Najib Yang Kecut Gagal Hadir Nothing To Hide



Najib yang kecut gagal hadir “Nothing to Hide”Posted By: Pentadbiron: May 30, 2019 Print EmailNAJIB Razak sebenarnya yang sudah hilang kredibiliti selepas tidak hadir dua sesi “Nothing to Hide” malah cuba meninggalkan wawancara Al-Jazeera sebelum ini, kata veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.Dalam serangan balas kepada kecaman dilontar Najib kepadanya semalam, Lim berkata Najib hanya mahu memastikan rakyat Malaysia lupa akan kejadian Julai 2015 apabila beliau mendiamkan pengkritik dan menutup siasatan wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya.“Semalam Najib kata yang saya ‘hilang semua kredibiliti’ selepas menolak (pelawaan) berdebat dengannya.“Ikut logik itu, Najib sudah hilang hak untuk buka mulut bercakap sepatah perkataan pun kerana beliau sudah lebih ‘hilang semua kredibiliti’ kerana melarikan diri daripada dua konfrontasi ‘Nothing to Hide’ bersama Dr Mahathir Mohamad tentang skandal 1MDB.“(Beliau juga) memalukan diri di peringkat antarabangsa apabila ‘kecut perut’ (membatalkan) untuk menyampaikan ucap tama Persidangan Antarabangsa Anti Korupsi ke-16 (IACC) di Putrajaya pada September 2015 dan cubaan meninggalkan wawancara Al Jazeera bersama Mary Ann Jolley pada Oktober tahun lepas,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.Dua sesi “Nothing to Hide” dirujuk Lim berlaku pada Jun 2015 dan Ogos 2017, yang dirancang supaya Najib mempunyai ruang menjawab semua tuduhan berbangkit ke atasnya berkaitan skandal kleptokrasi 1MDB.Tambahnya lagi, bertentangan dengan dakwaan Najib yang beliau sudah hilang kredibiliti, keenganannya untuk berdebat dengan Najib menerima banyak sokongan rakyat.“Malah sebenarnya, saya nak tengok dia cakap banyak lagi, kerana lebih baik guna ayatnya sendiri untuk kecam dan ‘tanam’ (diamkan) dia.”Lim juga mencabar Najib supaya menyerah diri untuk disiasat polis kerana “memperlekeh demokrasi berparlimen” pada Julai 2015 apabila menyerang institusi negara yang sepatutnya bebas.Jelasnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak faham tentang peristiwa penting itu, yang menyebabkan peguam negara ketika itu Abdul Gani Patail yang dikatakan sedang menyediakan kertas pertuduhan ke atas Najib diganti Apandi Ali. Apandi seterusnya “membersihkan dan melepaskan” Najib daripada semua pertuduhan korupsi RM2.6 bilion.Malah, serangan Najib terhadap institusi negara pada Julai 2015 juga menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat daripada Kabinet dan Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai timbalan perdana menteri.Serangan itu berlanjutan sehingga menyentuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ketika itu sedang menyiasat skandal1MDB- pengerusinya diganti, wakil Umno dalam PAC yang lantang bersuara mendesak siasatan berjalan diberi jawatan menteri menyebabkan mereka berdiam diri selepas itu.Malah, serangan Julai 2015 mencapai kemuncak apabila pasukan petugas khas pelbagai agensi yang menyiasat “derma RM2.6 bilion” dibubarkan, manakala dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan timbalan pengarah Cawangan Khas ketika itu Abdul Hamid Bador- kini ketua polis negara- pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) tanpa sebarang penjawatan khusus.“Adakah ini semua untuk membantu Najib mengelak pendakwaan korupsi dan salah guna kuasa?” tanya Lim.“Rakyat Malaysia berhak untuk tahu.”Selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya Mei 2018, siasatan skandal 1MDB dibuka kembali dan Najib kini sedang didakwa atas pelbagai pertuduhan jenayah korupsi, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitannya 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/najib-yang-kecut-gagal-hadir-nothing-to.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dakwa Dihalang Luah Rasa Sedih Tak Dapat Hadir Konvo Anak

Najib Dakwa Dihalang Luah Rasa Sedih Tak Dapat Hadir Konvo Anak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 806 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak Foto oleh ProjekMMAnak bekas perdana menteri Najib Razak Nooryana hari ini menerima ijazah sarjananya di Universiti Harvard di Boston AS Najib meluahkan rasa sedihnya di Facebooknya hari ini kerana tidak da...
Najib Yang Kecut Perut Berdepan Rakyat Kata Kit Siang

Najib Yang Kecut Perut Berdepan Rakyat Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 290 hits
Najib yang kecut perut berdepan rakyat kata Kit Siang Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2019 10 39AM
Tiga Minggu Berlalu Abang Bomba Masih Gagal Lupakan Arwah Adik

Tiga Minggu Berlalu Abang Bomba Masih Gagal Lupakan Arwah Adik

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 578 hits
WALAUPUN sudah hampir tiga minggu kejadian menyayat hati itu berlalu anggota bomba Kholid Abu Kasim masih terkesan dengan pemergian adiknya Rarzalina Abu Kasim yang maut dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Jerantut Temerloh dekat Kampung...
Korut Diduga Eksekusi Pejabat Senior Karena Dianggap Gagal Dalam Ktt Hanoi

Korut Diduga Eksekusi Pejabat Senior Karena Dianggap Gagal Dalam Ktt Hanoi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 246 hits
Surat kabar pemerintah Korea Utara Rodong Sinmun mengatakan dalam komentarnya pada hari Kamis bahwa Bertingkah seperti seseorang menghormati pemimpin di depan tetapi memimpikan hal lain ketika seseorang berbalik adalah tindakan anti Partai ...
Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 452 hits
Tiga lelaki yang cuba mencuri seekor lembu jenis Brahman dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic menerima padah apabila perbuatan mereka disedari penternak haiwan berkenaan di Jalan Sungai Lokan di sini hari ini Dalam kejadian kira kira...
Persipura Gagal Raih Kemenangan Kandang Lawan Pss Sleman

Persipura Gagal Raih Kemenangan Kandang Lawan Pss Sleman

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 178 hits
Tuan rumah Persipura masih harus menelan pil pahit usai ditahan imbang PSS Sleman dengan skor 1 1 pada pertandingan Shopee Liga 1 Jum at di Stadion Mandala Jayapura
Ph Gagal Tidak Tahu Kawal Harga Barang Asas Rakyat Terhimpit Di Hari Raya

Ph Gagal Tidak Tahu Kawal Harga Barang Asas Rakyat Terhimpit Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun Exco Pergerakan Wanita UMNO Azizah Harun berkata semenjak Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan negara tekanan yang dihadapi oleh rakyat semakin tinggi dan terhimpit terutama sekali kos sara hidup Beliau berkata i...
Perbicaraan Najib Razak Doktor Masuk Duit Akaun Najib Tapi Tak Check Akaun Siapa

Perbicaraan Najib Razak Doktor Masuk Duit Akaun Najib Tapi Tak Check Akaun Siapa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 500 hits
NAK hantar RM150 kepada anak pun kita check betul betul nama dalam akaun itu ada nama anak kita Tetapi ada kawan Najib Razak ini masuk duit dalam akaun bos check pun tidak siapa apabila memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bos Kelulusan dokt...
Najib Pertikai Ph Tak Beri Bantuan Raya Kepada Risda

Najib Pertikai Ph Tak Beri Bantuan Raya Kepada Risda

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 379 hits
PETALING JAYA Tindakan Putrajaya tidak memberi bantuan kepada peserta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah sempena Hari Raya Aidilfitri dipertikaikan bekas perdana menteri Najib Razak Najib berkata beliau percaya bantuan a...
Carian Popular Motosikal 2025

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kari Ayam Dan Bab Tanggungjawab

Mendoakan Kegembiraan Orang Lain

Apmm Siasat Operator Bot Karam Di Pulau Perhentian

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Asam Pedas Daging Tetel Padu Sampai Licin Pinggan

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita