Nak Bercucuk Tanam Tak Perlu Pun Ruang Yang Luas
Korang minat tak bercucuk tanam? Kalau minat bercucuk tanam sekalipun ruang yang ada hanyalah sekangkang kera, ‘sep’ sikit. Sebabnya kita memang geng!!
Dari dulu lagi sis minat bab-bab bercucuk tanam nie. Bukan sebab time PKB atau apa, dari zaman remaja, ketika tinggal menyewa dulu pun sis dah buat aktiviti ini
Terkenangan pula zaman menyewa di sebuah flat, sekitar Ampang. Rumah sis tingkat empat, ruang koridor tu sis manfaatkan letak rak bunga.
Time tu, sis minat tanam bunga orkid dan daun kunyit, daun sup, daun kari, daun pandan dan juga sayur kangkung.
Kebetulan sebelah rumah sis, tinggal budak-budak bujang. Memang jarang terserempak dengan dorang sebab sis sentiasa sibuk.
Time tu tak de kereta, so terpaksa berulang-alik naik bas, tukar bas dari Ampang untuk ke tempat kerja yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail.
Gigih betul, sekitar 6.05am dah keluar rumah sebab punch-card jam 8.30am. Kalau lambat nanti ‘kad merah’, dan sampai 3x memang tak der ampun. Hahahaa..
Pokok kunyit yang sis tanam. Subur jugak, kan...
Nak dijadikan cerita, selalulah tanaman sis macam sayur kangkung, daun kunyit, daun kari dan juga daun pandan yang dirembat oleh mereka. Katanya, nak masak Maggie. Nak masak itu inilah.
Yang sweetnya, dorang mintak izin dengan meninggalkan cebisan nota yang disumbat di bawah pintu. Ahh.. gitewww…
Penyakit bercucuk tanam nie, melarat sampailah dah kawen dan beranak pinak.Time stay rumah teres dulu, lagi banyak ruang untuk bercucuk tanam.
Tapi sekarang, memandangkan sis stay di kediaman berkonsepkan townhouse jadi, ruang yang ada sangatlah terhad. Namun, semua tu tak leh dijadikan alasan. Kalau dah minat tu, apa jer boleh jadi! Hahaha…
Aktiviti Sihat Mental & Fizikal
Bagi sis la kan, bercucuk tanam nie adalah salah satu aktiviti produktiviti (selain ‘masak-masak’) yang menyihatkan fizikal mahupun mental.
Daripada duduk termenung memikirkan nasib diri ataupun apa-apa jerlah, lebih baik isi masa lapang tu dengan bercucuk tanam. Ada juga faedahnya… hehe … heee…
Selain dapat menghirup udara segar, suasana kediaman pun nampak menghijau dan boleh juga jimat belanja dapur apabila hasil tuaian telah membuahkan hasil.
Ruang terhad tidak sedikitpun menghalang minat sis yang suka bercucuk tanam
Banyak Cara ‘Berkebun’
Oh, ya kalau korang rasa stress, work-from-home dan sebagainya, masa pendemik Covid-19 nie berkebun boleh dijadikan alternatif.
Tak ada masalah pun, kalau ruang yang ada agak terhad. Kena pandai-pandailah adjust.Guna pasu kecik ataupun poly bag.
Sekarang nie macam-macam kaedah yang boleh digunakan, korang yang tinggal di atas kayangan boleh guna teknik hanging garden, balcony garden ataupun green roof garden.
Cara penanaman yang paling popular, yang boleh korang cuba adalah hidroponik. Tak payah guna tanah, hanya air sahaja yang diperlukan. Serius… senang sangat!
Kongsi Sikit Tips…
Bagi yang nak cuba sesuatu yang baru dengan bercucuk tanam atau berkebun, ayuhhhh….
Pasu 'self watering' memang sis suka. Tak perlu siram dan rak kayu tu pun tak rosak
1. Pilih ‘Port’ Yang Cukup Cahaya Matahari
Perkara nie penting tau, sebelum kita nak memulakan aktiviti bercucuk tanam, kita kenalah tahu kat mana ‘port’ atau lokasinya.
Tak perlu pun kawasan yang luas, cuma ‘port’ yang menjadi pilihan kita tu perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Biasanya, tanaman memerlukan cahaya matahari sebanyak enam jam per hari.
So pandai-pandailah korang mencari sudut terbaik untuk meletakkan tanaman terdebut. Dekat dengan tingkap atau di balkoni pun boleh, janji kena cahaya matahari
Pokok menjalar, bunga telang pun sis tanam tau...
2. Pilih, Nak Tanam Apa
Bab bercucuk tanam nie, kita kenalah tahu apa jenis tanaman yang hendak ditanam. Sebaiknya pilih tanaman yang kita suka.Korang boleh tanam pokok-pokok bunga kegemaran korang. Macam sis, macam-macam pokok yang sis tanam.
Pokok bunga ada, pokok-pokok herba ada dan sayur pun ada. Semangat tau sis bab-bab bercucuk tanam nie.Sekiranya korang rasa sukar, tanam pokok kaktus pun okay. Benih-benih pokok tu pun tak susah nak cari, beli jer secara online. Kat Shopee pun berlambak! Ahahaa…
Untuk tanaman sayur, macam tomato ni sis tanam dalam poly bag jurr
3. Pilih Media Tanam Yang Hendak Digunakan
Bila dah dapat ‘port’ terbaik dan benihpun dah ada, kita pun kena tahu kaedah atau media apa yang hendak kita gunakan.
Macam sis, sis guna tanah jer. Nak lagi mudah sis guna pasu yang ‘self watering’ tu untuk beberapa tanaman.
Berangan juga nak guna kaedah hidroponik, tapi belum tercapai lagi.Sebagai permulaan , sis buat apa yang ada dan termampu sahaja.
Tapi, dari hari ke sehari, kawasan tanaman sis semakin meluas ! Hahaha… habis kawasan tepi parking kereta pun sis gunakan untuk bercucuk tanam!
Bahagian benteng berdekatan parking kereta pun sis manfaatkan untuk bercucuk tanam.
Itulah beberapa tips yang boleh digunakan oleh korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bercucuk tanam atau berkebun nie.
Bila dah tanam tu, kenalah jaga atau rawatnya dengan baik. Jangan main tinggal jer.. hahaha…memang tak jadi apooooo laaaaa. Hahha…
Okay, sekian perkongsian sis tentang cerita bercucuk tanam, berkebun bandar nie. Semoga bermanfaat!
Jumpa lagi. Tataaa..
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/11/nak-bercucuk-tanam-tak-perlu-pun-ruang.html