Najib Sanggah Mahiaddin
Saya terbaca laporan semalam di mana PM8 cuba memberi justifikasi bagi melaksanakan darurat dan cuba mempertahankan rekod pengendalian Covid semasa dia PM.
Saya ingin memberi beberapa fakta:
1. Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan parlimen dengan alasan melawan Covid. Cuba sebut satu negara yang berbuat demikian. Negara kita dalam darurat dan parlimen digantung hampir sepanjang tempoh dia PM pada tahun 2021 lepas iaitu dari 1 Jan sehingga dia henti pada 20 Ogos 2021.
2. Akibat langkah-langkah separuh masak di mana kilang-kilang dan tapak pembinaan dibenarkan beroperasi tetapi perniagaan kecil dan Rakyat biasa dikurung, tempoh lockdown Malaysia adalah paling lama di dunia.
Akibat PKP 2.0 (13 Jan- 5 Mac) dan PKP3.0/Total lockdown/PPN (12 Mei-20 Ogos), Rakyat telah dikurung selama 153 hari daripada 232 hari pada tahun 2021 sehingga dia henti sebagai PM.
3. Biarpun dikurung begitu lama, rekod kes Covid dan kematian Covid kita adalah paling teruk di ASEAN dan antara paling parah di dunia pada tempoh tersebut.
Dalam tempoh itu, kenaikan kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk adalah berikut:
– Malaysia: 42,715
– Indonesia: 13,590
– Filipina: 10,074
– Thailand: 14,194
– Singapura: 1,431
Bagi kenaikan kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk pula:
– Malaysia: 404 (789 jika ambil kira tunggakan yang disorok)
– Indonesia: 368
– Filipina: 197
– Thailand: 125
– Singapura: 3
Lebih mengejutkan ialah selepas dia henti sebagai PM, negara diberitahu bahawa terdapat banyak kematian Covid yang tertunggak dan tidak dilaporkan.
“6 Sept 2021: Kematian tertunggak Covid-19 selesai tiga minggu lagi”
Akibat “back-log tersebut”, jumlah kumulatif kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk hampir lonjak berganda dari 418 nyawa pada 20 Ogos ke 789 nyawa pada akhir bulan September.
Dalam tempoh tersebut itu juga, kadar kes Covid dan kematian Covid setiap hari kita adalah antara paling tinggi dalam dunia.
“29 July 2021: Malaysia’s daily new Covid cases per million people is now one of the highest globally”
https://www.cnbc.com/2021/07/30/covid-malaysia-daily-cases-per-million-people-among-highest-globally.html
4. Biarpun PM8 mengaku telah berbelanja RM600 bilion, keadaan negara kita di bawah #kerajaangagal menjadi semakin parah sehingga membawa kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu untuk mengeluarkan titah bersama agar kerajaan tamatkan darurat dan menggunakan pendekatan baharu untuk melawan Covid dan menjaga ekonomi negara.
“Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.
Kaedah menangani wabak COVID-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan dan penerokaan baru hingga berjaya meyakinkan dan mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkat,” katanya.
“16 Jun 2021: Raja-Raja Melayu sependapat darurat perlu ditamatkan 1 Ogos”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/828638/raja-raja-melayu-sependapat-darurat-perlu-ditamatkan-1-ogos
Sebab itu, kebanyakan Rakyat berpendapat bahawa darurat dan lockdown PM8 bukan untuk melawan Covid atau membantu Rakyat tetapi bagi menghalang dia ditumbang agar kerajaan PN masa itu boleh kekal berkuasa.
Kebanyakkan komen-komen bagi artikel semalam juga berbunyi demikian: https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10158603312885906
Sumber – https://www.facebook.com/1406945816/posts/10228808083772714/?d=n
NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/najib-sanggah-mahiaddin.html