ditetapkan oleh parti dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Beliau berkata, dalam PAU, wajib bagi kepimpinan mendengar suara akar umbi termasuk meminta mandat baharu yang diperolehi melalui PRU15.
“Janganlah guruh berdentum namun tidak setitis pun hujan turun. Untuk itu kita mengharapkan untuk kembali kepada rakyat, serahkan kepada mereka, berilah mandat baharu kepada kita.
“Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang itu, jangan ditagih kasih itu selepas ia hilang, makin bertangguh makin melaratlah rakyat, makin padamlah parti kita, betul?” katanya disambut sorakan daripada perwakilan .
Dalam pada itu, Zahid turut menasihati semua pemimpin yang berhasrat bertanding supaya masuk ke gelanggang pemilihan secara “bersih” tanpa menggunakan politik wang untuk mendapatkan jawatan.
Beliau turut bersikap terbuka agar semua jawatan dalam parti dicabar secara adil.
“Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan Presiden… kalau Tok Mat (Timbalan Presiden Mohamad Hasan) berani, bertanding. Jawatan Timbalan Presiden, kalau berani.. lawanlah Tok Mat.
“Tiga jawatan Naib Presiden lawan! Kita tak takut … jangan gunakan duit, jangan. Budaya ini buruk,” katanya.
Di hadapan semua perwakilan, Zahid turut mengakui menerima laporan bahawa terdapat beberapa kumpulan yang sedang melobi untuk jawatan dalam parti.
“Bukan saya tak tahu. Sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, saya tahu. Jangan ingat Presiden tak tahu. Presiden pernah jadi Menteri Pertahanan tau, ada pasukan perisik di bawahnya, Presiden pun pernah jadi Menteri Dalam Negeri, ada SB (cawangan khas) di bawahnya.
“(Saya) tahu, siapa kartel managernya, siapa ‘chief manager’, siapa ‘financial’, saya tahu. Cukup … cukup, kita tunggu dulu. Penyatuan parti untuk PRU itu paling utama,” tegasnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/nak-buat-pemilihan-pun-takut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Bersalin Bukan Main Main Doktor Terangkan Fungsi Epidural Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna

Sakit Bersalin Bukan Main Main Doktor Terangkan Fungsi Epidural Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 154 hits
Sakit nak bersalin memang luar biasa Tak dapat digambarkan dengan kata kata Maka itu ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan menjadi pelega buat ibu yang bakal bersalin Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan ki...
Hiburan Doktor Pun Takut Nak Pegang Ibu Kongsi Tragedi Ngeri Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak

Hiburan Doktor Pun Takut Nak Pegang Ibu Kongsi Tragedi Ngeri Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 196 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video perkongsian daripada seorang pengguna dikenali sebagai Fina Arif yang berdepan detik detik cemas apabila anaknya terjatuh semasa sedang memberus gigi di dalam tandas Susulan kejadian berus gigi yang dig...
Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 211 hits
Sama ada PRU15 akan diadakan lebih awal atau dilangsungkan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen pada Jun 2023 segala galanya terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menentukannya Walau dilaporkan akan ada desakan berterusan t...
Bakal Beraya Berempat Elfira Takut Nak Melahirkan Kali Kedua Minta Tip Bersalin Dari Warganet

Bakal Beraya Berempat Elfira Takut Nak Melahirkan Kali Kedua Minta Tip Bersalin Dari Warganet

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 195 hits
Bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi pelakon Elfira Loy menyatakan rasa teruja namun dalam masa yang sama bimbang untuk bersalin kali kedua kerana pengalaman yang pertama tidak semudah yang disangka Berkongsi kegusaran tersebut melal...
Prn Johor Nasib Pakatan Harapan Mat Sabu Takut Nak Komen

Prn Johor Nasib Pakatan Harapan Mat Sabu Takut Nak Komen

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 199 hits
MUAR Pakatan Harapan tidak dapat menjangkakan keputusan bagi parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri Johor kerana disifatkan pilihan raya terpaksa Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata banyak pertembungan penjuru dan peratusan ...
Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video A1b Kak Long Kasihan Anaknya Nanti Nak Pergi Sekolah Malu

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video A1b Kak Long Kasihan Anaknya Nanti Nak Pergi Sekolah Malu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 272 hits
Kisah seorang wanita mengamuk berikutan anak lelakinya ditvduh mencuri di kedai serbaneka turut mendapat perhatian pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz Menerusi satu hantaran di media sosial Aaron meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan v...
Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 233 hits
Saman fitnah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak terhadap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak sewajarnya berlaku di atas isu skandal Malaysia Development Berhad yang telah diketahui umum Menurut Ahli...
Hiburan Cara Macam Nak Gaduh Pengantin Wanita Jalan Ala Gangster Buat Netizen Geli Hati

Hiburan Cara Macam Nak Gaduh Pengantin Wanita Jalan Ala Gangster Buat Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 200 hits
Ketika tibanya hari persandingan sudah pasti pengantin ingin memakai busana cantik terutamanya buat pengantin perempuan dimana mereka mahu kecantikan mereka lebih terserlah pada hari bersejarah itu Sudah menjadi kebiasaan pengantin perempua...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200