Nak Buat Kek Gula Hangus Bersarang Elok Tanpa Peram Begini Caranya
Bagi para peminat Kek Gula Hangus, rasa nak kongsikan satu resipi perkongsian Chef Garang yang sangat mudah dan elok hasilnya. Lihatlah gambarnya, dah boleh terbayang keenakan kek ni. Istimewanya resipi ini, anda tak perlu perap adunan hingga 4 jam. Lepas adun, boleh terus dibakar. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT
(tak perlu perap 4 jam / guna loyang 7 X 7 inci )
BAHAN A:
300gm gula pasir
300gm air panas
125gm mentega- sejuk
5 titik butter compound (beli online disini)
5 titik vanilla compound (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gula di dalam periuk sehingga perang gelap.
2. Kemudian tuang air panas dan biarkan air gula hangus menggelegak
3. Masukan mentega yang dipotong kecil bersama vanilla compound dan butter compound. Ketepikan.
BAHAN B
300gm telur (6 biji telur size B) – chef guna yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
200gm susu pekat manis – sejuk sebab simpan dalam peti sejuk (beli online disini)
BAHAN C (ayak 3 kali)
175gm tepung gandum (beli online disini)
25gm tepung ubi (beli online disini)
8gm baking soda (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Kacau telur dan susu (bahan B) bersama menggunakan pemukul tangan. Tak perlu kembang pun. Cukup sekadar untuk sebati.
2. Tuang 1/3 adunan air gula karamel (bahan A) yang telah suam ke dalam campuran Bahan B. Pukul menggunakan pemukul tangan sehingga berbuih.
3. Masukan 1/2 bahagian tepung (bahan C) kemudian kacau lagi.
4. Masukan 1/3 bahagian air gula karamel tadi. Kacau.
5. Habiskan campuran tepung dan air gula karamel dan kacau sehingga sebati
5. Tapis adunan kek ke dalam bekas lain.
6. Leserkan loyang yang panas dengan minyak atau non-stick grease spray.
7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang panas dan kecilkan api.
8. Masak kek di atas api dapur sehingga kering dan berlubang di permukaannya.
9. Kemudian barulah masukan kek ke dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 150C. Bakar guna api atas dan bakar sehingga masak.
10. Sejukan kek dan potong kek secara melintang
Nota:
1. Chef guna bekas pemanggang seperti gambar di bawah. Lapik alumunium foil kemudian letak batu kerikil kecil. (chef guna batu akuarium). Kemudian lapik sekali lagi dengan alumunium foil. Jika tiada boleh gunakan periuk sebagai ganti.
2. Cara yang Chef gunakan tidak perlu peram 4 jam kerana method campuran suhu panas (air gula karamel) bersama dengan telur/ susu yang sejuk. Kesan campuran pada suhu yang suam akan meyebabkan protein pada telur akan stabil dan juga soda bikarbonat “bekerja” dengan mengeluarkan karbon dioksida secara cepat.
3. Jika dilihat pembuatan kek gula hangus / sarang semut yang klasik, orang dahulu menggunakan peralatan asas seperi periuk, pemukul telur, loyang bingka ataupun oven hitam cap rama rama. Suhu semasa memanggang memainkan peranan ketika pembakaran.
4. Suhu yang sekata dari batu yang panas ketika memanggang akan menyebabkan “tunnel” di hasilkan dari tindak balas bahan penaik.
5. Jika dibakar di dalam oven terus akan menyebabkan permukaan kek masak – “protein coagulate” dan karbon dioksida tidak dapat melepasi pada penghujung tunnel – permukaan kek
Kredit resipi & foto: Dapor Chef Garang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/nak-buat-kek-gula-hangus-bersarang-elok.html