Najib Pejabat Umno Pekan Pernah Ditembak Sebelum Pru14


B Nantha Kumar
Dikemaskini Hari ini 12:01 pagi

Najib Razak hari ini mendakwa Pejabat Umno Bahagian Pekan pernah ditembak oleh penembak tepat (sniper) sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kata Najib yang juga merupakan ahli parlimen Pekan, kejadian pada awal 2017 itu membuatkan kawalan keselamatan peribadinya sebagai perdana menteri ketika itu menjadi lebih ketat.

Berkongsi insiden itu ketika berucap di Wacana Ilmu: Hard Truth: Cash is King di Kuala Lumpur, Najib berkata tembakan itu disasarkan di tepi kaca cermin bilik pejabatnya.

“Ia seolah-olah satu amaran kepada saya. Tembakan disasarkan ke arah bilik saya di pejabat Umno Pekan," katanya.

Namun, kata Najib, beliau tidak berada di pejabat berkenaan ketika kejadian itu.

“Saya tidak pernah mendedahkan insiden ini. Tapi, sejak itu kawalan keselamatan kepada saya diketatkan lagi.

“Menjadi perdana menteri bukan senang. Ada banyak protokol. Ada UTK (Unit tindakan khas). Banyak lagi,” tambahnya.

Najib turut mendakwa bahawa perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis, namun sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Ya, laporan polis telah dibuat. Tapi, pihak polis tak dapat mengenal pasti siapa puncanya.

“Kes diletakkan sebagai NFA (tiada tindakan lanjutan),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas insiden tersebut.

Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Najib memberitahu bahawa pelantikan ahli Lembaga Penasihat BN masih dalam perbincangan.

Najib yang juga merupakan pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata PAS tidak akan dilantik dalam lembaga penasihat itu.

“Pelantikan masih dalam perbincangan. Kita akan maklumkan nanti.

“[...] PAS tidak akan dilantik (sebagai anggota penasihat). Ini BN sahaja. PAS bukan BN,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/najib-pejabat-umno-pekan-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pekan Sahkan Najib Terima Ancaman Peluru

Umno Pekan Sahkan Najib Terima Ancaman Peluru

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 228 hits
Kesan peluru yang menembusi cermin tingkap bangunan Umno Pekan di jalan Teng Quee PETALING JAYA Umno Bahagian Pekan hari ini mengesahkan pendedahan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa beliau pernah menerima ancaman peluru yang dihantar...
Umno Pekan Beri Penjelasan Kronologi Isu Tembakan Didedahkan Najib

Umno Pekan Beri Penjelasan Kronologi Isu Tembakan Didedahkan Najib

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 302 hits
UMNO Bahagian Pekan memberikan penjelasan dan kronologi berhubung pendedahan ketuanya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Wacana Penerangan UMNO pada 7 Ogos lalu bahawa beliau pernah menerima ancaman apabila pejabatnya di bangunan UMNO bahagian...
Najib Razak Dedahkan Ada Sniper Tembak Pejabatnya Di Pekan

Najib Razak Dedahkan Ada Sniper Tembak Pejabatnya Di Pekan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 330 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menceritakan detik cemas apabila beliau pernah menjadi sasaran penembak tepat dalam insiden yang berlaku setahun setengah sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Najib yang juga Penger...
Kalau Bukan Najib Ku Li Adalah Calon Pm Gabungan Umno Pas

Kalau Bukan Najib Ku Li Adalah Calon Pm Gabungan Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 239 hits
Melihat kepada cara bagaimana Najib Razak ditonjol dan cuba dipulihkan imejnya sejak akhir akhir ini jelas beliau mahu dijadikan Perdana Menteri sekali lagi sekiranya gabungan BN dan Pas berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang Lebih ...
Penembak Tepat Sasar Pejabat Najib

Penembak Tepat Sasar Pejabat Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 199 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pernah menerima ancaman peluru yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno Bahagian Pekan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www...
Najib Pernah Kena Tembak

Najib Pernah Kena Tembak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 332 hits
Najib Razak hari ini mendakwa Pejabat Umno Bahagian Pekan pernah ditembak oleh penembak tepat sebelum pilihan raya umum ke 14 Kata Najib yang juga merupakan ahli parlimen Pekan kejadian pada awal 2017 itu membuatkan kawalan keselamatan peri...
Najib Tidak Pernah Saman Ambank Kerana Akaun Disalah Guna

Najib Tidak Pernah Saman Ambank Kerana Akaun Disalah Guna

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 248 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah memfailkan saman sivil terhadap AmBank kerana akaunnya disalah guna Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping 48 berkata demikian ...
Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 560 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda mendapat alamat sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya 33 tahun lalu Sebelum dilamar Permaisuri Agong pernah m...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manjaberries Lancar Dua Produk Baharu Fokus Suplemen Semula Jadi Untuk Wanita

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung