Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan Jalan Sebelum Buat Baca Ini Dulu


Mommies mesti tak sabar nak bawa bayi keluar berjalan-jalan, kan? Tapi boleh ke bayi baru lahir dibawa berjalan? Ini yang perlu anda ketahui.

Selamat ke bayi baru lahir dibawa berjalan?
Untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk bawa bayi keluar di tempat awam atau berjalan-jalan untuk kali pertama pastinya boleh mendatangkan kerunsingan pada ibu bapa.
Kebimbangan utama adalah mengenai tahap sistem imun si manja yang masih belum berkembang sepenuhnya. Pastinya menyukarkan bayi untuk melawan penyakit atau jangkitan.
Adakah perlu untuk menunggu sehingga tempoh waktu tertentu sebelum bayi baru lahir dibawa keluar berjalan?
Sebenarnya tiada keperluan untuk menunggu sehingga tempoh tertentu sebelum membawa bayi keluar.
Sekiranya ada yang mengatakan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan, ia salah sama sekali.
Tiada tempoh tertentu untuk bawa bayi keluar
Hakikatnya, jika bayi anda sihat, mendapatkan udara segar pastinya 1 pilihan yang baik untuk ibu dan bayi, jika anda mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut kebanyakan pakar dan profesional kesihatan pediatrik, bayi baru lahir boleh dibawa ke tempat awam atau keluar selagi ibu bapa mengikuti beberapa langkah keselamatan asas.
Tidak perlu menunggu sehingga 6 minggu atau 2 bulan. Bawa bayi keluar, khususnya bersantai di taman sangat sesuai untuk ibu bapa dan si manja.
Cahaya matahari dan udara segar boleh memberikan manfaat kesihatan seperti pendedahan vitamin D, menjadikan tahap emosi dan tenaga lebih baik.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan menyarankan untuk tidak membawa bayi keluar.
Keadaan tersebut melibatkan bayi kelahiran pramatang atau mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun mereka.
Tip bawa bayi baru lahir keluar
Untuk memastikan bayi baru lahir anda sihat dan selamat, penting untuk anda berwaspada dengan persekitaran dan individu yang akan ditemui ketika keluar di tempat awam.
Tugasan penting tersebut perlu dilakukan untuk selama beberapa minggu dan bulan bagi mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit sewaktu bawa bayi keluar.
Jika anda sudah bersedia untuk membawa si manja berjalan, berikut beberapa tip mudah boleh anda amalkan:
Hadkan pendedahan cahaya matahari
Sememangnya matahari dapat memberikan vitamin D yang sangat diperlukan oleh badan terutamanya bayi yang baru dilahirkan.
Pun begitu, bayi lebih terdedah untuk mengalami selaran matahari, jika terdedah secara berlebihan.
Sebaiknya hadkan pendedahan kepada sinar UV secara langsung untuk tempoh 15 minit sahaja.
Untuk lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor bagi menentukan jumlah cahaya matahari yang selamat untuk si manja.
Elakkan sentuhan dan ciuman
Ini tip penting yang perlu diikuti jika anda mahu membawa bayi baru lahir keluar berjalan-jalan.
Anda harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan individu sekeliling kerana anda tidak dapat mengetahui keadaan kesihatan seseorang.
Jadi idea paling baik adalah untuk menjauhkan sebarang sentuhan tangan dan wajah kanak-kanak mahupun individu yang tidak dikenali daripada memegang atau mencium bayi anda.
Dengan ahli keluarga sendiri juga anda harus memilih dan tidak membenarkan mereka yang sakit untuk memegang si manja.
Tetapi dinasihatkan untuk anda melakukan dengan cara yang berhemah. Elakkan daripada menimbulkan perselisihan faham.
Selektif tentang lokasi
Bukan semua tempat sesuai untuk bawa bayi berjalan, ingat ya wahai mommies.
Tempat seperti sekolah, pejabat doktor, hospital, pusat jagaan harian, kapal terbang mahupun sebarang pengangkutan awam lain adalah tempat yang dikenali sebagai ‘pusat kuman yang utama’. Jadi, sebaiknya, elakkan!
Tetapi jika keadaan memerlukan anda membawa bayi baru lahir ke tempat disebutkan di atas, sentiasa pastikan si manja berada dalam dakapan atau diletakkan dalam carrier mahupun kereta sorong.
Pastikan anda sentiasa membasuh tangan selepas menyentuh sebarang permukaan atau barangan mahupun tangan individu lain sebelum memegang si manja.
Keadaan cuaca
Perhatikan juga keadaan cuaca. Jika anda mahu bawa bayi keluar bersiar di taman, elakkan daripada memakaikan pakaian yang berlebihan kepada si comel.
Biasanya ibu bapa serta datuk dan nenek percaya bayi sentiasa mahu dibaluti selimut. Hakikatnya ia bergantung kepada cuaca.
Jika tidak ia mungkin membuatkan bayi berasa panas dan tidak selesa. Cuma sediakan selimut sebagai langkah persediaan.
Sediakan kelengkapan
Untuk membawa bayi baru lahir berjalan-jalan, walaupun sekadar bersiar di taman kawasan perumahan, anda tetap perlu menyediakan kelengkapan si manja.
Pakaian salin, lampin bersih, kain napkin, pelindung penyusuan dan tisu basah antara barangan yang harus sentiasa ada semasa keluar.
Jika anda berasa segan untuk menyusukan bayi di tempat awam, mungkin anda boleh mencari tempat yang lebih selesa untuk melakukan penyusuan.
Pertimbangkan secara rasional
Walaupun tiada larangan untuk bawa bayi keluar, namun sebagai ibu bapa, anda harus mempunyai pertimbangan rasional.
Bagi bayi baru lahir yang mempunyai isu berkaitan kesihatan, untuk jangka masa tertentu sehingga dibenarkan doktor, elakkanlah daripada keluar.
Fikirkan tentang keselamatan si manja dan keperluan untuk membawa mereka keluar, sama ada penting ataupun tidak.
The post Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-jalan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bawa-baby-baru-lahir-berjalan-jalan-sebelum-buat-baca-ini-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 464 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Panik Tiba Tiba Anak Melecur Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital

