Najib Tetap Hebat Tak Perlu Buang Masa Bandingkan Dirinya Dengan Dr Mahathir



oleh Shahbudin Husin
Sudah beberapa kali Najib Razak mengkritik dasar atau pendekatan kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sambil membandingkan dengan apa yang dilakukannya sekarang.
Tujuannya tidak lain ialah untuk menonjolkan dirinya lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.
Ketika melancarkan sebuah model baru Proton tidak lama selepas Tun Mahathir berundur dari syarikat kereta nasional itu, Najib mengambil kesempatan menempelak kononnya sering berlaku campurtangan politik dalam syarikat tersebut, tetapi ia kini telah berakhir di era kepimpinannya.
Walaupun diketahui umum Tun Mahathir memandang jauh ke hadapan berkenaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan LRT, ERL, komuter, memperkenalkan sistem bas dan lain-lain, manakala Najib hanya melakukan sambungan saja, beliau tetap menyalahkan bekas Perdana Menteri itu atas dakwaan tidak menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun berkuasa selama 22 tahun.
Najib seolah-olah, dengan hanya pengenalan MRT yang dibawanya, mahu seluruh kebaikan dan pujian berkaitan pengangkutan awam seratus-peratus ditumpukan kepadanya seorang diri saja.
Apabila tambang ERL dari pusat bandar ke KLIA dinaikkan dari RM35 kepada RM55, Najib tidak melihat ia sebagai kegagalan pentadbirannya melakukan rundingan, tetapi lebih menyalahkan era kepimpinan Tun Mahathir yang memetrai perjanjian pada 1997 dahulu.
Najib juga “masuk bakul angkat sendiri” kepada masyarakat India dengan mengatakan sumbangan yang dilakukannya kepada komuniti itu lebih banyak berbanding Tun Mahathir.
Hari ini, sekali lagi Najib membandingkan kebaikan dirinya berbanding Tun Mahathir berhubung dasar luar.
Kata Najib, dasar luar Tun Mahathir sengaja berbentuk konfrontasi bertujuan untuk meraih populariti peribadi, pendek akal dan merugikan diri sendiri berbanding pendekatannya yang mementingkan kerjasama dan bukan persengketaan serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
Dalam beberapa ucapan lain, Najib juga kerap meletakkan dirinya lebih baik berbanding Tun Mahathir seperti berkaitan sistem pemilihan UMNO yang kononnya lebih terbuka, menghapuskan beberapa akta dan sebagainya.
Apa sebenarnya masalah Najib sehingga beliau begitu kerap cuba membandingkan dirinya dengan Tun Mahathir?
Kenapa beliau tidak pernah membandingkan dirinya lebih baik berbanding pendahulunya yang sebenar iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau bapanya sendiri, Tun Razak?
Mengapa Tun Mahathir saja yang kerap dijadikan perbandingan?
Kenapa nama dan kelibat Tun Mahathir begitu alergik dan seolah-olah melekat dalam pemikirannya?
Apakah Najib secara diam-diam sedang memasang impian mahu menjadi Perdana Menteri lebih daripada 22 tahun?
Sebenarnya adalah perbuatan sia-sia bagi Najib membandingkan dirinya dengan Tun Mahathir.
Tidak perlu pergi terlalu jauh, jika dibandingkan dalam tempoh tujuh pertama menjadi Perdana Menteri saja, Najib sudah terbukti “lebih hebat” dan meninggalkan Tun Mahathir ketinggalan di belakangnya.
Apa pencapaian Tun Mahathir ketika tujuh tahun pertama menjadi Perdana Menteri?
Sudah tentu ramai yang lupa dengan pencapaiannya.
Tetapi, seawal tujuh tahun menjadi Perdana Menteri, bermacam-macam “rekod” dan “pencapaian gemilang” telah berjaya digapai oleh Najib.
Antaranya, hutang tertinggi negara, pembaziran dan kemewahan di mana-mana, kenduri kahwin anak perempuannya yang gilang-gemilang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, isterinya yang didedahkan dengan pelbagai barang mewah, perhiasan mahal, percutian, penggunaan jet yang tiada tolok bandingnya serta bermacam-macam gegak gempita lainnya.
Tidak sekadar itu, Najib juga mencipta “rekod” sebagai penerima derma terbesar dunia – dulu, kini dan selamanya dan melalui 1MDB serta persahabatannya dengan Jho Low, nama Malaysia terus melonjak, tidak saja di dalam negara dengan hutang besar dalam tempoh yang singkat dan perbualan rakyat mengenainya, malah di persada antarabangsa turut berlaku liputan media berterusan sepanjang masa serta lapan negara terpaksa membuka kertas siasatan mereka.
Di Amerika, melalui tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS dengan bantuan FBI, nama Malaysia terus menjadi bualan dan beralih dari sebuah negara demokrasi kepada ungkapan baru iaitu kleptokrasi.
“Kehebatan” dan “kegemilangan” ini pasti akan berterusan, dikenang dan menjadi sebutan lebih lama berbanding orangramai mengingati jasa-jasa Tun Mahathir selama 22 tahun. Tiada mana-mana pemimpin lain yang mampu menandinginya, baik Tun Mahathir atau sesiapa jua. Itu baru tujuh tahun pertama saja, bayangkan betapa gemilangnya Malaysia jika Najib berpeluang berkuasa lebih 22 tahun lamanya.
Lalu, tidak perlu sama sekali Najib membuang masa membanding-bandingkan dirinya dengan Tun Mahathir. Beliau tetap yang “terhebat” dan “tiada duanya” dalam sejarah Malaysia. – Shahbudin Husin | Foto FMT
KLIK BACA: Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Proton bersiar-siar?
KLIK BACA: MUHYIDDIN – ‘MO1’ IALAH NAJIB, MASIH MAHU DIA MEMIMPIN?
KLIK BACA: Umno perlu dikebumikan jika tak mampu pertahan Raja-Raja Melayu – Muhyiddin
KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir mengenai Tun Musa Hitam
KLIK BACA: Qubaisi dilapor ditangkap Abu Dhabi isu siasatan 1MDB
KLIK BACA: Kritikan terbaru Mahathir terhadap Najib
KLIK BACA: Biar malu miskin jangan tak malu berlagak kaya
 
