Najib Pulangkan Istilah Janji Dicapati Pada Ph


MALAYSIAKINI

   
Istilah 'janji dicapati' yang sebelum ini sering diguna oleh pengkritik kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Razak, hari ini digunakan semula oleh bekas perdana menteri itu terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Najib menggunakan istilah itu ketika menyentuh berhubung janji PH untuk menghapuskan hutang peneroka Felda.

Najib mendakwa, dalam pertemuannya dengan pekebun dan penduduk di beberapa negeri, beliau banyak mendengar rintihan dan kekecewaan berhubung harga sawit yang jatuh.

"Di sebalik harga jatuh teruk, kos tetap bagi mengusahakan kebun pula meningkat.

"Harga baja, harga keperluan harian dan barang dapur naik lagi dengan SST sambil kos gaji pekerja asing yang membantu mereka naik manakala bayaran dari Felda lewat, subsidi dikurangkan dan dimansuhkan.

"Janji-janji mereka untuk menghapuskan hutang Felda dan membantu peneroka-peneroka juga telah dicapatikan," katanya.

Tambah Najib, kerajaan PH seharusnya memberi lebih bantuan dan tumpuan kepada golongan berkenaan tetapi ia tidak berlaku.

Sebaliknya, katanya, peruntukan untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil dihapuskan sama sekali dalam Belanjawan 2019.

"Nak harapkan BR1M untuk jadi penampan kepada kesempitan ini pun bagai langit dan bumi kerana BR1M dipotong dengan banyak untuk tahun depan. Entah dapat entah tidak. Itupun tak lama lagi ia akan dihapuskan juga.

"[....] Kerajaan boleh berdendam dengan saya dan mengenakan berpuluh dakwaan ke atas saya dan keluarga. Mereka mahu bubarkan Umno.

"Mereka boleh memburukkan nama dan parti saya setiap hari untuk mengalih perhatian tetapi kesejahteraan hidup golongan-golongan yang besar ini tetap keutamaan saya pada tempoh saya perdana menteri di bawah parti Umno.

"Kini mereka sudah jadi kerajaan. Janganlah mengabaikan nasib 650,000 keluarga pekebun dan pengusaha sawit dengan berjuta-juta penduduk luar bandar di seluruh negara," katanya.

Untuk rekod, menghapuskan hutang peneroka Felda merupakan salah satu daripada 10 janji 100 hari PH.
Setakat ini, tiada pengumuman berhubung perkara itu oleh PH kecuali pengumuman bahawa kerajaan sedang melihat pelbagai cara untuk mengurangkan hutang yang dikenakan terhadap peneroka Felda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/najib-pulangkan-istilah-janji-dicapati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Kalah Sebab Dakwaan Janji Palsu Ph Najib

Bn Kalah Sebab Dakwaan Janji Palsu Ph Najib

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak tetap mempertahan dirinya bukan punca UMNO dan Barisan Nasional kecundang pada Pilihan Raya Umum ke 14 Sebaliknya bekas Pengerusi BN itu berkata dakwaan dan janji palsu yang dibuat Pakatan Harapan adalah ...
Ph Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 Najib

Ph Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 482 hits
02 November 2018 10 11 PM KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak memenuhi janji janji yang dibuat dalam manifesto Pi
Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara Najib berkata demikian mener...
Maszlee Perli Najib Pendidikan Percuma Kalau Tak Beli Berlian Birkin

Maszlee Perli Najib Pendidikan Percuma Kalau Tak Beli Berlian Birkin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 402 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini membalas sindirian Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pendidikan percuma di Malaysia Menerusi satu status di Facebook Maszlee menyindir Najib dengan berkata pendidikan percuma boleh dikecapi har...
Cukup Cukuplah Salahkan Najib Dan Bn

Cukup Cukuplah Salahkan Najib Dan Bn

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 396 hits
Cukup cukuplah Salahkan Najib Ini semua salah BN Cukup cukuplah menggunakan istilah salah Najib dan Ini semua salah BN sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam usaha membangunkan ekonomi negara Demikian h...
Najib Zahid Azeez Dan Nazri Haram Sertai Ppbm Mukhriz

Najib Zahid Azeez Dan Nazri Haram Sertai Ppbm Mukhriz

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 412 hits
Najib Zahid Azeez dan Nazri haram sertai PPBM MukhrizNajib Zahid Azeez dan Nazri haram sertai PPBM Mukhriz
Stop Blame Game And Start Saving Nation S Economy Najib Tells Govt

Stop Blame Game And Start Saving Nation S Economy Najib Tells Govt

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 305 hits
Former prime minister Najib Razak today again urged the Pakatan Harapan led federal government to stop blaming him and Barisan Nasional for all that is wrong with the country Instead Najib called on Putrajaya to focus its attention and ener...
Ipic Absolves Najib By Saying 1mdb Does Not Owe Them Any Money

Ipic Absolves Najib By Saying 1mdb Does Not Owe Them Any Money

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 473 hits
Former prime minister Najib Razak today said he was puzzled by a statement by Abu Dhabi s International Petroleum Investment Company that 1MDB did not owe it any money despite a debt repayment agreement reached between the two last year Thi...
Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

What Could Possibly Happen If You Honk A Car With A Honk Me For A Surprise Sticker At The Rear

Kl Cops Warn Against Gatherings During Asean Summit

Beyond Connectivity Towards Digital Justice In Education

Kad Kredit Vs Buy Now Pay Later Mana Lebih Bagus

Element Kuala Lumpur Celebrates Culinary Excellence With A Culinary Celebration 3 Course Menu

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejumlah Perkhidmatan Bsn Akan Tergendala Sementara Hujung Minggu Ini

Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

Parti Bersatu Terus Berantakan

Mind Your Language In Time Of Bereavement Questioning Bm Ability Of Shing Xuen S Mum Is Most Inhuman

An Open Letter To Pas Followers Who Berate Liquor Party At 90th St Michael S Alumni Reunion

Healthy Protein Fish Vs Meat