Nak Berjuang Bebaskan Najib Patut Pergilah Ke Rumah Pm Bukan Pergi Penjara Kajang






3 May 2025


Berita Harian semalam melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, membela nasib Najib Razak akan terus menjadi tunjang perjuangan UMNO.


Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau akan terus memperjuangkan dan membela nasib bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara.


Ahmad Zahid berkata, usaha memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya, termasuk diberi kebenaran menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan dalam rumah dianggap sebagai tunjang perjuangan UMNO masa kini.


Ahmad Zahid berkata, usaha ke arah itu antaranya ialah beliau bersama Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin telah mengunjungi Najib di Penjara Kajang pada Selasa lalu.


“Kita terus diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian antaranya yang paling besar ialah apabila mantan Presiden UMNO (Najib) masih lagi berada di belakang tabir besi… ini turut menjadi tunjang perjuangan kita.


“Selasa lalu, saya dengan Khaled Nordin dan Megat Zulkarnain bertemu dengan Bossku (Najib) di Kajang. 


“Kalau ada yang mengatakan UMNO khususnya saya ini tidak memperjuangkan nasib Najib yang dianiayai dengan sistem keadilan yang tidak memihak kepada beliau, maka saksi hidup ialah Megat Zulkarnain.


“Mereka saksi hidup yang boleh mengesahkan kita tidak akan pernah meninggalkan Najib berseorangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk semalam.


Saya tak tahu sama ada nak ketawa atau nak menangis membaca berita ini.


Menurut kata Ahmad Zahid, beliau sentiasa memperjuangkan nasib Najib dan akan terus berbuat demikian.


Contoh komitmen ke arah itu kononnya ialah dengan beliau mengunjungi Najib di Penjara Kajang bersama salah seorang Naib Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Selangor pada Selasa lalu.


Wahai Presiden UMNO yang dikasihi, jika betul-betul nak memperjuangkan nasib Najib, sepatutnya pergilah ke rumah Perdana Menteri untuk merayu atau mendesak agar bekas Perdana Menteri itu dibebaskan.


Meskipun masih ada kes mahkamah sedang berjalan, tetapi Najib sudah diberi kebenaran ditahan di rumah melalui titah adendum Agong ke-16.


Selain itu, dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan sebelum ini, Istana Pahang sendiri telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.


Inilah yang patut diperjuangkannya.


Kalau tak jalan dengan merayu, desaklah Perdana Menteri agar melaksanakan titah adendum itu tanpa banyak karenah lagi.


Bukankah UMNO/BN ada 30 kerusi Parlimen yang boleh dijadikan hujah untuk merayu dan membuat desakan?


Kalau rasa-rasa tak konfiden pergi sendirian, bawalah rombongan MT UMNO untuk berbuat demikian.


Pergi ke Penjara Kajang berjumpa Najib untuk apa?


Pergi ke Penjara Kajang bukan dapat mengubah apa-apa, paling tidak sekadar berbual dan bercakap-cakap saja.


Tetapi, jika merayu atau mendesak dengan pergi ke rumah Perdana Menteri, mungkin cahaya di hujung terowong dapat kelihatan.


Soalnya, setelah lebih dua tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernahkah Ahmad Zahid pergi ke rumah Perdana Menteri, khusus untuk menyampaikan hasrat agar Najib dibebaskan?


Kalau tak pernah, tak usahlah sembang kononnya membebaskan Najib adalah tunjang perjuangan UMNO? – ShahbudinHusin 03Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/nak-berjuang-bebaskan-najib-patut-pergilah-ke-rumah-pm-bukan-pergi-penjara-kajang/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/nak-berjuang-bebaskan-najib-patut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 145 hits
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan bulan bagi luka jahi...
Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 136 hits
Seorang wanita dipercayai sanggup mereka cerita disamun berhampiran Taman Pandan Damai semalam semata mata untuk mengelak daripada membayar hutang dan sewa rumah Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu...
Keliling Kampung Macam Hilang Akal Dia Kecewa Kerana Rumah Flat Dia Dah Dibayar Pun

Keliling Kampung Macam Hilang Akal Dia Kecewa Kerana Rumah Flat Dia Dah Dibayar Pun

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 122 hits
2 2025Selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menuntut Rafidah Ibrahim membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik tuduhan selebriti pembangkang itu dilihat berkongsikan video yang antara lain mendakwa agama ser...
Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

Konsuri 2025 Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 174 hits
Suri rumah adalah jantung keluarga Tapi dalam kesibukan mengurus rumah tangga ramai antara kita terlupa untuk mengurus hati dan jiwa sendiri Justeru KONSURI 2025 hadir sebagai ruang rehat rohani dan inspirasi buat wanita wanita terpilih sep...
Tiga Rumah Hangus Terbakar Di Kampung Baru

Tiga Rumah Hangus Terbakar Di Kampung Baru

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR Pagi tadi tiga rumah yang rumahnya dihuni oleh 12 orang musnah akibat kebakaran di Pintasan Raja Muda Musa 4 Kampung Baru Namun semua penghuni berjaya keluar dan menyelamatkan diri sebelum api menjadi lebih teruk Ketua Operasi ...
Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 176 hits
Menurut Ketua Polis Melaka Polis Diraja Malaysia Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan kunci di sebuah rumah di Taman Kasturi Semabok 24 April 202
Rumah Idaman Lokasi Hebat Harga Tak Masuk Akal Hanya Di Laman Sendayan 2

Rumah Idaman Lokasi Hebat Harga Tak Masuk Akal Hanya Di Laman Sendayan 2

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 208 hits
Sedang mencari rumah landed dalam perbandaran matang dengan harga mampu milik Laman Sendayan 2 adalah jawapan anda Terletak di Bandar Sri Sendayan pembangunan eksklusif ini menawarkan gaya hidup moden akses mudah ke kemudahan utama dan pers...
Contoh Teks Sambutan Tuan Rumah Arisan Rt Dan Pkk Singkat Dan Simpel

Contoh Teks Sambutan Tuan Rumah Arisan Rt Dan Pkk Singkat Dan Simpel

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 111 hits
Ditunjuk jadi tuan rumah arisan Tenang aja pede aja dulu Cobain lihat teks sambutan tuan rumah arisan ini mungkin bisa jadi inspirasi Nggak harus formal atau panjang lebar kayak sambutan lamaran kok Justru kalau dibikin santai dan asik suas...
Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 213 hits
Oleh kerana pokok nenas bukanlah jenis tanaman cerewet maka ianya boleh ditanam ditempat yang lebih jauh seperti belakang rumah Tempat yang mendapat matahari penuh pagi dan tengahari manakala petangnya pula redup Air hujan juga dapat terus ...
Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord

Go Fast Turn Left F Brakes A Honda Dominator Flat Tracker From Italy