Panik Tiba Tiba Anak Melecur Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 374 hits
Malang memang tak berbau kadang dah ambil langkah berjaga jaga tapi situasi seperti anak terkena air panas memang tak dapat dijangka Bila ini yang berlaku pastinya ibu ayah rasa panik tambah pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil Ser...
Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak Tengok Ciri Ni Dulu Baru Tak Menyesal Beli

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak Tengok Ciri Ni Dulu Baru Tak Menyesal Beli

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 274 hits
Keselamatan anak ketika dalam kenderaan penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku Disebabkan itulah pentingnya ibu bapa membiasakan anak sejak dari awal untuk duduk dalam kerusi keselamatan Selalunya anak yang dah biasa dari ke...
Saya Takut Nak Beritahu Mak Ayah Remaja Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Peti Sejuk Beku

Saya Takut Nak Beritahu Mak Ayah Remaja Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Peti Sejuk Beku

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 486 hits
Saya takut nak beritahu mak ayah Remaja sorok bayi baru lahir dalam peti sejuk bekuTakut berterus terang dan dimarahi oleh ibu bapa seorang remaja perempuan telah menyembunyi bayi lelaki yang dilahirkannya di dalam peti sejuk beku di garaj ...
Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 454 hits
Polis menahan seorang lelaki yang membawa parang ketika datang ke rumah bekas mentuanya dipercayai cuba melakukan ugutan jenayah Suspek telah bercerai dengan bekas isterinya itu pada Ogos lalu di Mahkamah Syariah Kepala BatasKetua Polis Dae...
Minta Cadangan Netizen Nak Beli Kereta Baru Datuk Aliff Syukri Dikritik Suruh Guna Duit Bantu Orang Susah

Minta Cadangan Netizen Nak Beli Kereta Baru Datuk Aliff Syukri Dikritik Suruh Guna Duit Bantu Orang Susah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 347 hits
Jika sebelum ini Datuk Aliff Syukri mengumumkan dia ingin menjual kereta mewahnya dengan harga yang murah kalini dia telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang memilih sebuah lagi koleksi kereta mewah untuk dibelinya Video pendek itu...
Teliti Kaji Dan Bahas Dulu Bajet Baru Sokong

Teliti Kaji Dan Bahas Dulu Bajet Baru Sokong

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 374 hits
MELAKA 28 OKT Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Sofi Wahab bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu bahawa sesuatu usul dan perkara yang dibentangkan di Parlimen mesti diteliti dikaji dan dibahaskan sebelum sokongan atau ...
Lepas Bubur Kosong 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan Masakkan Dulu Lebih Baik

Lepas Bubur Kosong 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan Masakkan Dulu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 320 hits
Sebaiknya usia bayi masuk enam bulan mama mulalah berdebar untuk memberikan makanan pejal buat bayi Bimbang anak tidak suka atau menolak makanan yang disediakan Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak Sudah semestiny...
Kabar Bahagia Datang Dari Zaskia Gotik Anak Pertamanya Baru Saja Lahir Selamat

Kabar Bahagia Datang Dari Zaskia Gotik Anak Pertamanya Baru Saja Lahir Selamat

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 321 hits
Bayi Zaskia dikabarkan lahir prematur ibu dan jabang bayi dikabarkan dalam kondisi sehat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities