Najib Zahid Kuasa Sebenar Dalam Bn


Robin Augustin Presiden Umno, Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak.PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpandangan keputusan pilihan raya kecil Chini mengesahkan kekuatan politik bekas perdana menteri Najib Razak serta kepintaran politik Presiden Umno, Zahid Hamidi.
Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata mereka kuasa sebenar dalam Barisan Nasional.
Beliau berkata nyata sekali Najib memiliki sokongan akar umbi, dan itu memainkan peranan penting di Chini dan pilihan raya kecil lain yang dimenangi BN sejak pilihan raya umum lalu.
“Dalam pilihan raya kecil semasa era Pakatan Harapan, Najib aktif berkempen dan menarik orang ramai.

“Ini juga boleh dilihat di Chini, apabila PH tidak lagi berkuasa. Najib ada pengaruh politik yang kuat, bukan saja di Pekan atau Pahang, tetapi juga di peringkat persekutuan.”
Mengenai Zahid, Azmi berkata beliau menunjukkan kebolehan menentukan hala tuju BN dan berunding dengan parti lain, termasuk PPBM dan Perikatan Nasional.
“Langkah Zahid menghimpunkan Umno dan PAS bersama dalam Muafakat Nasional terbukti antara sebab utama di sebalik kebangkitan BN.”
Katanya, kemenangan BN di Chini melakarkan kekuatan Muafakat Nasional, terutama dalam kalangan pengundi Melayu di luar bandar.
Mohd Sharim Md Zain dari BN menang pilihan raya kecil itu pada Sabtu dengan majoriti 12,650 undi ditentang calon Bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing meraih 1,222 dan 137 undi.
Najib, yang juga ahli Parlimen Pekan, mengisytiharkan BN menang sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Tetapi Azmi berkata masih belum jelas bagaimana Umno akan menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana Zahid tidak mendedahkan apa-apa dan senario politik semasa “boleh berubah”.
“Saya fikir akar umbi lebih cenderung ke arah Muafakat Nasional berbanding Perikatan Nasional, tetapi Muafakat Nasional tidak boleh bergantung pada sokongan orang Melayu sahaja. Pemimpin Umno berbeza pandangan dalam strategi ini.”
Memandangkan tidak ada tanda-tanda Najib mahukan jawatan presiden parti, Azmi berkata Zahid nakhoda Umno dan BN.
“Tetapi dalam Umno, majlis tertinggi juga berpengaruh dalam menentukan hala tuju Umno, dan kebiasaannya ia ikut kemahuan akar umbi. Jadi Zahid perlu berhati-hati dalam menentukan langkah Umno dan BN seterusnya.”
Seorang penganalisis, Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia, berkata impak Najib tidak boleh dinafikan.
Tetapi ini tak bermakna Najib – atau Zahid – yang harus mengetuai parti itu atau menjadi calon Umno untuk jawatan perdana menteri.
“Parti itu perlu keluar dari bayang-bayang Najib dan Zahid dan tampilkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima sebagai alternatif kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata keputusan PRK Chini bukan sahaja kemenangan BN tetapi juga Muafakat Nasional dan Najib.
“Pengundi nampak Najib pada BN dan Muafakat Nasional dan ini jadi undi,” tambahnya.
Beliau berkata Najib main peranan penting dengan jenama “Bossku” dan catatan media sosial.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/najib-zahid-kuasa-sebenar-dalam-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Muhyiddin Kekal Pm Lagi Apa Akan Terjadi Pada Zahid Hamidi Dan Najib

Jika Muhyiddin Kekal Pm Lagi Apa Akan Terjadi Pada Zahid Hamidi Dan Najib

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 427 hits
Walaupun belum dibincangkan secara rasmi dalam parti UMNO pada peringkat awal ini nampaknya telah bersetuju untuk terus mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung B...
Analyst Sees Najib And Zahid As The Real Power In Bn

Analyst Sees Najib And Zahid As The Real Power In Bn

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 293 hits
A political analyst sees the result of the Chini by election as confirming the strength of former prime minister Najib Razak s political presence as well as the political acumen of Umno president Ahmad Zahid Hamidi Azmi Hassan of Universiti...
Pendedahan Najib Adakah Ada Salahguna Kuasa Untuk Mengheret Mahathir Ke Mahkamah Atau Sekadar Cakap Politik Desperado

Pendedahan Najib Adakah Ada Salahguna Kuasa Untuk Mengheret Mahathir Ke Mahkamah Atau Sekadar Cakap Politik Desperado

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 441 hits
Kenapa sekarang baru didedahkan Aku rasa Tun pun kena scam juga tak Agak malang tiada serbuan ke rumah Tun untuk kutip kereta mewah dan puluhan beg berjenama Kena siasat dan dedah terus samada Tun juga ada terima derma dari tok arab Pendeda...
Inilah Kuasa Rakyat Kejayaan Prk Chini Kejayaan Bersama Najib

Inilah Kuasa Rakyat Kejayaan Prk Chini Kejayaan Bersama Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 271 hits
KEMENANGAN calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini disifatkan sebagai membawa isi hati dan mesej daripada rakyat Menurut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemenangan yang...
Dulu Fampas Kuasa Nak Tolong Melayu

Dulu Fampas Kuasa Nak Tolong Melayu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 263 hits
M Afendi AbasDulu rampas kuasa kononnya nak selamatkan negara Tapi bila dah dapat kuasa BERSATU UMNO asyik bergaduh berebut untuk jadi paling berkuasa dan dominan didalam PN Ini membuktikan mereka bukan nak selamatkan negara pun Mereka hany...
Selamat Tinggal Kuasa Adakah Dolar As Tidak Lagi Menjadi Raja Pasaran

Selamat Tinggal Kuasa Adakah Dolar As Tidak Lagi Menjadi Raja Pasaran

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 197 hits
Tekanan masih berterusan ke atas mata wang AS Masalah pasaran kewangan global menjadikannya ia dalam edaran dan kini sangat sukar untuk memenangkan semuanya Pakar pakar percaya bahawa mekanisme kelemahan keseluruhan Dolar AS telah dilancark...
Saya Tiada Kuasa

Saya Tiada Kuasa

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 273 hits
Dengan keadaan undi belah bahagi yang memperlihatkan sokongan pengosongan jawatan speaker ini sebanyak 111 dan yang tidak menyokong sebanyak 109 Maka isyarat ini lebih kuat untuk memastikan pengukuhan kerajaan perlu dilakukan oleh mana mana...
Zahid Warns Of Israel S Biggest Mistake

Zahid Warns Of Israel S Biggest Mistake

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 275 hits
UMNO president Ahmad Zahid Hamidi yesterday deplored Israel s decision to annex more Palestinian lands in the West Bank describing it as a time bomb to further peace efforts in the Middle East In the two hour international online conference...
Kuasa Ke 3 Perlu Bangkit Lanskap Politik Tagih Nafas Baru

Kuasa Ke 3 Perlu Bangkit Lanskap Politik Tagih Nafas Baru

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 230 hits
Lanskap politik Malaysia menagihkan satu nafas baru Kuasa ke 3 sedang bangkit dan kebangkitan itu tidak akan akan dapat dihalang Kita dapat nampak tanda tanda kewujudan kuasa ini dengan kejayaan Parlimen Digital baru baru ini Kebangkitan in...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023