*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news ‘curators & aggregators’ we do not represent the articles aggregated from any third-party content provider.
The post NAJIB TETAP HEBAT TAK PERLU BUANG MASA BANDINGKAN DIRINYA DENGAN DR MAHATHIR appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/166970/najib-tetap-hebat-tak-perlu-buang-masa-bandingkan-dirinya-dengan-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Tulis Berkenaan Najib Sebab Hendak Divert Kes Sulu Dan Tindakan Disiplin Barua Barua Nya Dari Umno

Mahathir Tulis Berkenaan Najib Sebab Hendak Divert Kes Sulu Dan Tindakan Disiplin Barua Barua Nya Dari Umno

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 237 hits
Walaupun Mahathir telah di anggap sebagai barang reject oleh masyarakat Melayu ditolak 100 dengan kehilangan wang deposit dimana sahaja parti ada jenama Mahathir bertanding namun sikap ego Mahathir dan sikap tidak sedar diri tidak membuat M...
Trip Pusing Selangor 13 Destinasi Halal Dalam Masa 3 Hari 2 Malam

Trip Pusing Selangor 13 Destinasi Halal Dalam Masa 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 209 hits
Macam Ni Cara Nak Habiskan Percutian Halal 3 Hari 2 Malam di Selangor Industri Halal Selangor kian berkembang bagi menambahkan keyakinan buat pelancong muslim di Malaysia Pelbagai cara dan langkah telah diambil bagi menarik minat orang rama...
1 Februari 2023 Masa Berlalu Meninggalkan Kita

1 Februari 2023 Masa Berlalu Meninggalkan Kita

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum Hari ini 1 Februari 2023 Hari Rabu bersamaan dengan 10 Rejab 1444H Sungguh pantas masa berlalu Sudah melangkah ke bulan kedua di tahun 2023 Apa khabar semuanya Moga baik baik sahaja Benarlah orang kata masa sama sekali tidak...
Hiburan Tak Ada Yang Pelik Masa Shooting Dua Dua Profesional Pengarah Drama Nafi Sophia Albarakbah Penyondol

Hiburan Tak Ada Yang Pelik Masa Shooting Dua Dua Profesional Pengarah Drama Nafi Sophia Albarakbah Penyondol

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 246 hits
Sebelum ini penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita mengakui mempunyai perasaan dan tersuka pada suaminya Susulan itu rata rata netizen telah memetik nama aktres berkaitan dengan kes berkenaan memandangkan dia baru baru i...
Berat Naik Banyak Masa Hamil Baby Mungkin Besar Makan Boleh Tapi Kena Kawal

Berat Naik Banyak Masa Hamil Baby Mungkin Besar Makan Boleh Tapi Kena Kawal

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 295 hits
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes BERAPA BANYAK SEPATUTN...
Curi Masa

Curi Masa

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Baru baru ni kawan KK ada balik dari Kedah biasalah orang kerja hujung dunia ni payah nak balik lagipun banyak komitmen kan Jadi diajaknya melepak biasalah dah lama tak bersua muka sempatlah jumpa malam...
Adisak Kraisorn Mohon Penyokong Terengganu Bagi Masa

Adisak Kraisorn Mohon Penyokong Terengganu Bagi Masa

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 256 hits
Foto Astro ArenaKuaIa Lumpur Penggempur baru Terengganu FC Adisak Kraisorn enggan peminat meIetakkan harapan menggunung kepada dirinya sebagai rekrut berprofiI tinggi Skuad Peteh musim ini Penyerang kebangsaan ThaiIand itu menegaskan Liga M...
Masa Depan Umno Dengan Melayu Sudah Tiada Lagi

Masa Depan Umno Dengan Melayu Sudah Tiada Lagi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 162 hits
satuberita myBy January 29 2023Presiden Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh pada Sabtu KEPUTUSAN UMNO memecat serta menggantung ahlinya t...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever