Hujah Tidak Ada Lojik Dulu Dr Mahathir Sebut Orang Melayu Tak Tahu Niaga Proton Fail Kedai Roti Loaf Pun Bungkus


 Sila dengar video ringkas ini dulu.
 


Apa yang Dr Mahathir sebut memang tidak ada lojik sikit pun. Terutama sekali business logic. Memang tidak ada.  
Saya guna sedikit contoh untuk jelaskan isu 'rescue' dan mengguna 'DANA AWAM' atau taxpayers funds untuk 'rescue' atau 'bailout'.
Katakanlah terdapat sebuah kampong dengan 100 biji rumah tangga, tiap satu rumah mempunyai seorang ayah atau suami sebagai ketua rumah. Dan setiap 100 rumah tangga ini terlibat pelbagai niaga, ladang, bisnes, pertanian dsbnya. Kilang roti, ladang ayam, kebun buah-buahan, restoran pelbagai.
Dan kampong ini mengurus segala urusan mereka dengan sendiri. Pimpinan kampong termasuk Jawatankuasa Kerja Kampong (JKK) di ketuai seorang Ketua Kampong. Setiap tahun semua 100 rumah tangga dalam kampong ini bayar cukai 26% yang Dr Mahathir sebut itu kepada JKK.  Dengan sumbangan cukai 26% oleh 100 buah rumah tangga tadi maka kampong ini mampu buat jalan tar, sediakan klinik kesihatan, buat sekolah tadika, perbaiki parit dan longkang, upah dua tiga pengawal keselamatan dsbnya. Jadi kebajikan penduduk kampong dan potensi kemajuan kampong pun dalam keadaan baik.
Tiba-tiba bisnes yang diuruskan oleh dua biji rumah tangga  dalam kampong ini mengalami masalah besar. Satu daripadanya bernama Pratan. Pratan ini membuat kereta dengan tiga roda sahaja dengan harga jualan RM17,000. Mereka yakin kereta tiga roda itu boleh berjaya. 
Tapi sebenarnya penduduk kampong lebih minat beli kereta Nissan Sunny yang pada masa itu harganya RM17,000 juga. Tapi syarikat Pratan juga adalah kesayangan Ketua Kampong, yang setuju untuk meletakkan cukai impot, duti, eksais, AP dan entah apa lagi cukai atas kereta Nissan Sunny yang akibatkan  harganya melompat naik jadi RM33,000. 
Maka ramai orang kampong yang hidup mereka susah juga terpaksa beli kereta Pratan tiga roda tadi. Pratan pun jadi kaya. Lepas itu syarikat Pratan jadi tamak dan menaikkan harga kereta tiga roda mereka menjadi RM23,000. Orang kampong terpaksa beli juga. 
Maka CEO, pekerja dan pegawai syarikat Pratan jadi gemuk buncit - sebab mereka boleh untung lebih walaupun menjual kereta tiga roda sahaja. Mereka boleh cuti overseas, hisap cigar buatan Cuba, beli rumah mewah dsbnya.  
Tapi mereka tidak sedar beberapa bahaya besar. Mereka jadi gemuk buncit tanpa perlu bekerja keras. Buat kereta tiga roda pun boleh untung besar. Selagi Ketua Kampong sayangi syarikat mereka dan kekalkan cukai yang tinggi terhadap kereta Nissan Sunny dan semua jenis kereta lain maka kereta tiga roda mereka boleh dapat untung lebih tanpa mereka perlu bersaing atau bekerja keras. 
Anak bini mereka pun heran melihat bapak makin buncit, boleh hisap cigar tanpa perlu bekerja keras. Jadi bila ibu tanya kepada anak, anak itu menjawab 'Esok bila Along dah besar Along nak jadi buncit macam ayah'.  Maka generasi kedua pun tidak belajar untuk bekerja keras atau belajar cara-cara untuk bersaing. Yang perlu hanya kasih sayang Ketua Kampong dengan perjuangan untuk 'agama, bangsa' dan entah apa.
Tetapi bahaya yang paling besar lagi ialah semua penduduk kampong terpaksa memikul beban kerugian kewangan yang besar. Patutnya mereka boleh beli kereta Nissan Sunny dengan harga RM17,000 sahaja. Kereta buatan Jepun kualiti dunia, murah dan selesa.  Tetapi oleh kerana Ketua Kampong begitu sayangi kereta tiga roda Pratan, maka mereka terpaksa bayar RM33,000 untuk beli kereta Nissan. Hampir dua kali ganda harga dulu. 
Atau mereka boleh beli kereta tiga roda Pratan sahaja. Bagi mereka yang beli Nissan Sunny juga mereka terpaksa bayar hampir dua kali ganda bayaran bulanan. Maka tiap bulan tak cukup duit bayar sewa, tak cukup bayar duit sekolah, bayar duit dapur dsbnya. Hidup mereka susah. Beli kereta tiga roda pula berlaku banyak kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa. 
Lepas itu syarikat Pratan mengalami kerugian pula. Mereka telah bangunkan kilang paling besar dengan kos yang begitu tinggi. Mereka terpaksa beli semua keperluan kilang itu dari luar. Enjin kereta, acuan buat pintu dan body kereta semuanya dibeli dari luar. Jadi walaupun diberi 'protection' cukai tinggi tetapi masih mengalami kerugian besar.
Syarikat yang satu lagi yang rugi besar nama dia Sapu Lah. Al kisah syarikat ini lebih mudah. Boss-boss syarikat itu mengambil gaji dan pelbagai elaun yang lumayan gila. Sampai berpuluh juta Ringgit setahun. Dan mereka juga terlibat 'over expansion' dengan terlalu pantas dengan mengguna duit pinjam. Jadi bila berlaku kemelesetan ekonomi, bila ekonomi dunia goncang sedikit mereka tersungkur terus. Seppuku. End of story.  Mereka tidak ada duit untuk bayar hutang hardware supplier RM70,000 pun.
Akhir sekali Ketua Kampong mengambil keputusan. Dia mahu juga 'rescue' kedua syarikat itu - Pratan dan Sapu Lah. Dengan mengambil duit cukai 26% sumbangan tahunan orang kampong tadi. Jadi berjuta-juta Ringgit duit orang kampong 'lesap macam asap' - untuk melanjutkan nyawa dua syarikat yang bermasalah itu. 
Maka mulalah mimpi ngeri yang baru. Orang kampong mula ditimpa siksaan 'tiga kali cukai' (three times taxation).
Mula sekali mereka kena bayar cukai 26% setahun. Itu kali pertama.
Kemudian bila jalan tar berlopak, JKK tak cukup duit repair jalan. Bila titi atas parit patah pun tidak cukup duit untuk diganti. Motor dan basikal tak boleh merentas. Tandas rosak di sekolah atau di klinik kesihatan pun tidak cukup duit untuk dibaiki semula. Inilah siksaan kena dua kali cukai. You paid 26% cukai but you do not get what you paid for. Maka kerosakan jalan akan kekal rosak, kelinik kesihatan tak cukup ubat, tak cukup duit bayar gaji pengawal keselamatan.

Cukai kali ketiga ialah apabila Ketua Kampong ambil cukai tahunan bayaran orang kampong untuk rescue dua buah syarikat  yang akan bersaing dengan bisnes orang kampong itu juga. Contohnya cukai yang dibayar oleh orang kampong diguna untuk rescue syarikat Pratan yang akan bersaing (secara tidak adil dan cara tidak sama rata) dengan semua syarikat penjual kenderaan jenis lain di kampong itu. 
Jadi orang kampong sudah bekerja keras. Mereka bangun pagi, gosok gigi, minum kopi, hantar anak ke sekolah, hantar suami pergi kerja, suami bekerja keras, jaga bisnes, jaga ladang untuk mencari makan. Dan setiap tahun 26% daripada hasil usaha mereka dituai oleh Ketua Kampong dan JKK. Lepas itu Ketua Kampong ambil sebahagian daripada duit mereka dan diberi kepada orang kesayangannya untuk bersaing niaga dengan orang kampong juga. 
I take your money from you then I give your money to someone else to compete against you.  And put you out of business.
Inilah maksudnya orang kampong dibeban cukai tiga kali. 
Three times taxation. 
Orang kampong rugi tiga kali.  
Tidak lama nanti hayat hidup kampong ini akan terjejas. 
Tapi syarikat Pratan pula akan kekal dengan kereta tiga rodanya.
Sapu Lah tidak akan dipercayai oleh rakan-rakan dalam ecosystem perniagaan mereka. 
Vendor akan segan, client baru akan segan, banker akan segan. 
Who wants to do business with them?Nothing was achieved.  
'Lives in a dream..''Who is it for..''A sermon that no one will hear.."'No one comes near ..''In the night when there's nobody there..''No one was saved..'
'What does he care..' 'All the lonely people..' 


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/hujah-tidak-ada-lojik-dulu-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas U Turn Dulu Pas Sedia Bukan Melayu Jadi Mb Sekarang Sudah U Turn

Pas U Turn Dulu Pas Sedia Bukan Melayu Jadi Mb Sekarang Sudah U Turn

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 99 hits
HarapandailyKerajaan Pas Kelantan pada 2009 sedia meminda Undang undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu Namun hari ini Pas pula mahu Perlembagaan Persekutuan perlu di...
Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam

Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 145 hits
Rupanya Kluster Mahkamah sedang berkembang Apakah recruit baru akan pakai baju warna oren atau akan dibenarkan pakai baju kot dan tali leher bila masuk mahkamah Dulu bila ex perdana menteri parti mereka curi duit rakyat berbillion Ringgit m...
Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 235 hits
Kalau tengah cari SUV 7 seater terbaik di Malaysia yang ada teknologi canggih rekaan premium dan harga bawah RM160k dua model yang wajib masuk dalam radar ialah Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro Tapi yang mana satu lebih berbaloi untuk dibel...
Isu Papan Tanda Perniagaan Kenapa Kena Ada Bahasa Melayu

Isu Papan Tanda Perniagaan Kenapa Kena Ada Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 100 hits
Baru baru ni CA ternampak satu isu tengah panas kat media sosial pasal papan tanda perniagaan yang tak guna Bahasa Melayu Ceritanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tegur beberapa premis kat Jalan Imbi sebab papan iklan diorang semua dalam baha...
Saksi Perjuangan Ayah Besarkan 10 Anak Proton Saga Lama Dibaik Pulih Sebagai Tanda Kasih

Saksi Perjuangan Ayah Besarkan 10 Anak Proton Saga Lama Dibaik Pulih Sebagai Tanda Kasih

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 282 hits
Kereta Proton Saga ini bukan sekadar kenderaan biasa tetapi simbol kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak anaknya Walaupun bapa sudah memiliki kereta lain yang lebih moden dan selesa anak anak tetap sepakat untuk m...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global