Najib Serangan Peribadi Dr Mahathir Mengguris Hati Saya



Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya sangat dikesali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir.

“Saya mendapati banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.
“Segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi.
“Perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015, lapor Bernama.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi dirinya sebagai seorang pemimpin dan menganggap ia sebagai ujian kepimpinan.

“Ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti,” katanya.
Terdahulu, Najib akui beliau terguris hati dengan tindakan Dr Mahathir yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

“Beliau (Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)…,” katanya.

Beliau juga memetik pandangan Dr Mahathir yang suatu masa dulu menyarankan pemimpin sewaktu dalam kerajaan, hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan dan pada waktu di luar kerajaan, sokong orang dalam kerajaan.

“Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap… tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan,” katanya.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web  www.newsplus.my/live-tv.
Berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.
“Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

“Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat…tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,” katanya.

sumber asal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritasuamkuku.blogspot.com/2015/12/najib-serangan-peribadi-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 164 hits
Dalam hidup ini kita mungkin sering diuji dengan perasaan seperti cemburu rindu dan kesedihan akibat kehilangan sesuatu Kadangkala perasaan ini boleh menguasai hati sampai menjejaskan ketenangan jiwa Oleh itu Islam mengajarkan kita untuk ke...
Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping Keping

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping Keping

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pernah tak tengok pohon yang masih berdiri tegak rendangnya seakan meneduhkan siapa pun yang berlindung di bawahnya Tapi kan siapa sangka akarnya telah lapuk perlahan dimakan waktu menunggu angin kencang ...
Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 161 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 27 2025Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang melawat bekas presiden Indonesia Joko Widodo menyatakan kekaguman dengan keterjaminan makanan negara republik itu Dr Mahathir berkata Indonesia berjaya me...
Hujah Tidak Ada Lojik Dulu Dr Mahathir Sebut Orang Melayu Tak Tahu Niaga Proton Fail Kedai Roti Loaf Pun Bungkus

Hujah Tidak Ada Lojik Dulu Dr Mahathir Sebut Orang Melayu Tak Tahu Niaga Proton Fail Kedai Roti Loaf Pun Bungkus

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 208 hits
Sila dengar video ringkas ini dulu Apa yang Dr Mahathir sebut memang tidak ada lojik sikit pun Terutama sekali business logic Memang tidak ada Saya guna sedikit contoh untuk jelaskan isu rescue dan mengguna DANA AWAM atau taxpayers funds un...
Dr M Supports Govt S Not Mahathir Era Bailout Aid To Sapura Energy

Dr M Supports Govt S Not Mahathir Era Bailout Aid To Sapura Energy

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 134 hits
The Madani government heavily stressed yesterday that the financial lifeline given to Sapura Energy Berhad was a strategic investment and not a bailout like the ones given when Dr Mahathir Mohamad was in power Semantics aside and despite be...
Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 220 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut dengan pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Kita terkejut katanya dalam sidang media selepas menghadiri ...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Cili Api

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan